Friday 13 December 2019

MYTV digital broadcasting decoder

Siaran TV analog di negara kita telah ditukar ke siaran TV digital tahun ini dan tarikh terakhir siaran TV analog ialah pada 31 October 2019.
DVB-T2 decoder
Semua TV biasa tidak dapat menerima siaran digital disebabkan ianya hanya dilengkapi dengan penerima frekuensi untuk analog sahaja.
pastikan anda ada antenna...
Bagaimana caranya untuk mendapatkan siaran TV digital? Ada dua cara sahaja iaitu:-
  1. Tukar TV anda kepada IDTV
  2. Pasang decoder MYTV
Benda yang diperlukan untuk menerima siaran digital MYTV...
Jangan lupa jika anda berhajat untuk menukar TV yang baru ataupun ingin membeli TV yang baru, pastikan anda beli IDTV supaya dapat menerima siaran TV digital dan tidak perlu membeli decoder lagi.
Sambungkan dengan betul...
Jika anda terpilih untuk mendapatkan decoder MYTV percuma, tahniah. Untuk makluman, jika anda memiliki ASTRO di rumah, anda pasti tidak layak untuk mendapatkan decoder MYTV percuma sebab ianya merupakan salah satu syarat untuk mendapatkan decoder MYTV percuma selain daripada golongan B40. Maksudnya jika anda golongan B40 dan mempunyai ASTRO di rumah, anda tidak layak dapat MYTV decoder percuma.
Antena...
Anda boleh pilih untuk membeli decoder MYTV atau mana-mana decoder DVB-T2. Selain decoder, anda juga perlu membeli antennanya. Secara amnya terdapat dua jenis antenna iaitu 'indoor antenna' atau 'outdoor antenna'. Jika signal TV digital di tempat tinggal anda kuat serta dekat dengan stesen pemancar, anda boleh guna 'indoor antenna' sahaja. Jika signal di tempat kediaman anda lemah, anda perlukan 'outdoor antenna' atau juga ada yang mengelarnya 'antenna tulang ikan'.
Cubaan...
Sambungkan decoder DVB-T2 ke TV anda dan apa yang perlu anda lakukan sama seperti mencari siaran analog pada TV anda dahulu pada decoder. Pilih 'auto search' dan tunggu sehingga pencarian selesai.
Auto search...
Di tempat kediaman saya cuma dapat 5 siaran TV Malaysia selain 3 siaran TV Brunei. Siaran TV3 pun tak dapat. Sesuatu yang memalukan ialah signal siaran TV digital Brunei dari seberang lebih kuat daripada siaran TV digital negara kita buat masa ini.
Dah dapat...
Gambar di atas dan di bawah merupakan senarai siaran TV yang saya dapat di tempat kediaman saya. Channel yang ada perkataan FM di belakang merupakan siaran radio Brunei.
Siaran RTB (Radio Television Brunei) pun dapat...
Selain daripada siaran TV, terdapat 6 siaran radio buat masa ini seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Channel radio...
Kesemua siaran TV adalah HD (High definition) dan jika dibandingkan dengan siaran analog dahulu, ianya sememangnya jauh lebih jelas.
siaran HD...
Untuk makluman semua, saya membeli decoder dan antenna tersebut secara atas talian di shopee dengan harga RM59.59 sahaja.
Channel RTB...
Jika anda berhajat untuk membeli decoder selain decoder MYTV, pastikan decoder yang dibeli adalah jenis DVB-T2. Anda boleh google dengan hanya menaip 'DVB-T2' dan anda boleh pilih bermacam-macam jenis decoder di pasaran dengan harga serendah kira-kira RM40 sehingga ke ratusan ringgit.
Tested - ok
Siaran TV digital juga tertaluk kepada cuaca dan jika cuaca buruk seperti ketika hujan, signal TV digital juga tak ubah seperti ASTRO dan mengeluarkan mesej 'no signal' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
signal masih lemah, kadang-kadang "no signal"...
Jika anda cuma mendapat sebahagian channel mytv sahaja, anda boleh rujuk di sini untuk mendapatkan kesemua channel mytv.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.