Saturday 30 December 2023

theben 13A 24hrs segment time switch repair

Sebelum ini saya pernah membaiki timer yang hampir serupa seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'time switch' atau juga dipanggil 'timer' berjenama theben dengan masalah gagal berfungsi dan tidak padam bila tiba waktunya seperti telah dilaras.

Gambar di atas menunjukkan keadaan bahagian dalam setelah dibuka dan pemeriksaan awal mendapati pin tuil suis telah patah seperti telah saya tandakan.

Percubaan awal dengan gam kembali pin yang patah menggunakan 'super glue' gagal dan apa yang saya lakukan ialah gantikan pin yang patah dengan menggunakan besi yang sama saiz. Gambar di atas menunjukkan pin telah saya gantikan menggunakan besi.

Gambar di atas menunjukkan kedudukan apabila suis dipadam dan gambar di bawah pula menunjukkan kedudukan apabila suis telah dihidupkan.

Klip di bawah saya rakam sewaktu mengujinya dan ianya telah berjaya diselamatkan dengan menggantikan pin plastik asal yang patah dengan menggunakan pin besi sahaja.


 Selamat berDIY...

Wednesday 27 December 2023

Cara menggunakan wang eMADANI

Awal bulan ini saya ada kongsikan cara-cara menuntut wang eMADANI 2023 sebanyak RM100 dan anda boleh rujuk di sini.

eMADANI tidak dapat dipindah atau ditebus tunai...

Untuk makluman semua, wang eMADANI tidak boleh dipindahkan ke mana-mana akaun termasuk akaun pribadi masing-masing. Ianya hanya boleh dibelanjakan pada merchant yang mengambil bahagian sahaja.

Tak boleh guna wang eMADANI di shopee...

Walaupun wang tersebut berada di ShopeePay namun ianya tidak dapat dibelanjakan di laman shopee sebab shopee bukan merchant yang mengambil bahagian atau berdaftar. Pihak shopee hanya memberi khidmat e-dompet sahaja.

Belanja eMADANI di KFC...

Saya telah membelanjakan sebanyak RM20.00 & RM17.50 di KFC setakat blog ini ditulis. Ingat, eMADANI harus dibelanjakan sebelum/pada 29/2/2024. Jika tidak dibelanjakan pada/sebelum tarikh akhir 29/2/2024, ianya akan lesap dari e-dompet anda entah ke mana.

Banyak peruntukan telah disalurkan oleh kerajaan melalui e-dompet sebelum ini namun saya tidak tuntut sebab tiada akaun yang mempunyai e-dompet sebelum ini selain akaun bank.

Saya tak berminat akaun e-dompet (eWallet) seperti ShopeePay, Touch&Go, Boost dan sebagainya sebab jika wang disimpan di bank, ada faedah walaupun tak seberapa. Jika anda memerlukan dana, mungkin penyediaan e-dompet seperti pihak shopee lakukan adalah satu kaedah mudah untuk dapatkan dana percuma.

Dulu kita cuma ada akaun bank sahaja dan setiap tahun BNM umum berbilion wang tidak dituntut. Apa akan terjadi kepada wang e-dompet yang tidak dituntut akan datang? Ke mana perginya wang tersebut? Berapa banyak akaun e-dompet yang anda ada sekarang?

Saya cadangkan, jika boleh gabungkan semua e-dompet di bawah satu badan atau organisasi seperti BNM agar tidak dimanipulasi serta elak disalahguna oleh pihak tertentu.

Fikir-fikirkan...

Sunday 24 December 2023

FLUKE 115 multimeter repair

Baru-baru ini pelaras pada multimeter berjenama FLUKE model 115 saya tiba-tiba boleh dilaras melebihi bahagian OFF seperti boleh dilihat pada gambar di bawah

FLUKE 115

Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan penahan di dalamnya telah patah atau pecah.

Buka kesemua skru...

Jika anda berhajat DIY, anda perlu buka multimeter untuk mengetahui kerosakkannya. Setelah penutup dibuka, 7 biji skru seperti telah saya tandakan pada gambar di atas perlu dibuka untuk mengeluarkan papan litar.

Setelah dibuka...

Setelah papan litar dikeluarkan baru lah penahan yang pecah kelihatan dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Penahan pecah...

