Showing posts with label Iron. Show all posts
Showing posts with label Iron. Show all posts

Monday, 26 September 2022

Baiki seterika PHILIPS Diva 148 tidak panas

Pagi ini saya dirujuk sebuah seterika berjenama PHILIPS, model: CG 148 (Dive 148) dengan masalah tidak panas.

PHILIPS Diva 148

Pemeriksaan awal pada plug 3-pin serta wayar masih elok dan tiada kerosakkan pada bahagian luaran seterika ini.

Type: GC 148

Seterusnya saya buka seterika tersebut dan semua sambungan wayar dari plug top (plug 3-pin) ke elemen pemanas ada keterusan serta elok.

Tanggalkan kip wayar...

Seterika ini tidak dilengkapi dengan 'thermal fuse' dan cuma disambung dengan thermostat sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah 'soleplate' dikeluarkan...

Pemeriksaan keterusan pada thermostat mendapati tiada keterusan di bahagian penyambung (contact) dan kedudukannya telah saya tandakan pada gambar di bawah.

'contact' thermostate tiada keterusan...

Masalah selesai setelah 'contact' pada thermostat telah saya gosok dengan kertas pasir dan ianya kembali berfungsi semula tanpa menukarkan sebarang komponen.

Selamat mencuba...

Thursday, 24 February 2022

Plastic Welding

Hari ini saya kongsikan pengalaman baharu melakukan 'plastic welding' pada bahagian plastik yang telah pecah.

Seterika PHILIPS sole plate tanggal...

Saya dirujuk sebuah seterika dengan masalah bahagian hadapan 'sole plate' telah tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pecah...

Setelah dibuka dan diperiksa, bahagian pemegang yang dikunci pada bahagian hadapan 'sole plate' telah pecah.

Gam kembali apa yang tertinggal...

Biasanya saya akan gamkan kembali bahagian yang telah pecah dengan menggunakan super glue namun sebahagiannya telah hilang dan ianya tidak cukup kuat untuk dikunci semula ke 'sole plate' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Saya telah cuba melakukan 'plastic welding' untuk menutup lubangnya supaya kuat serta tahan dan cara-caranya boleh ditonton pada klip video di atas.

Setelah 'plastic welding'...

Untuk melakukan 'plastic welding' kita perlukan bahan penderma (donor) yang serupa dengan asal supaya boleh melekat bersama apabila dipanaskan. Saya ambil 'donor' dari bekas plastik LED driver dan gambar di atas diambil setelah siap proses 'plastic welding' saya lakukan.

Pasang kembali...

Setelah dipasang kembali serta diuji, seterika ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Testing...

Untuk makluman semua, asap dari plastik yang telah dilebur sangat beracun dan pastikan anda menggunakan pelitup muka serta melakukan 'plastic welding' di tempat terbuka.

Siap...

Selamat mencuba...

Friday, 8 October 2021

PHILIPS GC148 Dry Iron repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk seterika seperti ini dengan masalah kerosakkan kabel dan anda boleh rujuk di sini.

PHILIPS GC148

Hari ini saya dirujuk sebuah seterika serupa dengan masalah tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Lampu neon masih elok...

Lampu indikator juga tidak menyala apabila saya laraskan thermostat. Pemeriksaan pada lampu neon yang berfungsi sebagai indikator masih elok.

Setelah pemegang dibuka...

Seterusnya saya buka seterika tersebut untuk membuat pemeriksaan pada bahagian thermostat seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Thermostat

Thermostat tidak berfungsi sebab pin putih yang telah saya tandakan pada gambar di atas terlepas dari kedudukannya asalnya. Setelah saya pasang kembali dan diuji, ianya boleh berfungsi semula seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.

Masalah thermostat di atas mungkin disebabkan seterika tersebut pernah terjatuh dan hentakan telah menyebabkan kedudukan pin terlepas dari kedudukannya.

Seterika ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula dengan hanya menyelengara thermostat sahaja.

