Showing posts with label Midea. Show all posts
Showing posts with label Midea. Show all posts

Friday, 11 June 2021

CE-KFR32G/N1Y-R1.D.01.NP1-1 (Midea aircon PCB) repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah papan litar untuk kegunaan penghawa dingin berjenama Midea dengan masalah boleh berfungsi namun 'compressor' terus berjalan tanpa henti sejurus setelah dihidupkan.

Motherboard penghawa dingin Midea...

Menurut pemilik, dia telah menukar sensor dan masalah tetap sama. Bacaan rintangan thermistor pada kedua-dua sensornya ialah 10kΩ dan ianya masih elok.

CE-KFR32G/N1Y-R1.D.01.NP1-1

Pemeriksaan saya seterusnya pada geganti (relay) mendapati ada 'continuity' seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

'Rating' geganti (relay) yang digunakan ialah 12vdc, 20A seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Pastikan geganti yang ditukar haruslah mempunyai 'rating' yang sama sebab arus elektrik yang melaluinya untuk kegunaan 'compressor' adalah tinggi.

20A, 12vdc

Geganti biasanya tidak mempunyai 'continuity' ketika tiada bekalan elektrik dan hanya akan mempunyai 'continuity' setelah bunyi 'klik' kedengan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.


Masalah telah ditemui dan apa yang perlu dilakukan ialah menggantikan relay yang rosak dengan yang baru.

Gantikan geganti baru...

Setelah geganti siap ditukar dan diuji, masalah 'compressor' terus berjalan tanpa henti di atas selesai dan telah berjaya di selamatkan.

Siap...

Selamat mencuba...

Friday, 18 September 2020

SHARP microwave oven repair

Ketuhar gelombang mikro (microwave) ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.

SHARP R854AST microwave

Kali ini ia kembali dengan masalah butang START/ENTER tidak berfungsi bila di tekan. Butang tersebut merupakan butang yang harus ditekan setiap kali ingin memulakan proses memasak dan butang tersebut merupakan butang yang sering rosak.

Butang start/enter tidak berfungsi...

Ketika membuka panel microwave tersebut, didalamnya adalah sarang lipas jenis 'german crockroach' dan saya terpaksa membunuhnya menggunakan penyembur lipas sebelum ia membiak di rumah saya pula.

Tahu kenapa lipas susah dimusnahkan?

Setelah papan litar dibuka dan diperiksa, butang tersebut memang tidak berfungsi bila ditekan. Cara memeriksanya ialah dengan menggunakan multimeter. Jika tiada 'continuity' bila ditekan, suis tersebut rosak.

Keluarkan suis yangh rosak... (Apa kaitan SHARP dengan Midea?)

Ketika memilih suis yang baru, pastikan ketinggian serta terminal penyambungnya sesuai dengan papan litar. Ini disebabkan kadang-kadang pengeluar menggunakan suis yang direka khas untuk peralatan elektrik mereka sahaja.

Kiri - suis baru, kanan - suis rosak

Jika dilihat pada gambar di atas, suis asalnya hanya mempunyai dua terminal sahaja dan saya gantikan dengan suis yang mempunyai empat terminal penyambung. Nasib baik papan litarnya direka dan boleh menggunakan suis dengan empat terminal penyambung.

Gantikan suis baru... (apa kaitan SHARP dengan Midea?)

Microwave tersebut telah kembali berfungsi setelah dengan hanya menukar butang suis tersebut sahaja dan kilp video di bawah saya ambil ketika mengujinya setelah suisnya telah saya tukar dengan yang baru. 

Selamat mencuba...

Saturday, 27 October 2018

MIDEA MM717CKC microwave repair

Hari ini saya kongsikan pula pengalaman baru iaitu pertama kali membaiki micorwave berjenama MIDEA, Model: MM717CKC.
pandangan hadapan microwave
Ketika microwave ini dirujuk kepada saya, pemilik memberitahu saya bahawa ianya boleh dihidupkan tetapi tidak panas.
Model: MM717CKC
Untuk makluman semua, hanya beberapa komponen sahaja yang perlu diperiksa pada microwave iaitu:-
  1. papan litar
  2. hv fius
  3. hv kapasitor
  4. hv diod
  5. magnetron
Bahagian yang perlu diperiksa...
Oleh kerana ianya boleh dihidupkan, maka tidak perlu periksa papan litar.
hv fius 700mA putus
Seterusnya saya periksa hv fius dan didapati putus seperti pada gambar di atas.
Litar pintas pada kapasitor
Jika fius putus mesti cari puncanya. Jika tidak fius akan putus lagi sekiranya hanya dengan menukar fius sahaja. Untuk makluman nilai hv fius pada microwave sangat rendah iaitu 0.7A (700mA) sahaja dan ianya tidak sama dengan fius biasa serta harganya jauh lebih mahal dari fius biasa.
hv kapacitor (0.9uf sahaja)
Kemudian saya periksa pula hv kapasitor dan didapati terdapat litar pintas pada salah satu terminal seperti pada gambar di bawah.
Litar pintas pada satu terminal kapasitor

Tiada litar pintas

hv fius baru
Saya periksa juga hv diod dan ianya juga didapati rosak, mungkin rangkaian kerosakan akibat litar pintas pada hv kapasitor.
Diod baru
Akhir sekali saya periksa magnetron dan tiada kerosakan atau litar pintas.
Tested - OK
Setelah kesemua komponen (hv fius, hv kapasitor & hv diod) yang rosak diganti dan diuji, microwave tersebut kini kembali beroperasi semula seperti biasa.

Terima kasih kepada pemilik kerana menaruh kepercayaan kepada saya untuk cuba membaiki microwave tersebut.

Selamat mencuba...