Wednesday, 9 September 2020

Quartz watch repair

Hari ini saya kongsikan penemuan baru membaiki jam yang menggunakan kuasa bateri ataupun dipanggil jam quartz buatan TOCHIGI TOKEI CO. LTD. Japan.

TOCHIGI TOKEI CO. LTD. JAPAN

Jam milik saya ini berjenama ORIENT dan merupakan hadiah oleh rakan ketika 'house warming' pada tahun 1997.

Setelah penutup belakang dibuka...

Ianya telah mula bermasalah beberapa tahun yang lalu dan bila ditukar bateri baru, masih boleh berfungsi semula namun hanya beberapa bulan sahaja.

Keluarkan bahagian elektronik...

Akhir-akhir ini hampir setiap minggu saya perlu gantikan baterinya namun bila diukur bateri lama, voltannya masih elok iaitu kira-kira 1.5v. Jam tersebut masih tidak berfungsi walaupun baterinya telah saya gantikan dengan yang baru minggu lepas.

Crystal oscillator - 32.768kHz

Setelah dibuka dan diperiksa, saya tidak menemui sebarang kerosakkan dan hanya sebiji crystal oscillator sahaja yang kelihatan disambung kepada ic (intergrated circuit) dan saya tidak mempunyai alat untuk mengukur frequensinya.

Keluarkan crystal oscillator asal...

Di pendekkan cerita, saya cuba tukar crystal oscillator tersebut sebagai usaha percubaan sahaja disebabkan benda lain semuanya elok. Gambar di bawah menunjukkan crystal oscillator telah saya gantikan dengan yang baru. 

Untuk makluman semua, crystal oscillator yang digunakan untuk jam ialah 32.768kHz.

gantikan crystal oscillator yang baru...

Setelah kerja-kerja menukar crystal oscillator siap serta diuji, jam tersebut kembali berfungsi semula dan sehingga blog ini ditulis jam tersebut telah berfungsi selama kira-kira seminggu tanpa masalah.

Siap...

klip video di bawah saya ambil setelah crystal oscillator telah ditukar dan diuji.

Menurut pakar, tip supaya jam quartz tahan lama ialah elak menggunakan bateri alkali atau bateri yang boleh dicas semula (rechargeable battery) sebab arus elektrik yang tinggi (high current) mempengaruhi jangka hayat jam. Bateri jenis karbon lebih menjimatkan (economical) serta pratikal.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.