Showing posts with label theben. Show all posts
Showing posts with label theben. Show all posts

Saturday, 30 December 2023

theben 13A 24hrs segment time switch repair

Sebelum ini saya pernah membaiki timer yang hampir serupa seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'time switch' atau juga dipanggil 'timer' berjenama theben dengan masalah gagal berfungsi dan tidak padam bila tiba waktunya seperti telah dilaras.

Gambar di atas menunjukkan keadaan bahagian dalam setelah dibuka dan pemeriksaan awal mendapati pin tuil suis telah patah seperti telah saya tandakan.

Percubaan awal dengan gam kembali pin yang patah menggunakan 'super glue' gagal dan apa yang saya lakukan ialah gantikan pin yang patah dengan menggunakan besi yang sama saiz. Gambar di atas menunjukkan pin telah saya gantikan menggunakan besi.

Gambar di atas menunjukkan kedudukan apabila suis dipadam dan gambar di bawah pula menunjukkan kedudukan apabila suis telah dihidupkan.

Klip di bawah saya rakam sewaktu mengujinya dan ianya telah berjaya diselamatkan dengan menggantikan pin plastik asal yang patah dengan menggunakan pin besi sahaja.


 Selamat berDIY...

Tuesday, 11 January 2022

theben DM 2 T KNX

'Dimmer' ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

theben DM 2 T KNX

Kali ini ianya dirujuk dengan masalah boleh dihidupkan namun gagal di padam sepenuhnya. Setelah dibuka dan diperiksa, saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak.

Seterusnya saya sambungkan litar dengan menggunakan sebiji mentol untuk diuji seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Saya dapati tiada masalah dan boleh mengawal keterangan lampu apabila butang-butang ditekan. 

Sesuatu yang agak pelik ialah setiap kali dibekalkan elektrik, dua biji lampu indikator LED merah sentiasa menyala.

Masalah sedemikian ialah disebabkan 'setting' berubah dari asal dan biasanya terjadi setelah ada 'blackout'.

Cara untuk mengatasinya ialah sambungkan 'dimmer' kembali ke litar asalnya dan padamkan indikator LED dahulu secara manual sebelum mengawal lampu menggunakan suis litar (external switch).

Selamat mencuba...

Thursday, 27 August 2020

theben DM 2 T KNX repair

Kali ini saya dirujuk sebuah 'dimmer' berjenama theben, Model: DM 2 T KNX dengan masalah tidak dapat dihidupkan setelah arus elektrik dibekalkan kepadanya.

theben DM 2 T KNX

Setelah dibuka, jelas kelihatan ada komponen yang telah hangus dan berwarna hitam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup dibuka...

Gambar di bawah pula merupakan pandangan dekat dan komponen yang telah hancur tersebut ialah varistor dengan nombor rujukan S10J250.

Varistor meletup...

S10 merujuk kepada saiz varistor tersebut iaitu 10mm. Huruf J merujuk kepada tolenransi iaitu 5% (jika huruk K = 10%, L=15%) dan akhirnya 250 merujuk kepada voltan iaitu 250v.

Thermal fuse putus...

Setelah varistor tersebut dibuka, thermal fius di belakangnya juga putus dan rujukkannya ialah 130C.

Komponen baru & rosak...

Pemeriksaan menyeluruh hanya menemui kerosakkan pada kedua-dua komponen seperti di atas iaitu thermal fuse dan varistor sahaja.

Siap...

Setelah komponen yang rosak ditukar serta diuji, ianya kini telah boleh dihidupkan dan masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Jika anda tanya saya bagaimana saya tahu nombor rujukan komponen yang rosak di atas sedangkan ianya telah hangus dan label tidak kelihatan, jawapanya ialah saya buka yang elok untuk pengesahan seperti boleh dilihat pada dua gambar di bawah.

130C thermal fuse
Kerosakkan varistor seperti di atas adalah disebabkan oleh bekalan elektrik yang melebihi kemampuan varistor tersebut iaitu 250v (+/-5%). Maksudnya maksimun voltan setelah ditambah 5% ialah 262.5vac [(250 x 5%) + 250].
S10J250 varistor

Cara untuk mengawal kecerahan lampu ialah dengan mengawal voltan ke lampu iaitu dari serendah 115vac sehingga maksima 240vac (sama dengan input) seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Bacaan voltan...

 Klip video di bawah saya ambil ketika saya mengujinya setelah siap dibaiki.

Selamat mencuba...