Showing posts sorted by relevance for query at-40. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query at-40. Sort by date Show all posts

Tuesday, 6 July 2021

Baiki telefon NEC AT-40 tak berdering

Pagi ini saya dirujuk sebuah telefon berjenama NEC, model AT-40 dengan masalah tidak berdering ketika ada panggilan masuk.

Jenama: NEC

Ketika saya mengujinya, ianya boleh berfungsi apabila ganggang digangkat serta boleh berfungsi untuk membuat panggilan.

Model: AT-40

Setelah dibuka dan diperiksa dengan menggunakan multimeter, tiada komponen yang rosak ditemui.

Setelah papan litar dibuka...

Pemeriksaan menyeluruh akhirnya menemui salah satu litar didapati putus (tiada continuity) dan telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Litar putus...

Saya sambung kembali dengan menggunakan 'enameled copper wire' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Sambung guna enameled copper wayar...

Telefon tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah litar yang putus di atas telah saya sambungkan.

Selamat mencuba...

Wednesday, 22 January 2020

NEC AT-40 telephone repair

Hari ini saya dirujuk sebuah telefon berjenama NEC, Model: AT-40 dengan masalah apabila ganggang telefon diangkat, takda bunyi langsung kedengaran tetapi lampu indikator berwarna merah menyala.
Jenama: NEC, Model: AT-40
Apabila dibuka penutupnya apa yang boleh dilihat ialah seperti pada gambar-gambar di bawah dan saya terpaksa membunuh beberapa ekor lipas yang masih hidup untuk mengelak daripada berpindah serta membiak di bangkel saya...
Setelah dibuka...
Bintik-bintik hitam yang kelihatan ialah najis lipas dan cecair yang berwarna kekuningan seperti air teh bunga itu saya rasa kencing lipas...
Bau nitrat (tahi serta kencing lipas)
Saya terpaksa mandikan telefon tersebut untuk membersihkan keseluruhan bahagian termasuk papan litarnya.
Kita mandikannya...
Setelah kesemuanya telah bersih, saya lap kesemua bahagian dengan kain sehingga kering sebab bahagian yang melibatkan papan litar tidak boleh basah ketika digunakan.
Buka semua dan cuci...
Sebelum saya memasang papan litarnya, saya keringkannya dengan menggunakan alat pengering rambut. Pemeriksaan menyeluruh telah dibuat dan tiada komponen yang didapati rosak.
Gosok sampai bersih...
Percaya atau tidak, masalah tidak berbunyi langsung ketika dirujuk kepada saya kini lenyap setelah telefon tersebut dimandikan dan ianya masih boleh digunakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Thursday, 4 March 2021

NEC AT-40 telefon - keypad lock

Sebelum ini saya banyak dirujuk telefon berjenama NEC, model: AT-40 dengan masalah butang keypad tidak berfungsi apabila ditekan.

NEC AT-40

Tidak ramai yang mengetahui telefon ini dilengkapi dengan fungsi 'keypad lock'. Fungsi tersebut bertujuan untuk mengelak pengguna daripada membuat panggilan keluar menggunakan telefon tersebut.

Lokasi suis...

Suisnya terletak pada bahagian bawah telefon dan telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah. Menurut 'operation manual', suis tersebut ialah 'dial mode switch'. Jika memilih T bermaksud 'tone' dan jika memilih P bermaksud 'pulse'.

Laras ke P untuk 'keypad lock'...

Namun pada hakikatnya fungsi suis tersebut ialah untuk mengunci keypad. Jika memilih T, keypad boleh berfungsi seperti biasa namun jika memilih P pula ialah untuk mengunci keypad dan tidak berfungsi bila ditekan.

Kejadian 'keypad lock' banyak berlaku pada telefon di hotel sebab ibu/bapa yang tahu biasanya akan melaras suis tersebut kepada P supaya anak-anak tidak membuat panggilan keluar dari bilik hotel.

Jika anda tinggal di hotel dan pernah disuruh membayar bill telefon sebab membuat panggilan keluar, anda boleh elakkannya dari berulang hanya dengan melaras suis tersebut ke P.

Selamat mencuba...