Cara paling senang untuk lekatkan penahan yang pecah tersebut ialah menggunakan 'super glue'.

Gam guna 'super glue'...

Setelah siap digam, pasang kembali kesemua bahagian yang telah dibuka sebelumnya.

Tested - ok

Selamat berDIY...

Thursday 21 December 2023

Primada PS-620S intelligent processor

Minggu lepas saya dirujuk sebuah pengisar elektrik berjenama Primada, model PS-620S dan diberitahu masalahnya ialah gagal berfungsi sahaja.

Primada PS-620S

Pemilik hanya mengirimkan pengisar sahaja kepada saya dan ianya tidak akan boleh berfungsi tanpa cawan pengisar.

Model: PS-620S

Ini adalah disebabkan pengisar mesti dilengkapi dengan suis keselamatan pada cawan pengisar. Maksudnya, pengisar hanya akan berfungsi setelah cawannya telah dipasang kepadanya dengan betul serta lengkap.

Setelah penutup bawah dibuka...

Bagi membuat pintasan suis keselamatan, saya terpaksa membuka pengisar untuk mengetahui cara serta kedudukan suis tersebut.

Wayar suis keselamatan...

Gambar di atas adalah kabel suis keselamatan yang telah saya cabut dari papan litar dan ianya disambung kepada soket seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Lokasi penyambung suis keselamatan...

Soket tersebut mempunyai 4 pin namun cuma 2 pin sahaja digunakan dan gambar di bawah menunjukkan dua pin yang berfungsi sebagai suis keselamatan telah saya buat pintasan.

Buat pintasan (bypass)...

Pengisar ini berfungsi dengan normal sewaktu saya mengujinya dengan membuat pintasan pada suis keselamatan.

Kemungkinan masalahnya ialah pada suis keselamatan di cawan pengisar atau mungkin juga bearing pada cawan pengisar telah berkarat serta gagal berpusing.

Jika anda ada masalah pengisar dan berhajat untuk dibaiki, pastikan hantar dengan lengkap atau bawa bersama cawannya sekali agar tukang baiki seperti kami mampu membuat pemeriksaan menyeluruh.

Oleh kerana ianya dihantar tidak lengkap, saya cuma mampu memastikan tiada kerosakkan pada motor sahaja serta boleh berfungsi normal setelah mengujinya dengan membuat pintasan sahaja.

Monday 18 December 2023

Ucapan 'Merry Christmas' Pada Kek di Premis Makanan Halal

Hari ini saya kupas isu yang tular semalam berkaitan ucapan 'Merry Christmas' pada kek di premis yang mempunyai sijil halal JAKIM seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Isu ini pernah hangat beberapa tahun yang lalu di mana pemahaman pengusaha serta orang awam ialah ucapan 'Merry Christmas' pada kek adalah tidak dibenarkan jika pengusaha memiliki sijil halal JAKIM yang tertaluk kepada syarat-syarat serta terma-terma pensijilan halal.

Untuk makluman semua, isu ini sebenarnya telah selesai sewaktu tular beberapa tahun lalu seperti berikut:-

  1. Kek yang dipamerkan (display) adalah TIDAK dibenarkan
  2. Logo halal TIDAK boleh digunakan pada label/pembungkusan sebab mempromosi perayaan agama lain.

Saya tidak pasti pekeliling seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas sengaja diedarkan untuk tujuan promosi (iklan percuma) atau salah faham pihak pengusaha tersebut.

Yang pasti banyak pihak yang tampil menjelaskan isu lama serta berulang ini termasuk JAKIM sendiri serta MCMC dan kebanyakkannya hanya melakukan tugas 'copy & paste' sahaja.

Orang ramai pula hanya baca tajuk serta lihat gambar sahaja menjadi punca ianya hangat semula.

Kesimpulannya ialah, pihak JAKIM memang TIDAK membenarkan ucapan 'Merry Christmas' pada kek yang dipamerkan (display) di premis serta mana-mana label/pembungkusan yang mempunyai logo halal kepada pengusaha yang memiliki sijil halal mereka.

Tiada halangan jika kek tersebut ditempah oleh pelanggan tanpa dipamerkan namun pastikan tiada logo halal pada mana-mana label serta pembungkusan atau kotak dan mungkin juga termasuk beg plastik yang digunakan. Bukankah mesej yang nak disampaikan di sini bahawa kek yang mengandungi ucapan 'Merry Christmas' itu haram?

