Showing posts with label MYTV. Show all posts
Showing posts with label MYTV. Show all posts

Friday, 11 July 2025

HD-1002 I MYTV digital decoder repair

Decoder ini saya beli bersama dengan dekoder yang pernah saya kongsikan dahulu pada tahun 2019 dan anda boleh rujuk di sini.

ARTPO HD-1003 digital decoder

Dekoder ini asalnya elok namun rosak setelah saya tersilap guna adapter. Adapter yang dibekalkan ialah 5v namun saya tidak periksa dan sambung terus menggunakan adapter 12v pada dekoder yang saya gunakan sekarang.

Setelah penutup dibuka...

Ianya tidak saya baiki ketika itu berikutan sebiji IC yang berlabel A17C terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah tidak ditemui alat gantinya. 

PWM converter panas...

Baru-baru ini saya telah menemui A17C tersebut dalam talian di AliExpress namun menggunakan rujukan XT3410 atau SD8906A.

Keluarkan komponen rosak...

A17C merupakan 'DC step-down converter' dan saya pernah cuba menggantikannya menggunakan A15K namun gagal berfungsi.

A17C
Untuk pengetahuan semua, dekoder ini boleh berfungsi setelah A17C telah saya gantikan dengan yang baru namun indikatornya tidak menyala.

Gantikan komponen baru...

Masalah indikator tidak menyala disebabkan IC yang mengawalnya rosak dan label padanya ialah CSC725 serta tiada alatganti dalam tangan mahupun dijual di pasaran tempatan.

Boleh berfungsi namun indikator tidak menyala...

Sehingga blog ini ditulis, dekoder ini diuji setiap hari selama kira-kira sebulan tanpa masalah walaupun indikatornya tidak menyala.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Thursday, 23 January 2025

BOTATO C106 digital decoder repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder MYTV berjenama BOTATO, model C106 dengan masalah gagal dihidupkan setelah dibekalkan arus elektrik.

Jenama: BOTATO

Sebelum ini saya pernah dirujuk dekoder untuk MYTV dan anda boleh baca di sini.

Model: C106

Perbezaan dekoder kali ini dengan dekoder lepas ialah ianya tidak dilengkapi PSU (power supply unit).

950 - 2150MHz

Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, saya tidak menemui sebarang kerosakan komponen.

Setelah dibuka...

Pemeriksaan dengan multimeter juga gagal menemui sebarang kerosakan.

Bahagian bawah papan litar...

Seterusnya saya buka papan litar untuk memeriksa bahagian bawahnya dan menemui kesan berkarat seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Setelah dibersihkan...

Sebagai percubaan, saya bersihkan bahagian yang berkarat tersebut serta juga beberapa bahagian atas papan litar.

Untuk pengetahuan semua, dekoder ini kembali berfungsi semula setelah papan litarnya telah saya bersihkan.

Saya dapati tiada bacaan voltan pada kapasitor 0.8v sewaktu dekoder gagal berfungsi atau dalam keadaan standby.

Selamat berDIY...

Saturday, 22 July 2023

MYTV channel 105 (TV5)

Suatu ketika dahulu, saluran 105 pada MYTV dilabel sebagai drama sangat namun telah dihentikan pada april 2022.

TV5 (Enjoy TV)

Baru-baru ini saluran 105 telah kembali semula dengan label TV5 atau 'enjoy TV5' sebagai saluran percubaan seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Sila kemaskini saluran MYTV dengan melakukan carian automatik atau carian manual pada dekoder MYTV anda untuk dapatkan siaran 105 semula.

Semalam saya sempat menonton dua tayangan cerita 'final score' & 'wolf warrior 2' di saluran 105.

Selamat menonton...

Thursday, 27 October 2022

KH-T2 decoder repair

Dekoder ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Menurut pemilik, dekoder gagal berfungsi setelah ada bunyi letupan kedengaran. Apabila saya gancang dekoder tersebut, kedengaran ada benda yang tanggal di dalamnya.

