Showing posts with label Hair straightener. Show all posts
Showing posts with label Hair straightener. Show all posts

Saturday, 4 September 2021

Fun Kor Seoul Korea hair straightener repair

Semalam saya dirujuk sebuah alat untuk meluruskan rambut buatan Korea dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Fun Kor Seoul Korea hair straightener

Saya tidak pasti apa jenama serta model alat meluruskan rambut ini namun ada tercatat 'design by from Fun Kor Seoul Korea' padanya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Made in Korea

Pemeriksaan pada plug bekalan elektrik (L & N) mendapati tiada keterusan (continuity) dan ini memberitahu saya bekalan elektrik tidak sampai ke papan litar atau mungkin fius putus.

Design by from Fun Kor Seoul Korea

Cara membuka alat melurus rambut ini dengan membuka kedua-dua penutup bulat serta skru seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Buka penutup & skru...

Setelah dibuka, kelihatan salah satu wayar telah putus pada bahagian penyambung bekalan elektrik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kabel putus...

Masalah telah ditemui dan untuk menyambung kembali wayar yang putus harus dipateri dengan timah menggunakan 'soldering iron'.

Sambung kembali...

Gambar di atas menunjukkan wayar yang putus telah dipateri ke kedudukan asal dan ketika memasang kembali, pastikan wayar disusun elok serta dikunci ketat.

Pasang kembali...

Wayar diatas putus sebab bahagian penyambung di dalam tidak dikunci kuat dan turut berpusing apabila kabel di luar dipusing sewaktu digunakan.

Tested - ok

Alat melurus rambut ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula

Selamat mencuba...

Friday, 9 October 2020

HF-175 hair straightener

Alat melurus rambut ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Pemilik memberitahu saya selepas dibaiki sebelum ini, ianya telah digunakan untuk satu jangka masa namun tidak dapat dihidupkan semula selepas itu.

Sebelum saya membukanya, saya telah menguji dan sah ianya tidak dapat dihidupkan serta lampu indikator berwarna merah tidak menyala serta tidak panas walaupun telah dibekalkan arus elektrik.

Saya juga buka wayar dan periksa dari plug 3-pin sehingga ke bahagian penyambungnya dan tidak menemui sebarang masalah.

Seterusnya saya buka serta periksa papan litarnya yang juga berakhir dengan jalan buntu iaitu tiada kerosakkan komponen yang ditemui.

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bacaan rintangan pada kedua-dua elemen pemanasnya.

Kemudian saya bekalkan elektrik dengan tujuan untuk mencari punca kerosakkan yang menyebabkan ianya tidak dapat dihidupkan. 

Kejadian pelik berlaku di mana ianya boleh dihidupkan dalam keadaan terburai ketika dibekalkan arus elektrik.

Jadi, saya pasang kembali serta mengujinya semula dan masalah tidak dapat dihidupkan di atas telah lenyap.

Sehingga blog ini ditulis, saya masih tidak pasti kenapa ianya tidak berfungsi pada mulanya namun setelah dibuka dan tanpa menemui sebarang kerosakkan ianya kembali berfungsi semula bila diuji.

Saya kembalikan alat melurus rambut tersebut kepada pemilik dan memintanya menguji semula sebab tiada kerosakkan ditemui kali ini. Jika masalah sama kembali semula, saya akan kemaskini lagi artikel ini.

Selamat mencuba...

Wednesday, 26 August 2020

JOSEPH PRODOTTO hair straightener repair

Sebelum ini saya pernah membaiki alat untuk meluruskan rambut (hair straightener) dan anda boleh membacanya di sini.

Jenama: JOSEPH PRODOTTO

Pagi ini saya dirujuk sebuah alat untuk meluruskan rambut berjenama JOSEPH PRODOTTO dengan masalah kadang-kadang tidak panas atau tidak dapat dihidupkan.

Pemilik juga ada memberitahu saya, selain daripada tidak panas, kadang-kadang ada kedengaran bunyi percikan api ketika digunakan.

Memandangkan ianya jenis digital, saya tidak dapat membuat pemeriksaan hanya dengan menggunakan multimeter sahaja tanpa dibuka.

Benda pertama yang saya buka ialah plug 3-pin dan keadaan di dalamnya adalah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Jelas kelihatan bahagian wayar berwarna coklat ada kesan percikan api (berwarna putih pada plug 3-pin) dan setelah saya buka wayar tersebut ianya longgar serta banyak kesan teroksida (oxidized) akibat percikan api.

Kesan teroksida tersebut saya bersihkan termasuk bahagian terminal penyambungnya dengan 'contact cleaner'.

Jika mengikut standard, wayar hidup (coklat) sepatutnya disambung kepada bahagian fius dan saya betulkan kembali sambungannya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Percaya atau tidak, semua masalah di atas selesai hanya dengan membetulkan serta menyelengara plug 3-pin sahaja.

Klip video di bawah menunjukkan ianya telah saya baiki dan masih boleh digunakan lagi tanpa masalah lagi.

Selamat mencuba...

Thursday, 2 July 2020

HF-175 hair straightener repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah alat pemanas untuk meluruskan rambut yang tidak diketahui janamanya dengan nombor model HF-175 buatan China.
Hair straightener
Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah tidak dapat dihidupkan serta tidak panas. Sebelum ini saya juga pernah membaiki alat untuk meluruskan rambut seperti ini tetapi model yang berbeza dengan masalah yang sama dan kerosakkannya ialah wayar putus.
Model: HF-175
Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya juga adalah sama dengan yang pernah saya baiki sebelum ini iaitu wayar putus dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
wayar penyambung putus...
Saya potong bahagian yang disyaki putus dan ianya boleh dilihat pada gambar di bawah. Wayar neutral (N) putus dan wayar live (L) juga hampir putus.
Potong wayar yang putus...
Wayar yang putus saya sambung kembali serta dipateri supaya sambungannya kuat dan dibalut dengan pita wayar supaya kemas dan tiada litar pintas.
Sambung, pateri dan balut dengan pembalut wayar...
Bahagian luar sambungan saya bungkus dengan 'heat shrink tubing' supaya nampak kemas seperti baru dan boleh dilihat pada gambar di bawah.
Siap...
Setelah siap dibaiki dan diuji, ianya telah berjaya di selamatkan dan masih digunakan semula.
Tested - ok
Wayar putus seperti ini banyak berlaku pada alat pengering rambut (hair dryer) serta cerek elektrik. Sebabnya ialah kesilapan pengguna sendiri ketika menggulung wayar seperti pada gambar di bawah.
Cara yang salah menggulung wayar...
Elak daripada membengkokkan wayar secara berlebihan ketika menggulung wayar peralatan elektrik anda. Cara yang betul ialah wayar harus digulung secara bulat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Cara betul menggulung wayar...
Klip video di bawah saya rakam setelah ianya telah siap dibaiki serta diuji.
Selamat mencuba...