Thursday 5 December 2019

TelPhone TP-829 telephone repair

Hari ini saya dirujuk sebuah telefon berjenama TelPhone, Model: TP-829 dengan masalah butang keypad kadang-kadang tidak berfungsi.
Jenama: TelPhone
Kerja membaiki ini adalah seperti seorang doktor dan soalan pertama yang biasa saya tanya ialah 'apa masalah' dan saya yakin soalan pertama doktor akan tanya kepada pesakit ialah 'apa sakit' atau 'mana sakit'.
Model: TP-829
Jadi, pastikan anda catat masalah peralatan elektrik anda yang ingin dibaiki atau anda mesti mampu menjawab soalan pertama saya iaitu 'apa masalah'.
masalah pada butang nombor 6
Jika anda tidak dapat memberitahu masalah peralatan elektrik anda yang ingin dibaiki, nasihat saya ialah beli saja yang baru.
Testing...
Berbalik kepada masalah telefon tadi, apabila saya periksa dengan menekan butang keypad satu per satu, terdapat banyak butang yang kadang-kadang tidak berfungsi bila ditekan. Antaranya ialah butang nombor 6, 4 dan 0.
Pastikan tiada warranty lagi...
Sebelum anda membuka sesuatu peralatan elektrik untuk dibaiki, pastikan ianya tiada warranty lagi. Pelekat warranty biasanya menutup salah satu lubang skru seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Jika dilihat pada gambar di atas, maklumat yang tertera pada pelekat warranty tersebut ialah bulan may tahun 2012. Warranty telefon tersebut cuma 2 tahun sahaja (boleh dilihat pada gambar ke-2 di atas).
Setelah dibuka...
Oleh kerana masalah telefon tersebut ialah pada keypad maka saya buka bahagian keypad sahaja dan setelah dibuka tiada apa-apa kerosakan yang boleh dilihat dengan mata kasar.
Buka papan litar keypad...
Masalah utamanya ialah pada butang yang berwarna hitam seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan anda cuma perlu bersihkannya sahaja. Anda boleh cuci keypad tersebut dengan menggunakan cecair pencuci pinggan mangkuk dan keringkan sebelum dipasang kembali.
Bersihkan menggunakan 'contact cleaner'
Jika anda mempunyai 'contact cleaner', anda cuma perlu semburkannya pada setiap butang keypad yang berwarna hitam tersebut dan ianya akan kering dalam masa beberapa saat sahaja.

Jadi saya cuma semburkan 'contact cleaner' pada butang keypad yang berwana hitam tersebut dan selepas kering saya pasang kembali serta uji telefon tersebut. Masalah butang yang tidak berfungsi bila ditekan kini tiada lagi...
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.