Hari ini saya berpeluang membaiki sesuatu yang belum pernah saya sendiri guna atau memilikinya iaitu bekas penyimpan air panas (thermal pot) menggunakan bekalan elektrik berjanama PENSONIC, Model: PTF-53A.
Saya tidak berminat dengan peralatan elektrik untuk memanaskan sesuatu seperti seterika, cerek elektrik, induction cooker dan sebagainya disebabkan ianya banyak menggunakan elektrik dan menyumbang kepada penggunaan elektrik yang berlebihan.
Untuk itu saya masih lagi menggunakan gas untuk memasak atau mendidihkan air dan saya yakin ianya lebih murah berbanding dengan peralatan elektrik.
|
Pandangan luar... |
Berbalik kepada 'thermo pot' yang dirujuk kepada saya pada pagi ini, menurut pemiliknya setelah dicuci dengan air semalam ianya terus mengeluarkan air panas secara automatik setelah dibekalkan elektrik tanpa menekan butang 'dispense' tanpa henti.
|
Buatan Malaysia |
Setelah dibuka dan diperiksa, bahagian utama di bawah 'thermo pot' tidak mempunyai apa-apa masalah dan kesemua komponennya berkeadaan baik.
|
Papan litar di bahagian bawah |
Namun ada sekeping papan litar pada bahagian atas 'thermo pot' ini terdapat tanda-tanda terdapatnya litar pintas dan berwarna hitam seperti pada gambar di bawah. Butang 'dispense' dan 'reboil' terletak pada papan litar ini dan bahagian yang mengalami litar pintas itu bersambung kepada butang 'dispense'. Ini lah punya kenapa air panas keluar tanpa menekan butang 'dispense'.
|
Papan litar mengalami litar pintas |
Bila diperiksa dengan meter, memang sah terdapat litar pintas di situ dan apa yang saya lakukan ialah bersihkan kedua-dua terminal tersebut & pateri semula.
|
Setelah dibersihkan & dipateri semula |
Sebelum dipasang kembali, saya periksa semula pada kedua-dua terminal tersebut dan tiada lagi litar pintas. Setelah dipasang kembali papan litar pada tempat asalnya dan diuji, 'thermo pot' tersebut tidak lagi mengeluarkan air secara automatik sebelum di tekan butang 'dispense'.
|
Keadaan dalam 'hose' yang tak dapat dicuci... |
Jika anda lihat pada gambar di atas, kelihatan ada kekotoran pada bahagian dalaman 'hose' bahagian yang mengeluarkan air dan saya berpendapat air yang dibekalkan adalah tidak bersih dan ini juga merupakan salah satu sebab kenapa saya masih memilih cerek biasa yang lebih mudah untuk dibersihkan.
Nasihat saya kepada pengguna 'thermal pot', jangan cuci dengan air ketika membersihkannya. Cukup dengan mengelap menggunakan kain basah sahaja untuk mengelakkan bahagian eletrik mengalami litar pintas bila terkena air.
Selamat mencuba...
Salam tuan, kenapa bila saya on thermopot saya, elektrik terus terpadam?
ReplyDeleteMaksud kamu "ELCB tripped" kah? Kalau ya, ada litar pintas pada thermopot. Periksa dgn multimeter & cari punca litar pintas.
DeleteHi bos, kenapa thermo pot saya bila tekan dispense tak keluar air? tapi bila saya check pump/motor masih berfungsi.
ReplyDeleteAdakah ketika anda menekan butang dispense kedengaran bunyi pump/motor berjalan? Jika tidak kemungkinan butang tersebut rosak. jika butang tersebut elok, periksa papan litar, cari komponen yang rosak (biasanya perintang putus).
DeleteHi, saya punya thermo pot pun lebih kurang macam ini, pensonic ptf-30b . Masalahnya bila tekan auto dispense, kena tekan lama2 baru airnya keluar. Dan bila air keluar pun slow mcm tersipu malu je,
ReplyDeleteJika rajin, buka dan periksa pum tersebut. banyak masalah pump tersumbat akibat berkarat. Selamat mencuba...
Deletekalau lambat panas apa kerosakan nya?
ReplyDeleteSelagi ianya boleh memasak, maksudnya heater (pemanasnya) tidak rosak. Kalau isi air penuh memang perlu masa yang panjang untuk mendidih.
DeleteSalam tuan,
ReplyDeletekalau thermopot tekan tapi air tak keluar, maksudnye pump rosak ke?
