Thermometer ini saya beli beberapa tahun yang lalu dan baterinya pernah saya tukar sekali sahaja sebelum ini.
Low temperature?
Baru-baru ini tiba-tiba tiada bacaan suhu seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Julat suhu yang boleh diukur menggunakan thermometer ini ialah di antara -50°C sehingga 110°C.
Satu wayar sensor putus...
'Lo' yang terpapar pada skrin bermaksud suhu rendah di luar julatnya iaitu -50°C. Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, wayar sensor putus seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.
Sambung kembali wayar yang putus...
Masalah selesai setelah wayar sensor yang putus telah saya sambung kembali dan diuji berfungsi semula seperti sebelumnya.
Bateri LR44H
Bateri yang digunakan ialah dua biji jenis butang dengan nombor rujukan LR44H seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Jam digital ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.
7-segment rosak...
Kali ini ianya dirujuk semula dengan masalah waktu serta tarikh lari dari waktu/tarikh semasa jika berlaku bekalan elektrik terputus.
Bateri rosak...
Masalah sedemikian adalah disebabkan tiada bekalan elektrik ke chip memori pada jam tersebut. Jam ini menggunakan sebiji bateri 3v untuk chip memori dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di atas.
CR2032 Lithium battery
Selain masalah memori hilang, sebiji 7-segment juga rosak dan perlu diganti.
Keluarkan 7-segment yang rosak...
7-segment yang rosak tidak dapat dibaiki dan perlu ditukar dengan yang baru.
Gantikan 7-segment...
Masalah memori hilang selesai dengan menggantikan bateri 3v sahaja selain sebiji 7-segment rosak juga saya gantikan.
Tested - ok
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.
Hujung bulan lepas saya dirujuk sebuah jam digital buatan China dengan masalah semua angka-angka digital berkelip-kelip.
Biao Zhun Wang
Selain berkelip-kelip, waktu serta tarikh juga gagal diubah atau semua butang tidak berfungsi bila ditekan.
Setelah dibuka...
Pemeriksaan awal pada papan litar hanya menemui sebiji kapasitor 470uf, 16v rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Gantikan kapasitor 470uf, 16v...
Masalah berkelip-kelip selesai setelah dengan menukarkan sebiji kapasitor sahaja. Gambar di bawah ialah bacaan kapasitor yang rosak dengan bacaan ESR sangat tinggi iaitu 0.15kΩ atau 150Ω.
High ESR - 470uf, 16v (0.15kΩ/150Ω)
Di belakang jam terdapat 3 biji 'tact switch' untuk mengubah waktu serta tarikh jam tersebut seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Butang pada belakang jam...
Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati ketiga-tiga 'tact switch' tersebut rosak serta tiada keterusan bila ditekan.
Semua 'tact switch' rosak...
Kerosakkan kesemua 'tact switch' sering berlaku walaupun ianya jarang digunakan terutamanya jika telah mencecah usia 10 tahun.
Gantikan 'tact switch' baru...
Menurut pemilik jam tersebut dibeli sewaktu melancong ke negara tembok besar lebih 10 tahun yang lalu.
Testing...
Jam ini berjaya diselamatkan dan saya yakin ianya boleh berfungsi untuk 10 tahun lagi selepas ini.
Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah jam dinding dengan masalah gagal berfungsi walaupun bateri telah diganti dengan yang baharu.
Jam dinding
Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki jam dinding dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.
Setelah papan litar dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, masalahnya ialah terminal negatif (-ve) telah berkarat dan tidak mengalirkan elektrik seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Terminal -ve PCB berkarat...
Terminal negatif kali ini bukan setakat berkarat namun telah terhakis dan saya terpaksa pateri menggunakan wayar supaya sambungannya elok semula seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Terminal -ve PCB telah dibaiki...
Saya dapati majoriti kerosakkan peralatan elektrik yang menggunakan bateri melibatkan terminal negatif sahaja.
Salah satu contoh yang pernah saya kongsikan sebelum ini melibatkan peti keselamatan dan anda boleh rujuk di sini.
Begitu juga dengan kerosakkan pada papan litar alat kawalan jauh melibatkan terminal negatif bateri yang pernah saya kongsikan di sini dan sini.
Semua masalah bermula dengan kebocoran bateri dan cecair bateri meresap ke wayar negatif sehingga ke PCB. Mungkinkah kebocoran cecair bateri hanya pada terminal negatif sahaja?
Kemungkinan juga disebabkan elektron mengalir dari negatif ke positif yang menjadi punca kenapa cecair bateri bocor akan mula meresap dari terminal negatif...
Baru-baru ini jam berjenama RADO yang saya beli pada tahun 1998 telah rosak dan tidak berbaloi untuk dibaiki lagi.
Jam berjenama RADO tersebut telah beberapa kali saya hantar untuk dibaiki dan pernah saya kongsikan di sini.
Dipendekkan cerita, saya pun cari jam di laman shopee dan terjumpa jam berjenama namun teramat murah iaitu RM23.50 sahaja.
Dulu saya juga pernah beli jam murah seperti ini numun tak semurah begini dan yang pasti ianya adalah jam tiruan. Setelah saya baca komen pembeli sebelumnya, saya akhirnya bertekad membelinya dengan alasan:-
Harga teramat murah, rosak boleh beli lagi
Jam berjenama ROLEX ini jika tulen harganya puluhan ribu sebuah
Dengan harga RM23.50, beli tali jam pun tak lepas di pasaran tempatan
Saya tak nak guna jam automatic lagi sebab sekali 'service' harganya mencecah RM350.00 (pengalaman dari jam lama)
Harga keseluruhan setelah dicampur dengan kos penghantaran serta ditolak coin yang saya ada, saya cuma perlu bayar RM22.32 sahaja.
