Tuesday 21 July 2020

SAMSUNG PS43F4000 Plasma TV repair

Hari ini saya dirujuk sebuah TV Plasma berjenama SAMSUNG, Model: PS43F4000 dengan masalah hanya lampu merah sahaja berkelip-kelip apabila dibekalkan arus elektrik.
SAMSUNG PS43F4000
Setelah saya buka dan periksa, terdapat litar pintas pada papan litar Ysus dan kedudukannya telah saya labelkan pada gambar di bawah.
Setelah penutup belakang dibuka...
Untuk pengetahuan semua, alat ganti papan litar untuk TV Plasma telah dihentikan pengeluarannya dan saya terpaksa cuba untuk membaikinya.
Ysus board...
Pemeriksaan awal pada papan litar Ysus mendapati litar pintas pada RJP63K2 dan kedudukannya telah saya labelkan pada gambar di atas dan di bawah.
Komponen yang rosak...
Apablia saya buka dan keluarkan RJP63K2, kapasitor berdekatannya yang dilabel 331K juga didapati rosak dan meletup seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Setelah RJP63K2 dibuka...
Setelah kedua-dua komponen di atas saya gantikan serta diuji, TV tersebut masih gagal dihidupkan dan RJP63K2 yang telah saya gantikan telah didapati rosak lagi.
RJP63K2
Kegagalan percubaan di atas memberitahu saya bahawa masih ada komponen lain yang rosak dan harus diganti.
331K (330nF)
Pemeriksaan semula pada papan litar Ysus mendapati terdapat dua biji lagi komponen yang juga didapati rosak dan ianya telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Komponen yang rosak...
Kali ini saya gantikan 3 biji komponen iaitu sebiji RJP63K2, FGD4536 & SF10A400HD dan apabila diuji buat kali ke-2, kali ini TV tersebut telah berjaya dihidupkan dan sehingga blog ini ditulis, TV Plasma tersebut telah saya uji kira-kira 3 jam tanpa masalah.
Siap & Tested - ok
Kadang-kadang kita terpaksa membuat beberapa kali percubaan sebelum berjaya membaiki peralatan elektrik. Ada juga yang langsung tidak dapat di selamatkan.

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. j'ais tout changé en plus le mosfet 5T50.. mais ma tv demarre pour 3 secondes puis elle s'éteint

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.