Kena periksa satu per satu. Biasanya lepas tekan kita akan dengar bunyi motor/pump berjalan. Jika pump/motor tidak berjalan, periksa butang tersebut. Jika butang berkeadaan baik, periksa papan litar untuk komponen yang rosak (biasanya perintang putus). Selamat mencuba...
DeleteThermo port pensonic tidak boleh pam air keluar bila tekan butang dispenser.
ReplyDeleteSila rujuk kepada jawapan di atas
DeleteYang saya punya masalah Yang Dana,mcm mna nk tahu prrintang putus,tgok dgn mata kasar ok he
DeleteTidak semua perintang putus boleh dilihat dengan mata kasar. Periksa dengan multimeter untuk kepastian. Jika tidak ada asas eletronik, elok hantar kepada pakar untuk dibaiki.
DeleteKalau tak berhenti boiling mcm mana nak repair ya? maksudnya tak keep warm sampai sudah
ReplyDeleteIni sangat merbahaya sebab tak berhenti memasak. Kerosakan pada thermostat, setiap thermo pot mempunyai thermostat yang berbeza-beza. Sila dapatkan thermostat yang sama jika menukarnya.
Deletekat mana boleh repair ya? area KL
DeleteAs salam tuan.. Thermo pot tiba2 tak berfungsi langsung.. Lampu semua tak nyala.. Mcm xde power supply.. Connection semua OK..apr yg mungkin berlaku?
ReplyDeletePeriksa fius pada plug 3-pin dulu, kalau ok buka bahagian bawah thermo pot dan periksa semua fius yang ada termasuk thermal fuse. Jika semua fius ok periksa komponen pada papan litar.
DeleteSelamat mencuba...
As Salam tuan ,,, kt mana nk cari sparepart pump air thermo pot model cornell ctp ts42 ... Saya dh buka dan tgk . Yg rosak ialah bahagian bilah kipas nye .. motor masih boleh berfungsi.... waksiraz@gmail.com
ReplyDeleteMaaf, saya pun tidak tahu mana nak dapatkan alat ganti. Kalau bilah kipas tu tak hilang, bersihkan & gam balik guna 'super glue'.
DeleteTuan, kalau sy on switch lampu indicator menyala tp heater xberfungsi (xpanas) apa masalahnya tuan? Tq
ReplyDeleteBuka bahagian bawah dan periksa pemanasnya. Jika pemanasnya elok, cari 'thermal fuse'. Jika tiada masalah pada pemanas & 'thermal fuse', periksa papan litar & cari komponen yang rosak. Selamat mencuba...
DeleteKalau kurang panas apa problem tuan.. 4jam on pon dok warm jugak... Semua dh check ok.. Papan litar ok thermal fuse pon ok... Ape ada problem lain ke?
DeletePeriksa thermostat, ada yang guna NTC thermister dan biasanya 10kΩ.
Deletenak tanya, klau thermo pot x panas lps di on suis, apa masalahnya... dan mcm mn saya nak baikinya???boleh tunjuk caranya... model sama mcm diatas
ReplyDelete1. Periksa fius pada plug 3-pin serta sambunganya.
Delete2. Buka bahagian bawah, periksa pemanasnya masih elok atau tidak.
3. Jika pemanas elok, periksa semua fius pada papan litar.
4. Periksa thermal fius
5. Jika semua di atas elok, periksa papan litar dan cari komponen yang rosak.
6 Jika tiada asas eletronik, hantar kepada pakar untuk bantuan.
bahagian pemanas tu yg mn? n mcm mn nak guna multimeter untuk periksa kerosakan tu?
DeleteCari dua wayar yang disambung kepada bahagian bawah thermo pot tersebut. Laraskan multimeter ke Ω dan harus dapat bacaan kira-kira 78Ω. Jika tiada bacaan, pemanasnya putus/rosak.
DeleteSalam tuan boleh ke thermos tu on switch 24 jam setiap Hari??
ReplyDeleteBoleh, 24 jam anda akan ada air panas. Jika nak jimat elektrik, boleh padam ketika tidak diperlukan seperti waktu malam atau ketika tiada orang di rumah.
DeleteHello tuan, macam mana ye Tuan buka bahagian atas termoflask Tu. Umpil (pry) je ke sebab tak ada skru Kan. Kalau umpil Dari Arah mana ye. Tq
ReplyDeleteMaaf tuan, saya tak ingat lagi sebab dah lama. Kalau tak silap, buka penutup atas & umpil dari bahagian sebelah dalam.
