Thursday 10 September 2020

FABER FCK123SS jug kettle repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki sebuah cerek elektrik berjenama FABER, Model: FCK1223SS dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Jenama: FABER

Seperti biasa, saya akan periksa fius serta pendawaiaan pada plug 3-pin terlebih dahulu dan ianya masih elok.

Model: FCK123SS

Seterusnya saya buka penutup bahagian bawahnya dan jelas kelihatan wayar yang disambung kepada salah satu terminal elemen pemanas lebur dan putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

wayar penyambung lebur...

Ini merupakan kali pertama saya dirujuk cerek elektrik dengan masalah sedemikian dan apabila diperiksa, bahagian wayar yang lebur itu rapuh dan sebahagiannya berkeadaan sangat lembut.

klip penyambung juga lebur...

Ini adalah disebabkan wayar yang digunakan terlalu halus dan bahagian yang berdekatan dengan elemen pemanas amat panas ketika digunakan. Proses panas dan sejuk yang berulang-ulang berakhir dengan kerosakkan wayar.

elemen pemanas masih elok - 27Ω

Jika kita lihat label pada cerek elektrik tersebut, kuasanya (power) ialah 2000w dan rintangan pada elemen pemanas pula ialah 27Ω bila saya ukur dengan multimeter.

Kita boleh mengira arus elektrik yang mengalir kepada cerek elektrik tersebut dengan menggunakan formula P=IV.

2000 = I(240)

I = 2000/240 = 8.33A

Gantikan wayar & klip penyambung baru...

Mari kita kira pula arus elektrik yang mengalir melalui wayar tersebut ketika digunakan menggunakan formula hukum ohm (ohm's law) iaitu V=IR.

240 = I(27)

I = 240/27 = 8.89A

Pastikan wayar yang digunakan untuk disambung kepada elemen pemanas mampu menanggung kira-kira 9A seperti dua kiraan di atas.

Pemeriksaan terakhir sebelum diuji...

Masalah telah ditemui dan saya cuma perlu gantikan wayar yang lebur di atas dengan wayar yang sesuai iaitu boleh menampung 9A atau lebih arus elektrik.

Tested -ok

Selamat mencuba...
 

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.