Jam telah sampai semalam dan semuanya elok berfungsi macam jam biasa. Sekali pandang sebiji macam jam berjenama namun ianya adalah tiruan.
Cara untuk mengetahui ianya tiruan ialah:-
Harga
Jam tulen model submariner ini adalah jam automatic dan bukan jam quartz (guna bateri)
Ringan - jam automatic mesti lebih berat dari jam quartz
Model submariner ada 4 jarum jam
Logo dicetak guna cat sahaja
Kualiti keadaan fizikal, jika anda peminat jam, sekali pandang dah tahu tulen/tiru
Kekurangan pada jam ini bagi saya ialah ianya cuma ada tarikh sahaja namun tiada harinya sebab dah biasa berpuluh tahun dengan jam lama.
Apa pun, kita lihat berapa lama ianya boleh bertahan...
Baru-baru ini saya dirujuk sebuah jam dinding yang tidak berjenama dan ianya buatan China dengan masalah tidak berfungsi walaupun baterinya telah diganti dengan yang baharu.
Jam dinding tidak berjenama...
Ini adalah masalah lazim pada jam jenis quartz dan peluang berjaya dibaiki ialah 50%. Jika tidak berjaya dibaiki, mechanism ataupun mesin jam perlu ditukar dengan yang baharu. Anda boleh rujuk cara menukarnya di sini.
Sambungan bateri berkarat...
Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati bahagian penyambung bateri ke
papan litar teroksida/berkarat seperti telah saya tandakan pada gambar
di atas.
Setelah karat dibersihkan...
Sebelum ini saya pernah kongsikan masalah jam quartz sebegini dan anda boleh rujuk di sini. Apa yang perlu dilakukan ialah bersihkan bahagian yang teroksida/berkarat sahaja.
Jam ini berjaya diselamatkan dengan hanya membersihkan bahagian penyambung bateri yang berkarat sahaja dan klip video di atas saya ambil ketika mengujinya.
Penutup belakang pecah ketika dibuka...
Ketika membuka mechanism (mesin jam), kadang-kadang bahagian plastik akan pecah sebab rapuh dan ianya boleh ditangani dengan menggunakan super glue.
Gam bahagian pecah menggunakan super glue...
Cara menggunakan super glue supaya ianya melekat dengan kuat ialah:-
sapukan super glue pada kedua-dua belah bahagian yang pecah
biarkan seketika sehingga gam hampir kering baru dicantumkan (jangan cantumkan ketika masih cair)
setelah dicantumkan, biarkan sehingga betul-betul kering sebelum dipasang kembali
Beberapa hari yang lepas saya dirujuk sebuah jam pengera (alarm clock) dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
Masalahnya ketika saya uji ialah, penggera boleh berfungsi namun jarum saat tidak bergerak mengelilingi jam. Jika diperhatikan dengan teliti pada klip video di atas, jarum saat sebenarnya bergerak sedikit setiap kali penggera berbunyi namum berdetik setempat sahaja.
Setelah dibuka...
Setelah hampir kesemua saya buka satu per satu, akhirnya saya dapati sebiji gear yang dilengkapi dengan magnet tertanggal seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Magnet tanggal dari gear...
Magnet tersebut sepatutnya melekat bersama dengan gear tersebut dan menggerakkan sebiji lagi gear yang disambung ke jarum saat.
Gamkan magnet bersama gear...
Apa yang saya lakukan ialah gamkan magnet tersebut bersama dengan gearnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Siap...
Jam ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah dengan hanya gamkan magnet yang tertanggal sahaja.
Hari ini saya kongsikan cara bagaimana menukarkan bateri jam tangan.
Jam tangan quartz
Masalah jam ini ketika dirujuk kepada saya ialah langsung tidak berfungsi.
Bahagian bawah jam tangan
Anda boleh rujuk cara untuk membuka penutup bahagian bawah jam pada klip video di penghujung blog ini di bawah.
Buka penutup bawah jam...
Majoriti jam quartz yang tidak berfungsi adalah disebabkan oleh kerosakkan bateri atau dengan bahasa mudah harian, 'habis bateri' atau bateri kehabisan cas.
Nombor rujukan bateri - LR626
Nombor rujukan bateri yang digunakan pada jam tangan ini ialah LR626 dengan voltan 1.5v dan ianya tertera pada bateri seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Gambar diambil dengan menggunakan mikroskop elektronik.
Bateri jam...
Cara memeriksa bateri ialah, keluarkan bateri daripada jam dan ukur voltannya. Bacaan voltan yang saya dapat ketika diukur dengan menggunakan multimeter cuma 0.545v sahaja dan ianya harus ditukar.
Cara cas bateri jam untuk percubaan...
Untuk pengetahuan semua, kadang-kadang jam masih juga tidak berfungsi setelah ditukar bateri baharu dan harus dirujuk kepada pakar jam sebab majoriti komponennya susah dilihat dengan mata kasar.
Gantikan bateri baharu...
Apa yang saya lakukan sebelum membeli bateri baharu ialah cas bateri
asal kira-kira seminit menggunakan bateri AA dan uji pada jam semula. Jika jam boleh berfungsi
selepas menggunakan bateri yang dicas, bermaksud tiada kerosakkan lain.
Bateri baharu - LR626 (1.5v)
Biasanya bateri rosak yg dicas boleh digunakan untuk beberapa minit sahaja dan harus digantikan dengan bateri baharu. Tujuan saya mengecas bateri lama dan diuji ialah untuk memastikan tiada kerosakkan lain sebelum membeli serta menukarkan bateri dengan yang baharu.
Jam tangan ini kembali berfungsi semula setelah baterinya telah saya gantikan. Sebiji bateri baharu biasanya boleh bertahan setahun hingga ke dua tahun dan perlu ditukar lagi.