DeleteTuan, tumpang tanya.. Lampu menyala bila ON tapi air tak panas .. Kenapa ya ?
ReplyDeleteBuka bahagian bawah dan periksa pemanasnya. Jika pemanasnya elok, cari 'thermal fuse'. Jika tiada masalah pada pemanas & 'thermal fuse', periksa papan litar & cari komponen yang rosak. Selamat mencuba...
DeleteTuan, saya punya thermo pot macam kerap sangat auto-reboil. Dalam 1 jam atau 1 jam lebih mesti auto-reboil. Sebelum ni tak macam tu rasanya. Apa kemungkinan yang rosak ya?
ReplyDeleteMaaf, saya tidak pasti berapa kerap thermo pot akan auto-reboil. Jika terlalu kerap auto-reboil, kemungkinan thermal sensor bermasalah.
DeleteTuan, kenapa bila air dah masak dalam thermo pot, elcb rumah akan trip?
ReplyDeleteAda beberapa kemungkinan yang terlintas di fikiran saya jika ELCB trip.
Delete1. Litar pintas (ada litar pintas pada thermo pot itu sendiri). Buka dan periksa.
2. overload (mungkin banyak peralatan elektrik menggunakan ELCB yang sama dalam satu-satu masa)
3. Kemungkinan ELCB rosak
Salam tuan kenapa water dispenser saya sentiasa boiling tidak ke keep warm? Adakah rosak thermostat?
ReplyDeleteRasanya begitulah (thermostat rosak) sebab saya belum pernah dirujuk water dispenser dengan masalah 'keep boiling'. Saya tak pasti ianya menggunakan thermostat atau thermocouple.
DeleteIa guna thermostat....saya sudah tukar tapi masih juga tak boiling...masalah memang pada thermostat awalnya bila sudah tukar dan saya chek memang elok dah. tapi air masih tak boiling dan tak keep warm....
DeleteAi, dari 'keep boiling' dah jadi 'tak boiling'? Ini mesti ada benda yang telah dibuka tak disambung balik atau mungkin ada sambungan putus ketika membukanya, atau mungkin thermostat yang ditukar tu tak sama ratingnya. Cari lagi, selamat mencuba...
DeleteAda jual tak getah dkt penutup pensonic tu? Saya punya getah dr kelabu dh jd putih² bahagian tepi²...mereput sbb panas agknya
ReplyDeleteSaya tak pasti, jika ada pun kena cari dengan pengeluar. Benda tu memang akan reput/pecah/retak satu hari nanti sebab ditekan setiap hari. Boleh bersihkan kawasan sekeliling, tampal dengan cellotape supaya air tak mengalir masuk (jika ada) dan boleh merosakkan tact switch di dalamnya.
DeleteSalam tuan, kalau dia x boil, keep warm je...masalah apa ya ?..motor semua berfungsi
ReplyDelete1. Periksa elemen pemanas
Delete2. Periksa thermal switch
Jika elemen pemanas rosak, tak payah baiki lagi, beli yang baru.
Assalamualaikum, mne nak cari alat ganti papan litar? Bila check saya punya papan litar tu dh terbakar berlubang 😅
ReplyDeleteMaaf, saya tak tahu mana ada jual pcb.
DeleteAssalamualaikum tuan, saya nk tnya,bila on suis therma pot, dia panas, tapi lampu boiling xmenyala kenapaya? boleh jadi hanya lampu dia je rosak?
ReplyDeleteMungkin lampu LED hangus atau perintang putus. Rujuk artikel pada pautan di bawah.
Deletehttp://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2019/02/baiki-pensonic-ptf-53a-thermo-potflask.html
Tuan, apa mslh kalo bila On therma pot lampu boiling menyala tp x panas? Tkaseh
ReplyDeletePeriksa elemen pemanas serta 'thermal switch'.
DeleteAsalamualaikum tuan, pum tidak rosak, tetapi tidak berfungsi bila butang ditekan.
ReplyDeleteMungkin butang (tact switch) rosak atau ada kerosakkan komponen pada bahagian PSU.
Deleteair mendidih dan semua berfungsi..tiba2 ada spark dan thermo pot dh x blh on..kenapa ya??...
ReplyDeleteBuka dan periksa, mungkin thermal fuse/switch putus putus.
DeleteBos termoporth saya keluar air tak berhenti apa masalah tu ya
DeleteMungkin sama masalah seperti di atas atau mungkin suis rosak.
Delete