Wayar yang digunakan untuk seterika adalah berbeza daripada wayar biasa di mana bahagian luar wayarnya disalut dengan fabrik cotton bagi mengelak daripada lebur jika terkena pemanas seterika,
|
Wayar seterika yang lusuh dan usang... |
Saya pernah menukar wayar seterika sebelum ini dan anda boleh membaca cara-cara menukarnya di
sini dan di
sini.
|
Buka penutup plug 3-pin... |
Hari ini saya kongsikan cara membaiki agar wayar dengan fabrik cotton pada plug 3-pin yang berbulu tidak berulang lagi seperti yang anda boleh lihat pada gambar pertama di atas.
|
Potong fabrik cotton yang telah lusuh... |
Cara-caranya adalah seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di atas dan di bawah.
|
Balut bahagian hujung fabrik cotton supaya tidak lusuh lagi... |
Wayar tersebut kelihatan masih elok dan cuma nampak lusuh pada bahagian plug 3-pin sahaja, jadi tidak perlu kita tukar kesemua wayar tersebut dan cukup dengan memotong bahagian yang telah berbulu dan balut hujung fabrik cotton tersebut dengan pita wayar seperti yang boleh dilihat pada gambar di atas.
|
Potong wayar yang yang panjang dan sambung kembali... |
Seterusnya pasang kembali kepada plug 3-pin dengan kemas dan periksa serta uji seterika tersebut sebelum dipulangkan kepada pemiliknya.
|
Periksa dahulu sebelum menguji seterika tersebut... |
|
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.