Monday 6 July 2020

BLAUPUNKT QUADRO AMPLIFIER repair

Semalam saya dirujuk sebuah amplifier berjenama BLAUPUNKT, Model: QUADRO dengan masalah salah satu channel output mengeluarkan suara yang sangat lemah dan kabur.
BLAUPUNKT QUADRO amplifier
Amplifier ini buatan Jerman dan ianya sangat popular pada tahun 80an serta banyak digunakan pada kereta BMW ketika itu.
BQA 107 7.607.583.510
Ia merupakan amplifier 4 channel dan memerlukan voltan 12v dengan kuasa output 100w (4 x 25w).
Output section
Gambar di atas dan di bawah merupakan cara penyambungan pada amplifier tersebut dan telah saya tandakan.
input section
Setelah dibuka dan diperiksa, saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak namun saya mendapati 'GAIN ADJ' kadang-kadang tidak mengeluarkan suara apabila dilaras.
Bersihkan 'GAIN ADJ'...
Masalah sedemikian sering terjadi pada amplifier serta 'player' ketika itu (80an) dan puncanya ialah potentiometer tersebut kotor dan perlu dibersihkan. Apa yang anda perlu lakukan ialah sembur dengan menggunakan 'contact cleaner' ke dalam bahagian pelaras (potentiometer) tersebut.
Tested - ok
Masalah di atas selesai hanya dengan membersihkan potentiometer (GAIN ADJ) sahaja dan kesemua channel kini menghasilkan output yang seragam seperti biasa.
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.