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui kapasitor utamanya telah meletup seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui sebarang komponen lain yang didapati rosak dan saya telah gantikan kapasitor utama dengan rating voltan sedikit tinggi iaitu 10uf, 450v.

Dekoder berjaya diselamatkan semula setelah dengan hanya menggantikan kapasitor utama sahaja dengan nilai asal 10uf, 400v.

Selamat mencuba...

Sunday, 10 April 2022

MYTV Channel 116 (SukeTV)

Beberapa hari lepas saya perasan channel 105 (Drama Sangat) telah hilang siarannya dari MyTV.

Channel 105 (Drama sangat) hilang siaran...

Apabila saya melakukan 'auto update', channel 105 telah hilang dari senarai seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Selepas update channel 105 lesap...

Pemeriksaan lanjut mendapati kini ada channel baharu dengan nombor 116 dan dilabel sebagai SukeTV seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Channel baharu - 116 (SukeTV)

SukeTV diasaskan oleh Dato' AC Mizal dan menyiarkan siaran 'shopping' iaitu lebih kurang serupa dengan channel WOWSHOP atau Go Shop (Channel 104, 106 & 120).

Semua channel 'shopping' saya 'skip' dari senarai MyTV...

Kesemua channel berkaitan dengan 'shopping' saya 'skip' dari senarai siaran MyTV termasuk SukeTV.

Program untuk selebriti jual produk...

Selamat menonton...

Tuesday, 25 January 2022

KH-T2 decoder repair

Hari ini saya kongsikan  pengalaman baru membaiki dekoder untuk menerima siaran digital MyTV dengan masalah boleh dihidupkan namun tiada layar.

KH-T2 decoder

Ketika saya mengujinya, ianya boleh dihidupkan namun kesemua butang tidak berfungsi apabila ditekan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Setelah penutupnya saya buka, pemeriksaan dengan mata kasar mendapati kapasitor utama telah kembung dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Setelah penutup dibuka...

Seperti biasa, kapasitor yang kembung tidak perlu diperiksa lagi dan harus ditukar sebab ianya pasti rosak.

Gantikan kapasitor utama...

Seterusnya saya buka papan litar bahagian hadapan untuk memeriksa 'tact switch' dan ketiga-tiganya tiada keterusan apabila ditekan.

Buka panel hadapan...

'Tact switch' kadang-kadang akan rosak walaupun tidak digunakan serta boleh menyebabkan banyak masalah dan anda boleh rujuk salah satu contoh yang pernah saya kongsikan di sini.

Gantikan 'tact switch' yang rosak...

Dekoder ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah kesemua komponen yang rosak di atas telah saya gantikan.

Siap...

Klip video di bawah saya rakam ketika mengujinya setelah siap dibaiki. Kesemua butang kini berfungsi apabila ditekan.

 

Masalah tiada layar yang dikhabarkan oleh pemilik sebelum ini juga selesai.

Tested - ok

Lampu hijau hanya akan menyala apabila dekoder menerima isyarat (signal) siaran. Jika lampu hijau tidak menyala bermaksud tiada isyarat diterima dan anda harus ubah kedudukan antenna atau mencari kedudukan yang sesuai untuk mendapatkan isyarat siaran.

Lampu hijau - signal (isyarat)

Selamat mencuba...

Sunday, 22 August 2021

Memasang antena MyTV di dalam bumbung rumah

Dua tahun lepas setelah siaran TV analog ditamatkan, saya telah membeli dekoder digital untuk menerima siaran MyTV dan anda boleh rujuk di sini.

Aerial di dalam bumbung rumah...

Sejak dibeli, saya menggunakan aerial/antenna 'indoor' yang telah dilengkapi 'booster' namun masalah yang sering dihadapi ialah bila cuaca tidak elok atau hujan, siarannya selalu terganggu atau 'no signal'.