Tuesday, 6 April 2021

NEC AT-40 telephone repair

Hari ini saya kongsikan cara membaiki telefon berjenama NEC, model: AT-40 dengan masalah tidak berdering apabila ada panggilan masuk.

NEC AT-40

Sebelum ini saya pernah membaiki telefon seperti ini dengan masalah sama namun kerosakkan yang berbeza dan anda boleh rujuk di sini.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, jelas kelihatan salah satu wayar yang disambung kepada piezo buzzer tertanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

wayar ke piezo buzzer tanggal...

Wayar tanggal seperti ini adalah disebabkan telefon pernah terjatuh dari kedudukan yang tinggi.

wayar hitam tanggal...

Setelah wayar yang tanggal di atas saya sambung kembali serta diuji, telefon tersebut kembali berfungsi dan telah berjaya diselamatkan.

Siap dipateri semula...

Selamat mencuba...


Tuesday, 8 March 2022

Baiki telefon NEC AT-40 tidak berfungsi

Pagi ini saya dirujuk sebuah telefon berjenama NEC, model: AT-40 dengan masalah langsung tidak berfungsi.

NEC AT-40

Sebelum ini saya pernah membaiki sebuah telefon serupa dengan masalah serupa yang disebabkan ada litar terputus di papan litar dan anda boleh rujuk di sini.

Setelah dibuka...

Pemeriksaan awal pada papan litar kali ini tidak menemui sebarang litar yang putus. Saya juga dapati tiada sebarang voltan ditemui pada zener diod yang ada pada papan litar ketika memeriksa menggunakan multimeter.

Transistor jenis PNP (KSP94) rosak...

Pemeriksaan pada komponen menggunakan multimeter akhirnya menemui sebiji transistor jenis PNP berlabel KSP94 seperti telah saya tandakan pada gambar di atas tiada keterusan pada ketiga-tiga terminalnya tanpa dikeluarkan dari papan litar.

Q1 - KSP94

Transistor KSP94 merupakan 'high voltage transistor' dan dilabel sebagai Q1 pada papan litar.

Gantikan transistor baharu...

Telefon ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah transistor KSP94 tersebut telah saya gantikan.

Siap, Tested - ok

Selamat mencuba...

Thursday, 10 October 2019

NEC AT-40 telephone repair

Saya masih berpendapat bahawa kerosakan peralatan elektrik adalah bermusim. Kadang-kadang benda yang sama akan dihantar untuk dibaiki pada ketika yang hampir sama. Kenapa?
Jenama: NEC
Minggu ini sahaja saya telah dirujuk 2 buah telefon NEC AT-40 dengan masalah yang hampir sama. Beberapa hari yang lepas saya telah membaiki sebuah telefon tersebut dan anda boleh membacanya di sini.
Model: AT-40
Masalah kali ini ialah langsung tidak berfungsi dan indicator berwarna merah juga tidak menyala apabila gangang telefon diangkat.
Setelah penutup bawah dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, sebiji zener diod yang dilabelkan ZD6 didapati mengalami litar pintas seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan dibawah.
Litar pintas pada zener diod....
Masalah kali ini ialah bagaimana menentukan nilai zener diod tersebut sebab label pada zener diod tidak memberitahu berapa nilainya. Dipendekkan cerita saya terpaksa membuka sebuah lagi telefon yang elok dan ukur nilai zener diod tersebut.
Zener diod yang digunakan ialah 1.5V
Nilai zener diod tersebut ialah 1.5V seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Siap..
Setelah zener diod tersebut saya tukar dan diuji, telefon tersebut masih boleh digunakan.
Tested - ok

Selamat mencuba...

Sunday, 6 October 2019

NEC AT-40 telephone repair

Telefon seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Jenama: NEC
Hari ini saya dirujuk sebuah lagi telefon berjenama NEC, Model: AT-40 dengan masalah telefon tidak berdering.
Model: AT-40
Seperti biasa jika kita ingin membaikinya, kita harus membukanya dan apa yang perlu dilakukan ialah membuka empat biji skru di bahagian bawah telefon seperti yang saya telah tandakan pada gambar di atas.
Setelah penutup bawah dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, hanya sebiji kapasitor 470uF, 10v didapati rosak dan harus di ganti. Lokasi kapasitor tersebut ialah seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.
5.63nF sahaja (kapasitor yang rosak)
Setelah kapasitor tersebut saya ganti dan diuji, kini telefon tersebut masih boleh digunakan semula seperti biasa dan berdering apabila menerima panggilan telefon
Kapasitor baru & Tested - OK
Selamat mencuba...

