Sunday 19 July 2020

Power supply repair

Kebelakangan ini banyak transformer/adapter dirujuk kepada saya untuk dibaiki. Ada yang menyalahkan TNB/SESCO kerana bekalan elektrik tidak stabil yang merosakkan peralatan eletrik mereka. Setakat mana kebenaran tuduhan tersebut?
3-pin bengkok & patah...
Hari ini saya dirujuk sebiji transformer yang telah bengkok bahagian 3-pin seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Bagaimana ini boleh berlaku? Saya teka ia pasti terjatuh dari kedudukan yang tinggi.
potong wayar ke 3-pin...
Saya cuba bengkokkan kembali pin tersebut ke kedudukan asal namun ianya terus patah sebab diperbuat daripada tembaga.
Sambung terus dengan wayar...
Saya buka transformer tersebut dan potong wayar yang disambung kepada 3-pin asal dan kemudian sambungkan terus dengan wayar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Sambungkan sebiji plug 3-pin...
Seterusnya saya pasang sebiji plug 3-pin seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Ianya kini seperti adapter/transformer komputer riba dan masih boleh digunakan semula.
Tested - ok
Jika anda masih mempunyai transformer/adapter lama atau juga dikenali sebagai 'transformer liner', baiki selagi gegelungnya tidak putus.

Barang lama jauh lebih tahan, mudah dan berbaloi untuk dibaiki. Adapter moden jenis SMPS (switching mode power supply) kadang-kadang tidak dapat dibaiki sebab komponen yang digunakan tidak berlabel.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.