Showing posts with label Washing Machine. Show all posts
Showing posts with label Washing Machine. Show all posts

Wednesday, 15 March 2023

SAMSUNG WA70H4000SG washing machine repair

Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah mesin basuh berjenama SAMSUNG, model WA70H4000SG dan saya diberitahu masalahnya ialah air tidak mengalir masuk ke mesin basuh.

SAMSUNG WA70H4000SG

Masalah air tidak masuk ke mesin basuh biasanya adalah disebabkan kerosakkan 'inlet valve' atau papan litar dan pernah saya kongsikan sebelum ini di sini, sini dan sini.

model: WA70H4000SG

Pemeriksaan awal pada bahagian 'inlet valve' adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Solenoid untuk 'inlet valve' telah tiada dan saya tidak pasti apa cerita sebenar di sebaliknya.

inlet valve hilang...

Mesin basuh ini berjaya diselamatkan dengan hanya menggantikan 'inlet valve' yang baharu sahaja dan untuk makluman semua, mesin basuh ini dirujuk oleh sebuah pusat penginapan (hotel).

Gantikan injap baharu...

Persoalan yang belum terjawab ialah, kenapa dan bagaimana solenoid 'inlet valve' boleh tiada atau hilang sewaktu dirujuk kepada saya?

Mungkinkah selama ini ianya boleh berfungsi tanpa solenoid injap?

Jika saya khabarkan kepada pemilik bahawa solenoid telah tiada sewaktu dirujuk kepada saya, apa reaksi pemilik?

Fikir-fikirkan...

Wednesday, 7 December 2022

LG WF-F63PC washer repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah mesin basuh berjenama LG, model WF-F63PC dengan masalah boleh dihidupkan namun proses membasuh serta membuang air gagal berfungsi.

LG WF-F63PC

Pemeriksaan awal pada 'drain motor' masih elok dengan membekalkan terus bekalan electrik 240vac.

Model: WF-F63PC

Seterusnya saya buka papan litar dan kesemua gam epoxy telah cair seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Papan litar...

Biasanya jika kerosakkan melibatkan papan litar, saya tidak baiki sebab tidak dapat dibuka. Memandangkan gam epoxy telah cair, saya cuba buka papan litarnya untuk pemeriksaan lanjut.

Ada kesan percikan api...

Ada kesan percikan api pada bahagian bawah papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Cold solder joint...

Kesan percikan api tersebut adalah disebabkan 'cold solder joint' atau pateri pada papan litar telah retak seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pateri smula 'cold solder joint'...

Tiada kerosakkan lain yang ditemui dengan pandangan mata kasar selain dua 'cold solder joint' sahaja. Setelah dipateri semula dan diuji, masalah selesai dan ianya kembali berfungsi semula.

Selamat berDIY...

Monday, 3 October 2022

LG WF-F711PC washer not draining water repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah mesin basuh berjenama LG, model WF-F711PC dengan masalah air bertakung dan tidak dapat dibuang dari dalam mesin basuh.

LG WF-F711PC

Ketika ianya dirujuk kepada saya, masih ada air lagi di dalam mesin masuh dan ianya sangat berat. Dari pengalaman lepas, masalah sedemikian adalah disebabkan kerosakkan 'drain motor'.

Model: WF-F711PC

Pemeriksaan dengan mata kasar 'drain valve' yang tidak berfungsi sebab spring telah berkarat serta putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Spring 'drain valve' putus...

Setelah saya buka 'drain valve', spring di bahagian dalamnya juga putus dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah 'drain valve' dibuka...

Masalah sedemikian boleh diatasi dengan menukarkan keseluruhan bahagian 'drain valve' atau gantikan bahagian 'valve' sahaja.

valve baru vs valve rosak

Saya gantikan bahagian 'valve' sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gantikan 'drain valve kit' baharu...

Klip video di bawah saya rakam sewaktu menguji fungsi 'spin' pada mesin basuh setelah menggantikan bahagian 'valve' yang rosak sahaja dan masalah air bertakung di dalamnya selesai.