Jika tiada kuasa tular (viral) zaman moden sekarang, mungkin semua pemilik sijil halal JAKIM telah tak dibenarkan membuat kek dengan ucapan 'Merry Christmas'.

Saya berpendapat ini adalah penjajahan zaman moden secara halus jika gagal ditangani dengan akal logik. 

Fikir-fikirkan...

Saturday 16 December 2023

No signal - Astro DS830NA decoder (Part I)

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru dirujuk sebuah dekoder astro model DS830NA dengan masalah 'no signal'.

Strengh & Quality: 0%

Pemeriksaan pada dekoder tidak menemui sebarang komponen yang rosak. Semua voltan normal sewaktu diperiksa.

Setelah penutup dibuka...

Seterusnya saya buka bahagian penerima isyarat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Buka penutup bahagian penerima isyarat...

Pemeriksaan dengan mata kasar mendapati pateri penyambung telah retak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambung pateri retak...

Saya pateri semula penyambung timah yang yang retak dan masalah 'no signal' selesai.

Pateri semula bahagian yang retak...

Ini merupakan pengalaman pertama saya dirujuk dengan masalah sedemikian dan berjaya diselamatkan tanpa menukar sebarang komponen.

Tested - ok

Selamat berDIY...

Thursday 14 December 2023

Baiki telefon NEC AT-40 langsung tidak berfungsi

Hari ini saya dirujuk sebuah telefon berjenama NEC, model AT-40 dengan masalah langsung tidak berfungsi termasuk lampu indikator berwarna merah juga tidak menyala apabila ganggang telefon diangkat.

Setelah dibuka...

Masalah sedemikian pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini. Walaupun masalah sama namun komponen yang rosak adalah berbeza.

Perintang R7 putus...

Pemeriksaan pada papan litar menemui sebiji perintang berlabel R7 dengan nilai 220kΩ putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Gantikan perintang yang baharu...

Telefon ini berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula setelah dengan hanya menukarkan sebiji perintang 220kΩ sahaja.

Selamat berDIY...

Tuesday 12 December 2023

eMADANI 2023

Awal bulan ini kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan eMADANI sebanyak RM100 melalui empat saluran e-dompet (eWallet) rasmi iaitu:-

  1. ShopeePay
  2. Touch & Go eWallet
  3. eWallet MAE (Maybank)
  4. Setel

Orang ramai yang layak boleh mula memohon mulai 04/12/2023 sehingga 29/02/2024 dan syarat kelayakan adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Syarat kelayakan...

Permohon yang berjaya harus membelanjakannya selewat-lewatnya pada 11:59 malam 29/02/2024. Selepas tarikh akhir ini, baki yang tidak dibelanjakan akan luput dari e-dompet pemohon.

1. Klik eMADANI pada aplikasi shopee...

Gambar-gambar di atas dan di bawah ialah langkah-langkah untuk memohon melalui ShopeePay.

2. Klik 'claim now'...

Pastikan akaun ShopeePay pada aplikasi Shopee anda aktif sebelum membuat permohonan eMADANI.

3. Isi tempat kosong & hantar...

Pastikan semua maklumat diisi dengan betul terutamanya nama & nombor kad pengenalan sebelum menghantar permohonan.

4. Hantar...

RM100 akan dikreditkan ke akaun ShopeePay setelah permohonan berjaya.

Dah masuk RM100 dalam dompet ShopeePay...

Keterangan lanjut boleh rujuk di sini.

Saturday 9 December 2023

Peraturan 72 (Rule of 72)

t = term (tempoh) & r = rate (kadar)

Peraturan 72 (rule of 72) merujuk kepada kaedah perkiraan (formula) untuk menentukan tempoh atau kadar faedah tetap pelaburan jangka panjang yang diperlukan untuk menggandakan pelaburan.

Formula untuk peraturan 72 ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Contoh

  1. Jika anda melabur $10,000.00 pada kadar faedah tetap tahunan sebanyak 6%, berapakah tempoh diperlukan untuk menggandakan pelaburan anda?
  2. Jika anda ingin menggandakan pelaburan sebanyak $10,000.00 dalam masa 10 tahun, berapakah kadar faedah tetap diperlukan?