Sunday, 2 May 2021

NEC AT-40 telephone ringer set up

Hari ini saya kongsikan cara bagaimana menukar serta melaras nada dering telefon berjenama NEC, model: AT-40.

Cara serta langkah-langkah untuk menukar nada dering serta kenyaringan deringan telefon adalah seperti berikut:-

  1. Angkat gangang telefon
  2. Tekan butang MUTE
  3. Tekan butang "#"
  4. Tekan nombor 0 - 9
  5. Letak gangang telefon

Jika anda memilih nombor '0' untuk langkah-langkah di atas, telefon tidak akan berdering jika ada panggilan masuk.

AT40 vs AT-45

Jika telefon tidak disambung kepada 'network', ianya akan kembali kepada 'setting' kilang iaitu nombor 6.

Selamat mencuba...

Monday, 21 June 2021

NEC AT-40 telephone repair

Telefon ini telah lama dirujuk kepada saya dengan masalah bunyi dering terlalu lemah dan tidak kedengaran apabila ada panggilan masuk.

NEC AT-40

Ianya lama saya simpan sebab tidak menemui punca kenapa nada deringnya sangat lemah dan telah saya cuba baiki beberapa kali namun menemui jalan buntu.

Setelah penutup dibuka...

Semalam saya cuba baiki lagi menggunakan kaedah cuba jaya (trial and error) dengan menukarkan transistor S9013 menggunakan BC546 dan masalahnya tetap sama.

Kebocoran pada terminal 'emitter' & 'collector' - S9013

Apabila saya periksa transistor asal S9013 dengan menggunakan multimeter, saya dapati ada kebocoran pada terminal 'emitter' dan 'collector' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan dengan S8050 transistor...

Seterusnya saya uji tukar S9013 dengan menggunakan S8050 pula dan masalah nada dering lemah selesai.

Siap...

Saya tidak pasti kenapa transistor BC546 tidak boleh digunakan sedangkan iannya juga transistor jenis NPN.


Selamat mencuba...

Monday, 29 August 2022

Baiki telefon yang tiada suara

Saya telah banyak dirujuk telefon dengan masalah tiada suara dan hari ini saya kongsikan cara-cara memeriksa serta membaikinya.

NEC AT-40

Telefon yang saya guna sebagai contoh hari ini berjenama NEC, model AT-40 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Buka dua biji skru...

Dari pengalaman membaiki selama ini, masalah telefon yang tiada suara adalah seperti berikut iaitu:-

  1. cabel penyambung ganggang telefon rosak
  2. speaker pada gangang telefon rosak
  3. kerosakkan komponen serta litar pada PCB

Setelah ganggang telefon dibuka...

Cara saya memeriksa telefon yang tiada suara ialah:-

  1. Periksa kabel penyambung ganggang telefon
  2. Periksa speaker ganggang telefon
  3. Jika tiada masalah pada pertama dan kedua di atas, saya akan buka telefon dan periksa papan litar
Gantikan speaker yang rosak...

Masalah telefon ini ialah disebabkan kerosakkan speaker pada ganggang telefon dan keterangan lanjut cara memeriksanya boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

Thursday, 14 December 2023

Baiki telefon NEC AT-40 langsung tidak berfungsi

Hari ini saya dirujuk sebuah telefon berjenama NEC, model AT-40 dengan masalah langsung tidak berfungsi termasuk lampu indikator berwarna merah juga tidak menyala apabila ganggang telefon diangkat.

Setelah dibuka...

Masalah sedemikian pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini. Walaupun masalah sama namun komponen yang rosak adalah berbeza.

Perintang R7 putus...

Pemeriksaan pada papan litar menemui sebiji perintang berlabel R7 dengan nilai 220kΩ putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Gantikan perintang yang baharu...

Telefon ini berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula setelah dengan hanya menukarkan sebiji perintang 220kΩ sahaja.

Selamat berDIY...