Selamat mencuba...

Sunday, 29 May 2022

Samsung WA12J5750SV washer repair

Minggu lepas saya telah dipanggil untuk memeriksa sebuah mesin basuh berjenama Samsung, model: WA12J5759SV dengan masalah air tidak mengalir masuk setelah butang 'start' ditekan.

Jenama: Samsung

Ianya juga tidak menghasilkan sebarang 'error code' dan menurut pemilik cuma ada bunyi alarm sahaja.

Model: WA12J5750SV

Ketika saya mengujinya, tiada air mengalir masuk dan tiada bunyi alam terhasil (mungkin kena tunggu lama untuk menghasilkan bunyi alarm).

Inlet valve...

Memandangkan tiada air yang mengalir masuk, suspek utama ialah kerosakkan 'inlet valve' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.


Cara memeriksa 'inlet valve' boleh ditonton pada klip video di atas.

Gantikan inlet valve yang baharu...

Mesin basuh ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah 'inlet valve' telah ditukar serta diuji.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Monday, 23 May 2022

Electrolux door lock atuator (438730043) repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'door lock atuator' untuk kegunaan mesin basuh komersial berjenama Electrolux dengan masalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

ERROR - interlock

Masalah sebegini sering terjadi pada 'door lock atuator' ini dan ada yang tidak mampu dibaiki sebab ianya tidak dapat dibuka.

438730043 - atuator

'Door lock atuator' kali ini kelihatan baru dan apabila diperiksa dengan mata kasar, kelihatan kabel suis ada kerosakkan.

kabel suis putus...

Kerosakkan yang saya maksudkan boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu wayar berwarna biru telah putus dan wayar berwarna coklat pula penyalutnya koyak.

wayar biru putus...

Masalah sedemikian adalah disebabkan kabel tersebut bergesel dengan sesuatu ketika mesih basuh digunakan.

sambung serta balut wayar setelah disambung...

Apa yang saya lakukan ialah bungkus wayar coklat supaya tidak berlaku litar pintas dengan pita wayar dan sambung kembali wayar biru yang telah putus.

Siap...

Selamat mencuba...

Tuesday, 12 April 2022

Electrolux M5424-08 PCB repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah papan litar untuk kegunaan mesin basuh berjenama Electrolux dengan masalah fius 1.25A putus lagi apabila diganti.

M5424-08 (Electrolux)

Pemeriksaan dengan mata kasar mendapati sebiji diod yang dilabel D108 pada papan litar ada terbakar seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Litar pintas pada D108

D108 disambung ke terminal input & ground pada sebiji 'low dropout regulator' dengan label LM2940CT-12 dan berkeadaan litar pintas ketika saya periksa dengan menggunakan multimeter.

Keluarkan D108

Setelah D108 saya keluarkan dari papan litar dan bekalkan 12v kepada terminal seperti boleh dilihat pada gambar di atas, lampu LED berwarna hijau & merah pada papan litar boleh menyala.

Gantikan D108 dengan yang baharu...

Saya tidak pasti berapa nilai TVS diode tersebut sebab tidak menemui sebarang maklumat ketika mencarinya di atas talian.

D108 disambung ke LM2940CT-12 regulator

Nombor rujukannya boleh dilihat pada gambar di bawah dan saya dapatkan sebiji yang serupa dari papan litar yang lain.

D108 = GMK GP401

Klip video di bawah saya ambil ketika mengujinya dengan menyambungkan bekalan 12vdc kepada terminal input & ground pada reguy LM2940CT-12.

Gambar di bawah dihantar oleh pemilik memberitahu saya ianya boleh digunakan semula setelah dibaiki.

Tested - ok
Selamat mencuba...

Monday, 14 March 2022

LG WF-CL700 washer repair

Hari ini saya dirujuk sebuah mesin basuh berjenama LG, model WF-CL700 dengan masalah gagal membuang air.

