Sunday 6 September 2020

Coca Cola CT-801 toaster repair

Beberapa minggu yang lepas saya dirujuk sebuah alat pembakar roti koleksi Coca Cola, Model: CT-801 untuk dibaiki.

Coca Cola toaster

Ianya kelihatan seperti baru dan belum pernah digunakan namun menurut pemilik, ianya hanya pernah digunakan beberapa kali sahaja namun rosak selepas itu.

Model: CT-801

Pemilik merupakan pengumpul barangan koleksi Coca cola dan setelah rosak ianya dipamerkan di dalam almari untuk beberapa tahun.

trademarks...

Masalah pembakar roti tersebut ialah pelarasnya tidak berhenti di bahagian bawah setelah ditekan namun ianya boleh panas selagi masih ditekan dengan jari.

Setelah penutup dibuka...

Maksudnya jika ingin membakar roti, perlu tekan pelarasnya secara manual dan tunggu sehingga roti siap dibakar.

Bahagian atas papan litar...

Setelah dibuka, hanya sekeping papan litar yang ringkas sahaja kelihatan dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas dan di bawah.

Bahagian bawah papan litar...

Pemeriksaan awal dengan mata kasar mendapati terdapat kesan percikan api berlaku pada suis pelaras seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Ada kesan percikan api (bahagian kiri)

Pemeriksaan menyeluruh menggunakan multimeter juga tidak menemui sebarang komponen yang didapati rosak. Hanya sebiji ic (intergerated circuit) sahaja digunakan untuk mengawal masa atau juga dikenali sebagai 'timer ic'.

CD4060BE (timer ic) rosak...

Sebiji transisitor PNP dengan nombor rujukan S8550 digunakan sebagai suis secara elektronik dan ianya elok ketika diperiksa namun tidak berfungsi bila ditekan disebabkan ianya di kawal oleh 'timer ic'. Jadi 'timer ic' yang berlabel CD4060BE gagal menjalankan fungsinya dan disyaki rosak.

Gantikan timer ic...

Tiada bekalan ic tersebut di pasaran tempatan dan saya terpaksa membelinya secara atas talian. Ianya dikirim terus dari negara tembok besar dan mengambil masa hampir 2 minggu untuk sampai.

Siap...

Setelah ic tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, alat pembakar roti tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Kerosakkan 'timer ic' tersebut adalah akibat litar pintas iaitu kesan percikan api yang boleh dilihat pada gambar ke-7 di atas.

Klip video di bawah saya ambil setelah siap menukar 'timer ic' dan menguji alat pembakar roti tersebut.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.