Showing posts with label DIJAYA. Show all posts
Showing posts with label DIJAYA. Show all posts

Wednesday, 8 June 2022

DIJAYA 12W LED driver repair

Semalam saya dirujuk 6 biji LED driver berjenama DIJAYA dengan masalah biasa iaitu:-

  1. lampu berkelip-kelip (sebiji)
  2. Lampu tidak terang (2 biji)
  3. Lampu langsung tidak menyala (3 biji)
DIJAYA 12W LED driver

3 daripada 6 biji LED driver yang dirujuk langsung tidak berfungsi dan setelah diperiksa, sebiji diod berlabel SF16 sahaja rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Keluarkan diod yang rosak...

Majoriti kerosakkan LED driver adalah pada kapasitor yang juga merupakan komponen 'wear & tear' bila tiba waktunya.

Gantikan diod yang baharu...

Ketiga-ketiga LED driver tersebut berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah dengan hanya menggantikan sebiji diod yang dilabel SF16 sahaja.

Tested - ok

Kerosakkan pada diod jarang-jarang berlaku dan saya tidak pasti kenapa ketiga-tiganya berlaku serentak.

Diod SF16 yang rosak...

Salah sebiji diod yang rosak sedikit pelik dan bacaannya berubah-ubah ketika diperiksa seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Wednesday, 23 June 2021

DIJAYA LED Driver repair

LED driver ini telah saya baiki dua tahun yang lepas dan anda boleh rujuk di sini. Sebiji lampu LED biasanya boleh bertahan selama kira-kira 15,000 jam sehingga 20,000 jam atau kira-kira 2 tahun jika digunakan 24 jam sehari.

Hari ini dia kembali dengan masalah lampu berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di atas. Maksudnya setelah dibaiki lepas ianya seperti baru dan boleh bertahan  kira-kira 2 tahun.

Pernah dibaiki 2 tahun lepas - 04/05/2019...

Apabila dibuka dan diperiksa, komponen yang rosak ialah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Komponen yang rosak ditemui...

Setelah siap komponen rosak di atas saya gantikan dengan yang baharu serta diuji, kini ianya langsung tidak menyala.

Normal... (0.4v - 0.7v)

Pemeriksaan semula menemui sebiji diod berlabel SF16 ada kebocoran seperti boleh dilihat pada gambar di bawah setelah dibuka dari papan litar dan diuji dengan menggunakan multimeter.

Diod yang elok hanya membenarkan arus mengalir sehala sahaja. Kita hanya mendapat bacaan sehala sahaja iaitu 0.4v sehingga 0.7v dengan menggunakan fungsi diod pada multimeter.

Ada kebocoran...

LED driver tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah diod berlabel SF16 saya gantikan dengan yang baharu.

Komponen yang rosak ialah:-

  1. sebiji kapasitor 10uF, 400v
  2. sebiji kapasitor 4.7uF, 50v
  3. sebiji kapasitor 100uF, 50v
  4. sebiji diod SF16

Selamat mencuba...

Monday, 14 June 2021

DIJAYA LED Driver repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki LED driver seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Hari ini saya dirujuk lagi LED driver yang serupa dan masalah ialah seperti boleh dilihat pada klip video di atas iaitu lampu LED berkelip-kelip.

Komponen yang rosak...

Reka bentuk kali ini sedikit berbeza dan ianya dilengkapi dengan PTC seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Pemeriksaan menyeluruh mendapati 3 biji kapasitornya rosak dan perlu diganti:-

  1. 100uF, 50v
  2. 4.7uF, 50v
  3. 10uF, 450v
Tested - ok

Masalah lampu LED berkelip-kelip pada lampu LED di atas selesai dan masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

Monday, 28 September 2020

DIJAYA LED Driver repair

LED driver seperti ini telah banyak saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini, sini dan sini.

DIJAYA LED driver...

Hari ini saya kongsikan penemuan baru ketika dirujuk sebiji LED driver seperti ini dengan masalah tidak menghasilkan output langsung.

Komponen yang rosak...

Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang rosak ialah:-

  1. sebiji fius 1A
  2. 2 biji diod (M7)
Keluarkan diod yang rosak...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan dua biji diod yang mengalami litar pintas dan telah saya gantikan selain daripada fiusnya yang berwarna coklat.

Gantikan diod yang baru...