LG WF-CL700

Ketika saya mengujinya, saya dapati masalahnya ialah pada 'drain motor' seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.


Masalah 'drain motor' kali Ini berbeza iaitu ia boleh berfungsi namun gagal menarik serta membuka 'drain valve' sepenuhnya untuk membuang air.

Model: WF-CL700

Sebelum ini saya pernah dirujuk mesin basuh dengan kerosakkan 'drain motor' dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.

Kedudukan drain motor...

Kadang-kadang ada 'drain motor' yang boleh di baiki namun kali ini saya tidak menemui punca kerosakkan pada 'drain motor' tersebut.

Drain motor...

Tiada komponen yang rosak ditemui ketika saya membuka 'drain motor' tersebut dan saya terpaksa menukarkkannya dengan yang baharu.

Label pada drain motor...

Masalah selesai setelah 'drain motor' ditukar dan klip video di bawah menunjukkan 'drain motor' yang elok dan boleh menarik sepenuhnya 'drain valve'.

Selamat mencuba...

Wednesday, 8 December 2021

LG WF-660 washer repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk mesin basuh seperti ini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

LG WF-660

Pagi ini saya dirujuk sebuah mesin basuh yang serupa dengan masalah yang serupa seperti telah saya kongsikan sebelum ini iaitu boleh dihidupkan serta berfungsi namun hanya gagal pada proses membuang air.

Model: WF-660

Masalah sedemikian adalah disebabkan kerosakkan pada 'drain motor' seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Kedudukan 'drain motor'...

Mesin basuh ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah 'drain motor' telah saya gantikan dengan yang baharu.

drain motor...

'Drain motor' yang rosak telah saya buka seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk mencari punca kenapa ianya gagal berfungsi.

Setelah dileraikan...

Arus elektrik disambung kepada dua komponen utama di dalamnya iaitu sebiji motor dan sebiji solenoid seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

motor rosak

Pemeriksaan menyeluruh mendapati kerosakkannya ialah pada motor seperti telah saya tunjukkan pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Friday, 26 November 2021

LG WF-F63PC washing machine PCB

Sebelum ini saya pernah membaiki mesin basuh seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: LG

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi mesin basuh serupa dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Model: EF-F63PC

Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan kerosakkan pada papan litar dan biasanya saya tidak baiki dan gantikan dengan papan litar yang baharu. Papan litar mesin basuh sukar dibaiki berikutan diselaputi dengan lapisan gam/epoxy yang sangat leceh untuk dibuang sebelum pemeriksaan boleh dibuat.

PCB OEM...

Ada beberapa pilihan ketika mencari papan litar yang baharu dan harganya juga berbaza-beza iaitu:-

  1. Papan litar tulen
  2. Papan litar OEM
  3. Papan litar universal
Rintangan pada inlet valve - 4.6kΩ

Saya biasanya akan membeli papan litar OEM dan harganya di bawah seratus ringgit sahaja di laman atas talian Lazada, Shopee, Aliexpress serta Taobao.

PCB OEM tiada fuse

Ianya boleh digunakan serta telah banyak saya gantikan tanpa masalah dan untuk pengetahun semua, harga papan litar OEM lebih murah sebab tidak dilengkapi dengan fius serta suis pintu seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

PCB OEM tiada suis pintu

Saya tidak pernah menggunakan papan litar universal sebab perlu memotong serta membuat pendawaian semula dan ianya kurang selamat pada pandangan saya.

Output transformer - 10v, 250mA


Kadang-kadang mesin basuh yang dirujuk kepada saya, gam/epoxy pada papan litar telah cair serta meleleh. Ini berlaku sebab biasanya pengguna tidak pernah memadamkan suis utama pada soket ketika tidak digunakan. Haba yang terhasil pada transformer adalah punca gam/epoxy cair.

Untuk mengelak gam/epoxy cair berlaku, putuskan bekalan elektrik dengan memadamkan suis pada soket bila mesin basuh tidak digunakan.

Selamat berDIY...