Selamat mencuba...

Tuesday, 3 November 2020

JVD Vivo-II 866923-SS dry/steam iron repair

Seterika mirip seperti ini pernah saya baiki beberapa tahun yang lepas dan anda boleh rujuk di sini.

JVD Vivo-II

Masalah seterika ini ketika dirujuk kepada saya ialah langsung tidak berfungsi walaupun telah dibekalkan arus elektrik.

Setelah dibuka...

Seterika ini susah dibuka dan majoriti bahagian luaran/penutupnya diperbuat daripada plastik serta mudah pecah.

Thermostat rosak...

Setelah dibuka dan diperiksa, kerosakkanya ialah:-

  1. Thermostat terbakar seperti boleh dilihat pada gambar di atas
  2. thermal fuse berlabel 10A, 240C putus

Cara mengenalpasti kerosakkan thermostat ialah laraskannya dan bunyi 'klik' akan kedengaran, lepas itu ukur 'continuity' pada kedua-dua terminalnya. Tiada bunyi 'klik' kedengaran pada thermostat rosak apabila dilaras seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Gantikan thermostat yang rosak...

Setelah kedua-dua komponen yang rosak di atas saya tukar dan diuji, seterika tersebut telah berjaya diselamatkan.

Thermal fius 240C, 10A putus...

Kerosakkan sebegini biasanya adalah disebabkan pengguna terlupa memadamkan seterika dan dibiarkan lama sehingga panas melampau.

Siap...

Klip video di bawah adalah contoh thermostat yang elok. Bunyi 'klik' akan kedengaran bila dilaras.


Selamat mencuba...

Friday, 24 April 2020

PHILIPS GC148 Dry Iron repair

Sebelum ini saya pernah menukar wayar seterika yang lusuh dan anda boleh membaca cara-caranya di sini atau di sini.
Wayar putus...
Pagi ini saya dirujuk sebuah seterika yang sama dan tidak berfungsi walaupun arus eletrik telah dibekalkan. Pemeriksaan awal mendapati bahawa tiada 'continuity' pada wayar hidup (L). 

Wayar tersebut kelihatan masih elok dan setelah diteliti saya dapati bahawa ada kesan terbakar berdekatan pada plug 3-pin seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Potong bahagian yang putus...
Dipendekkan cerita saya potong bahagian yang ada kesan terbakar tersebut dan sah ianya putus setelah saya uji dengan multimeter.
Buang sebahagian penyalut wayar...
Gambar-gambar berikut merupakan cara-cara bagaimana saya menukar plug 3-pin yang baru.
Balut dengan pitar wayar supaya tidak berbulu...
Setelah plug 3-pin yang baru telah disambung dan diuji, kini seterika tersebut kembali berfungsi seperti biasa.
Gantikan plug 3-pin yang baru...
Pastikan ketiga-tiga wayar disambung dengan betul seperti pada gambar di atas.
Tested - ok
Selamat mencuba...

Wednesday, 2 October 2019

Baiki pembalut wayar seterika yang telah lusuh

Wayar yang digunakan untuk seterika adalah berbeza daripada wayar biasa di mana bahagian luar wayarnya disalut dengan fabrik cotton bagi mengelak daripada lebur jika terkena pemanas seterika,
Wayar seterika yang lusuh dan usang...
Saya pernah menukar wayar seterika sebelum ini dan anda boleh membaca cara-cara menukarnya di sini dan di sini.
Buka penutup plug 3-pin...
Hari ini saya kongsikan cara membaiki agar wayar dengan fabrik cotton pada plug 3-pin yang berbulu tidak berulang lagi seperti yang anda boleh lihat pada gambar pertama di atas.
Potong fabrik cotton yang telah lusuh...
Cara-caranya adalah seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.
Balut bahagian hujung fabrik cotton supaya tidak lusuh lagi...
Wayar tersebut kelihatan masih elok dan cuma nampak lusuh pada bahagian plug 3-pin sahaja, jadi tidak perlu kita tukar kesemua wayar tersebut dan cukup dengan memotong bahagian yang telah berbulu dan balut hujung fabrik cotton tersebut dengan pita wayar seperti yang boleh dilihat pada gambar di atas.
Potong wayar yang yang panjang dan sambung kembali...
Seterusnya pasang kembali kepada plug 3-pin dengan kemas dan periksa serta uji seterika tersebut sebelum dipulangkan kepada pemiliknya.
Periksa dahulu sebelum menguji seterika tersebut...

