Sunday, 12 July 2020

SAMSUNG WA95V3 washing machine repair

Sebelum ini saya pernah membaiki mesin basuh seperti ini dan anda boleh membacanya di sini.
Jenama: SAMSUNG
Masalah mesin basuh ini ialah tiada air masuk ke dalamnya ketika mula mencuci pakaian. Apabila saya periksa injap (valve) pada bahagian air masuk, ianya tidak rosak dan masih elok.

Ketika saya uji dengan membekalkan arus elektrik dan diperiksa menggunakan multimeter, tiada arus elektrik dibekalkan kepada bahagian 'inlet valve'.
Model: WA95V3
Masalah sedemikian ialah pada papan litar utama dan tidak dapat dibaiki disebabkan keseluruhan papan litarnya di salut dengan gam epoxy.
Gantikan papan litar yang baru...
Setelah papan litar utamanya saya gantikan dengan yang baru dan diuji, kini bahagian 'inlet valve' tersebut telah dibekalkan arus elektrik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan ianya kembali berfungsi semula seperti biasa.
Voltan pada 'inlet valve'...
Kerosakkan pada papan litar mesin basuh sering berlaku dan peluang untuk dibaiki amat tipis disebabkan tidak dapat dibuka serta diperiksa.

Jika anda mempunyai 'tips' atau cara membuang gam epoxy pada papan litar mesin basuh, tolong kongsikan dengan saya pada ruangan komen di bawah.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.