Thursday 2 July 2020

HF-175 hair straightener repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah alat pemanas untuk meluruskan rambut yang tidak diketahui janamanya dengan nombor model HF-175 buatan China.
Hair straightener
Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah tidak dapat dihidupkan serta tidak panas. Sebelum ini saya juga pernah membaiki alat untuk meluruskan rambut seperti ini tetapi model yang berbeza dengan masalah yang sama dan kerosakkannya ialah wayar putus.
Model: HF-175
Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkannya juga adalah sama dengan yang pernah saya baiki sebelum ini iaitu wayar putus dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
wayar penyambung putus...
Saya potong bahagian yang disyaki putus dan ianya boleh dilihat pada gambar di bawah. Wayar neutral (N) putus dan wayar live (L) juga hampir putus.
Potong wayar yang putus...
Wayar yang putus saya sambung kembali serta dipateri supaya sambungannya kuat dan dibalut dengan pita wayar supaya kemas dan tiada litar pintas.
Sambung, pateri dan balut dengan pembalut wayar...
Bahagian luar sambungan saya bungkus dengan 'heat shrink tubing' supaya nampak kemas seperti baru dan boleh dilihat pada gambar di bawah.
Siap...
Setelah siap dibaiki dan diuji, ianya telah berjaya di selamatkan dan masih digunakan semula.
Tested - ok
Wayar putus seperti ini banyak berlaku pada alat pengering rambut (hair dryer) serta cerek elektrik. Sebabnya ialah kesilapan pengguna sendiri ketika menggulung wayar seperti pada gambar di bawah.
Cara yang salah menggulung wayar...
Elak daripada membengkokkan wayar secara berlebihan ketika menggulung wayar peralatan elektrik anda. Cara yang betul ialah wayar harus digulung secara bulat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Cara betul menggulung wayar...
Klip video di bawah saya rakam setelah ianya telah siap dibaiki serta diuji.
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.