Signal - 38%, Quality - 100%

Hujung minggu lepas saya telah mencuba menggunakan aerial analog lama dan pasang di dalam bumbung rumah saya seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.

Walaupun 'signal' hanya 38% sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas tetapi siarannya tidak terganggu ketika cuaca buruk atau hujan.

Kadang-kadang bacaan 'signal' cuma 18% sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah namun tidak menggangu penerimaan siaran dan ianya jauh lebih baik berbanding aerial 'indoor' dahulu.

Signal - 18%, Quality - 92%

Saya telah mencuba kesemua kedudukan di dalam bumbung rumah dan 'signal' yang terbaik saya dapat ialah sisik aerial menghala timur/barat.

Saya juga ada menguji memasang aerial pada kedudukan menegak dan ianya langsung tidak mendapat sebarang 'signal'.

Jika aerial dipasang di luar rumah saya yakin bacaan 'signal' pasti lebih tinggi. Jika penerimaan siaran tidak memuaskan berlaku semula, saya perlu cuba pula aerial jenis UHF khas untuk siaran digital.

26 saluran TV & 14 saluran radio

Setakat hari ini, saya  dapat sejumlah 26 saluran TV. 8 daripada 26 saluran adalah dari negara jiran iaitu Brunei.

Sehingga blog ini ditulis, seminggu telah berlalu dan tiada gangguan siaran walaupun cuaca buruk.

Selamat menonton...

Tuesday, 30 March 2021

MYTV channel 113 (TV6)

Baru-baru ini saya telah membuat 'auto update' pada dekoder digital MYTV dan mendapati ada channel baru yang dilabel sebagai TV6.

Saluran percubaan - TV6

Buat masa ini, channel 113 masih lagi dalam percubaan dan tercatat perkataan 'saluran percubaan' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Sebelum dikemaskini...

Setakat hari ini, MYTV kini mempunyai 18 saluran TV dan ianya percuma untuk tontonan orang ramai seluruh negara.

Setelah dikemaskini - saluran 113 (TV6)

Selamat menonton...

Saturday, 13 February 2021

MYTV channel 122 (TVS)

Sempena tahun baharu cina tahun ini, TVS (TV Sarawak) kini bersiaran di MYTV mulai 12/02/2021.


Pengguna decoder MYTV cuma perlu mengemaskini dengan melakukan 'auto search' dan anda boleh rujuk di sini untuk cara mendapatkan senarai siaran terkini.

Selamat menonton...

Sumber

Sunday, 4 October 2020

MYTV Channel 112 (Awesome TV HD)

MYTV kini ada lagi channel baharu dengan nombor 112 dan di label sebagai Awesome TV HD.

Selain daripada channel TV yang baharu, terdapat beberapa channel radio yang baharu seperti WAIfm, SARAWAKfm, SABAHfm dan SABAH Vfm yang tidak ada sebelum ini.

Jika channel baharu tersebut tiada dalam senarai siaran anda, anda cuma perlu mengemaskini dekoder dan rujuk pada artikel saya di sini untuk langkah-langkan mengemaskininya.

Selamat berhibur...

Sunday, 26 April 2020

MYTV Channel 105 (DRAMA SANGAT)

MYTV kini ada channel baru dengan nombor 105 dan dilabel sebagai DRAMA SANGAT.

Channel 105 - DRAMA SANGAT

Cara untuk mendapatkan channel tersebut ialah dengan melakukan carian automatik atau carian manual pada dekoder MYTV seperti berikut:-

1. Carian automatik

Tekan 'menu' dan pilih 'auto search'...
Tekan 'ok' dan tunggu sehingga carian selesai...

2. Carian manual

Tekan 'menu' dan pilih 'manual search'...
Pilih 'channel no' dan tukar ke 47...
Pilih 'start search' dan tunggu sehingga carian selesai...

Selamat berhibur & menonton...

Kemaskini - Channel 105 (Drama sangat) telah ditamatkan pada awal bulan april 2022 & digantikan dengan channel 116 (SukeTV)