Kali ini saya dirujuk sebuah grinder berjenama Dongcheng, Model: DSM10-100 dengan masalah tidak berpusing apabila arus elektrik dibekalkan.
 |
Jenama: Dongcheng |
Ketika saya menguji, ianya sah tidak berpusing namun setelah saya ketuk grinder tersebut, ianya masih boleh berpusing semula.
 |
Model: DSM10-100 |
Jika grinder anda mengalami masalah sedemikian iaitu boleh berpusing setelah diketuk, masalahnya ialah pada carbon brush yang telah/hampir habis dan harus ditukar.
 |
Buka penutup pada pemegangnya... |
Setelah penutupnya dibuka, anda boleh melihat keadaan bagaimana carbon brush yang telah habis dan harus digantikan dengan yang baru.
 |
Carbon brush tidak bersentuh... |
Ketika membeli carbon brush yang baru, pastikan saiz adalah sama dan saiz carbon brush yang saya perlukan bersaiz 10mm x 6mm.
 |
Keluarkan carbon brush... |
Jika anda tidak dapat membeli saiz yang 100% sama, anda boleh membeli yang besar sedikit dan apa yang anda perlu lakukan ialah asah carbon brush tersebut dengan kertas pasir sehingga saiz yang sama diperolehi.
 |
Gantikan carbon brush yang baru... |
Setelah carbon brush tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, ianya kembali berfungsi seperti biasa tanpa perlu diketuk lagi.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.