Setelah siap fius serta diod saya tukar dan diuji, LED driver tersebut kembali menghasilkan output 44v namun bila disambung kepada lampu LED, ianya berkelip-kelip. Voltan output cuma dalam kira-kira 33v sahaja setelah disambung kepada lampu LED.

Kapasitor 4.7uF, 50v juga perlu ditukar...

Seterusnya saya buka serta periksa semula dan mendapati sebiji kapasitor 4.7uF, 50v perlu ditukar. Setelah saya keluarkan kapasitor tersebut dari papan litar dan diukur, bacaan cuma tinggal 3.3uF sahaja.

Tested - ok

Ujian ke-2 setelah menukar kapasitor di atas telah berjaya dan LED driver tersebut masih boleh digunakan semula.

Penemuan baru kali ini ialah, jika lampu LED berkelip-kelip, kapasitor 'low ESR' (biasanya nilai uF rendah dan voltan tinggi)  bermasalah dan harus diganti seperti diatas.

Perintang 4.7Ω, 1/2w (kuning, ungu, emas,emas)

kadang-kadang saya ada menemui LED driver yang menggunakan perintang 4.7Ω, 1/2w untuk menggantikan fius 1A seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Selamat mencuba...

Monday, 15 July 2019

DIJAYA LED Driver repair

LED driver seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini dan sini.
LED driver berjenama DIJAYA
LED ini boleh menghasilkan voltan sehingga 40V dan jelas tertera pada bahagian luar penutupnya.
Setelah penutup dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa, hanya sebiji kapasitor didapati rosak dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.
Sebiji kapasitor kembung...
Saya hairan kenapa kapasitor yang digunakan itu cuma 35v sahaja sedangkan LED driver tersebut mampu menghasilkan voltan sehingga 40v.
Kapasitor baru 220uF, 50V
Jadi, untuk keselamatan, saya gantikan kapasitor tersebut dengan voltan lebih daripada 35v iaitu 50v seperti yang boleh dilihat pada gambar di atas. Setelah siap diganti, kini LED driver tersebut masih boleh digunakan dan menghasilkan voltan sebanyak 44.6v.
Tested - ok

Selamat mencuba...

Thursday, 20 June 2019

DIJAYA LED Driver repair

LED driver berjenama DIJAYA seperti ini pernah saya baiki dahulu dan anda boleh membacanya di sini. Hari ini saya dirujuk sebiji lagi LED driver yang telah meletup dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
LED driver meletup
Untuk makluman kesan yang berwarna hitam adalah akibat daripada fius 1A yang meletup. Jika fius putus, kita harus cari puncanya dan setelah diperiksa didapati 4 biji diod telah mengalami litar pintas.
4 biji diod telah saya keluarkan...
Kedudukan diod tersebut adalah seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas dan telah saya keluarkan.
Diod yang rosak...
Jika anda lihat gambar di bawah, fius 1A dan 4 biji diod telah saya ganti.
Diod & fius yang baru...
Seterusnya saya juga mendapati terdapat satu bahagian litar telah terputus akibat daripada letupan fius di atas dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Papan litar yang putus akibat daripada letupan...
Litar yang putus boleh di baiki hanya dengan menyambungannya kembali menggunakan dawai dan dipateri dengan kemas.
Litar yang putus telah di sambung...
Gambar di atas menunjukkan litar yang putus telah saya sambung. Setelah yakin dan tiada lagi kerosakan maka saya pun menguji LED driver tersebut dan ianya masih boleh digunakan.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Monday, 6 May 2019

DIJAYA LED Driver repair

Apa yang saya cuba baiki hari ini ialah 'power supply' atau juga dikenali sebagai 'LED Driver' untuk lampu LED yang sangat popular zaman sekarang. Rata-rata pengguna sekarang menggunakan lampu LED di rumah dan setiap lampu LED akan dibekalkan dengan LED Driver (power supply) seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah.
LED Driver berjenama DIJAYA
Apabila dibuka dan diperiksa, cuma sebiji kapasitor sahaja dengan nilai 100uF, 50v didapati rosak dan boleh dilihat dengan mata kasar iaitu kelihatan kembung pada bahagian belakang kapasitor.
Sebiji kapasitor saja yang rosak
Setelah kapasitor tersebut ditukar dan diuji, ianya kini masih boleh digunakan lagi.
Kapasitor telah diganti dengan yang baru
Tested - OK (voltan output 45v)
Selamat mencuba...