Showing posts with label Camera. Show all posts
Showing posts with label Camera. Show all posts

Saturday, 25 June 2022

LOOSAFE LS-QJ58 IP CCTV camera repair

Hari ini saya kongsikan sebiji kamera yang dirujuk kepada saya untuk dibaiki dan ianya sangat 'versatile' pada pandangan saya.

V380 bulb light camera...

Kamera ini tidak berlabel dan setelah mencari maklumat di atas talian, saya terjumpa spesifikasinya di sini.

Setelah penutup dibuka...

Masalah kamera ini ketika dirujuk kepada saya ialah langsung tidak berfungsi dan setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, sebiji kapasitor kelihatan kembung seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor baharu...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar hanya menemui dua biji kapsitor dengan nilai 470uF, 16v rosak dan telah saya gantikan.

Tested - ok

Kamera ini kembali berfungsi dan berjaya diselamatkan setelah dengan hanya menggantikan dua biji kapasitor yang rosak sahaja.

Kapasitor rosak...

Kamera ini saya label sebagai 'versatile' sebab:-

  1. 2 dalam 1 (lampu & kamera)
  2. Lampu hanya menyala secara automatik ketika tidak cukup terang untuk rakaman kamera
  3. Boleh ditambah kad memori untuk menyimpan rakaman kamera
  4. Kamera boleh ditonton melalui aplikasi telefon bimbit
  5. Boleh merakam video beserta suara
  6. Dilengkapi dengan sistem WiFi

Selamat mencuba...

Sunday, 2 June 2019

XiaoYi Yi Car Dashcam doesn't charge

Semalam saya dirujuk sebuah 'dashcam' berjenama XiaoYi Yi, Model: YCS1216 dengan masalah setelah ditukar bateri baru ianya tidak dapat mengecas langsung.
Jenama: XiaoYi Yi
Bila saya sambungkan 'charger' kepada dashcam tersebut, lampu LED berwarna merah tidak menyala, petanda dashcam tersebut memang tidak mengecas bateri di dalamnya.
Model: YCS1216
Mari kita buka dan lihat apa yang ada di dalamnya.
Setelah penutup belakang di buka...
Setelah saya keluarkan bateri tersebut, ternyata bateri telah diganti baru namun ada satu wayar berwarna putih tidak disambung sebab bateri yang di ganti itu cuma ada dua wayar sahaja iaitu berwarna merah dan hitam.
Bateri dah ditukar baru... (240mAH sahaja)
Punca tidak mengecas telah di ketahui namun bagaimana nak sambungkan wayar yang berwarna putih tersebut? Anda boleh sambungkan wayar putih tersebut bersama dengan wayar hitam tetapi cas bateri cuma dalam 30% penuh sahaja.
Sambung sebiji perintang 24kΩ
Bateri lama telah dibuang, jadi bagaimana mengetahui berapa rintangan yang diperlukan di antara wayar hitam & putih? Biasanya rintangan yang diperlukan pada wayar putih & hitam ialah di antara 10kΩ sehingga 50kΩ.
Lampu LED merah dah menyala...
Jadi saya cuba 10kΩ, 15kΩ, 20kΩ dan seterusnya, namun bila disambung 47kΩ lampu LED merah tidak menyala lagi. Oleh yang demikian akhirnya saya memilih 24kΩ dan bila diukur voltan maximum ketika mengecas bateri ialah 4.2v dan itu merupakan voltan tertinggi untuk mengecas bateri 3.7v.
Testing...
Kepada yang ingin tukar bateri sendiri, pastikan anda jangan buang bateri lama jika tidak tahu menyambung sebab kita boleh mengukur rintangan tersebut pada bateri lama iaitu di antara wayar hitam dan putih.
Testing...

Balut sambungan agar tidak berlaku litar pintas...

Tested - ok
Selamat mencuba...