Tested - ok
Selamat mencuba...

Saturday, 28 September 2019

PHILIPS GC148 Dry Iron repair

Hari ini saya dirujuk sebuah seterika berjenama PHILIPS, Model: GC148.
Jenama: PHILIPS
Pemilik memberitahu saya bahawa wayar telah dipotong dan meminta saya menukar wayar yang baru.
Model: GC148
Seperti biasa untuk menukar wayar tersebut kita perlu membuka penutup bahagian atasnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Buka penutupnya...
Biasanya saya akan memeriksa elemen pemanas terlebih dahulu bagi memastikan ianya masih elok dan bacaan rintangan ialah 51Ω.
Periksa elemen pemanasnya... (51Ω)
Cara untuk menentukan rintangan elemen pemanas ialah seperti berikut.
  1. Kuasa (Power) seterika tersebut ialah 950w - 1100w
  2. Arus elektrik yang digunakan ialah 240v
(A) Guna formula P = IV untuk mencari nilai I (ampere)

1100 = I(240)
I = 1100/240 = 4.58A

(B) Guna formula V = IR untuk mendapatkan R (Rintangan)

240 = 4.58(R)
R = 240/4.58 = 52.4Ω
Tanggalkan klip wayar lama...
Bacaan rintangan 51Ω adalah hampir dengan perkiraan di atas dan memberitahu kita bahawa elemen pemanasnya berkeadaan baik.
Buka klip...
Setelah pasti seterika tersebut masih elok, maka barulah saya teruskan proses menukar wayar tersebut. Cara-caranya boleh anda lihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.
klip telah dibuka..
Pastikan kesemua sambungan sama seperti asalnya dan kesemua klip dipasang dengan baik bagi mengelak sebarang kebocoran arus elektrik atau percikan api.
Pasang klip pada wayar baru...
Setelah berpuas hati kesemuanya dibaiki mengikut keadaan asalnya, saya bekalkan arus elektrik dan uji seterika tersebut. Ianya masih boleh digunakan semula.
Sambung balik pada kedudukan asalnya...
Pastikan anda membeli wayar yang dikhaskan untuk kegunaan seterika iaitu dibalut dengan fabrik cotton pada bahagian luarnya.
Siap

Tested - ok
Selamat mencuba...

Sunday, 18 August 2019

PHILIPS GC150 Dry Iron repair

Hari ini saya dirujuk sebuah seterika berjenama PHILIPS, Model: GC150 dengan masalah wayar penyambung telah lusuh dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
Jenama: PHILIPS
Cara menukar wayar penyambung amat lah mudah dan saya yakin ramai yang boleh DIY. Namun pemilihan wayar untuk seterika haruslah betul dan wayar yang digunakan disalut dengan fabrik cotton.
Model: GC150
Wayar biasa yang disalut dengan getah tidak sesuai untuk kegunaan seterika disebabkan ianya akan lebur jika terkena bahagian pemanas seterika dan merbahaya kepada pengguna.
Setelah penutup belakang dibuka...
Cara-cara menukar wayar tersebut boleh anda lihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.
Gantikan dengan "cotton cable"

Pasangkan klip...

Susun elok cable di dalamnya...
Pastikan wayar disusun elok pada bahagian dalam seterika seperti yang boleh anda lihat pada gambar di atas untuk mengelakkan sebarang litar pintas jika berlaku kemalangan ketika menggunakannya.
Siap

Tested - ok
Selamat mencuba...