 Jawapan

  1. 72 ÷ 6 = 12 tahun
  2. 72 ÷ 10 = 7.2%
  • Tempoh 12 tahun diperlukan untuk menggandakan wang $10k kepada $20k pada kadar faedah tetap tahunan 6%.
  • Kadar faedah tetap tahunan sebanyak 7.2% diperlukan untuk menggandakan wang $10k menjadi $20k dalam tempoh 10 tahun.

Formula 'rule of 72' sebenarnya kurang tepat. Angka yang lebih tepat sebenarnya ialah 69.3 namun angka 72 dipilih bagi memudahkan kerja mengira.

Wednesday 6 December 2023

If Tomorrow Never Comes


Capo on 3rd Fret
D/C/G [Verse] G Am D C Sometimes late at night I lie awake G C G and watch her sleeping D Am She's lost in peaceful dreams D C So I turn out the light and lay there in G C G the dark Am D And a thought crosses my mind C G C G if I never wake up in the morning D Am Would she ever doubt D C G C G The way I feel about her in my heart

[Chorus]

G                   C                   
If tomorrow never comes, would she know 
             G     C G
how much I love her
                    D
Did I try in every way
   Am             D         C             G  C G
to show her everyday, that she's my only one
                     C
If my time on earth were through
                            Em
She must face this world without me
                              Am   
Is the love I gave her in the past, 
                    D
gonna be enough to last
       C            G   D C G
if tomorrow never comes


[Verse]

                               Am
Cause I've lost loved ones in my life
D                          C     G   C G
who never knew how much I loved them
        Am
Now I live with the regret
              D                C    
That my true feelings for them never 
       G     C G
were revealed
                        Am    D
So I made a promise to myself
                            C        G  C G
To say each day how much she means to me
      Am                         
and avoid that circumstance where 
            D
there's no second chance
     C              G  D C G
to tell her how I feel


[Chorus]
 G                  C                   
If tomorrow never comes, will she know 
            G       C G
how much I loved her
                   D        Am     
Did I try in every way, to show her 
        D
every day
      C              G  C  G
That she's my only one
                               C
And if my time on earth were through
                                Em
And she must face this world without me
                               C
Is the love I gave her in the past
                   D         C      
Gonna be enough to last, if tomorrow 
        G   D C G
never comes


                                Am
(to tell that someone that you love
                          D
just what you're thinking of
      C               G   D C G
if tomorrow never comes)

Monday 4 December 2023

SAMSUNG AA59-00607A remote control repair

Alat kawalan jauh berjenama SAMSUNG model AA59-00607A pernah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

AA59-00607A

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi alat kawalan jauh yang serupa dengan masalah hanya butang yang telah saya tandakan pada gambar di atas tidak berfungsi bila ditekan.

Setelah dibuka...

Masalah butang tertentu yang tidak berfungsi bila ditekan adalah disebabkan litar yang putus dan ianya hanya boleh diselamatkan setelah ditemui serta disambung semula.

Litar putus telah disambung...

Gambar di atas adalah litar yang putus telah saya sambung kembali dengan menggunakan 'enameled copper wire' dan masalah selesai seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Untuk makluman semua, masalah litar putus pada alat kawalan jauh majoriti berpunca dari cecair bateri yang bocor meresap ke papan litar.

Selamat berDIY...

Saturday 2 December 2023

APC Black-UPS ES500 repair

Banyak UPS seperti ini telah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Cold solder joint...

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah UPS dengan masalah boleh dihidupkan namun apabila bekalan terputus, UPS gagal membekalkan elektrik dengan menggunakan kuasa bateri serta menghasilkan bunyi buzzer berterusan.

Buang pateri lama...

Pemeriksaan dengan mata kasar menemui satu 'cold solder joint' dan apa yang saya telah lakukan ialah membuang pateri lama dan mempateri semula

Pateri semula...

Masalah gagal menjana elektrik sewaktu bekalan elektrik putus selesai dengan hanya mempateri semula 'cold solder joint' di atas.

Siap...

'Cold solder joint' terjadi apabila bahagian pateri mengalami proses panas dan sejuk berulang-ulang serta banyak ditemui pada papan litar TV CRT.

Tested - ok

Selamat berDIY...