Hari ini saya kongsikan sebiji adapter berjenama CWT, Model: KPC-024F dengan masalah tidak menghasilkan output 12v.
 |
CWT KPC-024F
|
Pemilik memberitahu saya ianya digunakan pada DVR dan ianya agak unik sedikit di mana penyambungnya direka khas untuk DVR tersebut sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
 |
Setelah penutup dibuka...
|
Memandangkan tiada alat ganti yang sama di pasaran, saya buka dan cuba baiki adapter tersebut.
 |
Fius 2A putus...
|
Apabila dibuka, benda pertama yang rosak dan boleh dilihat dengan mata kasar ialah kapasitor utama, 33uF, 400v. Seterusnya saya dapati fius utama juga putus.
 |
salah satu diod rosak...
|
Jika fius utama putus, kita harus mencari puncanya dan pemeriksaan menyeluruh mendapati sebiji diod berlabel 1N4007 mengalami litar pintas.
 |
Komponen yang rosak...
|
Gambar di atas menunjukkan komponen yang rosak dan harus diganti. Gambar di bawah pula menunjukkan kesemua komponen yang rosak telah saya gantikan dengan yang baru.
 |
Siap...
|
Adapter ini telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula dan ianya menghasilkan voltan output yang tepat iaitu 12v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
 |
Tested -ok
|
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.