Sebelum ini saya pernah membaiki transformer elektronik seperti ini tetapi jenama yang berlainan dan anda boleh membacanya di
sini .
 |
LTS 2000WK-50E |
Kali ini saya dirujuk sebiji transformer elektronik berjenama LTS, Model: 2000WK-50E yang tidak diketahui masalahnya namun yang pasti dari pandangan kasar bahagian luarannya ialah wayar input putus dan hanya tinggal satu wayar input sahaja.
 |
Litar pintas dan wayar putus... |
Kemungkinan wayar tersebut rapuh akibat haba lampu halogen dan putus ketika dibuka atau dialihkan.
 |
Keluarkan wayar lama... |
Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, tiada kerosakkan komponen dijumpai dan saya cuma gantikan wayar inputnya sahaja dengan yang baru.
 |
Fius pada papan litar bahagian bawah... |
Setelah wayar input tersebut saya tukar dan diuji, bacaan voltan yang saya dapat tanpa disambung kepada lampu halogen ialah 9.9vac sahaja.
 |
9.9vac (tanpa mentol halogen) |
Setelah saya sambungkan lampu halogen dan ukur semula, voltan outputnya ialah 21.2vac seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
Multimeter digital - 21.2vac |
Namun apabila saya ukur dengan menggunakan multimeter analog, bacaannya tepat 12vac seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
Multimeter analog - 12vac |
Banyak pengalaman seperti ini saya lalui dan saya biasanya lebih yakin kepada multimeter analog. Apa kata orang, 'go back to basics'...
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.