Sunday 13 October 2019

TeleBest 210BC Telephone Repair

Telefon seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Jenama: Telebest
Pagi ini saya dirujuk lagi sebuah telefon berjenama Telebest, Model: 210BC dengan masalah tidak berdering.
Model: 210BC
Untuk membaikinya anda perlu membuka keempat-empat skru pada bahagian bawah telefon seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.
Setelah bahagian bawah dibuka...
Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, hanya sebiji kapasitor 2.2uF, 250v didapati telah berkarat dan salah satu terminalnya telah putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Punca salah satu terminal kapasitor tersebut berkarat dan putus ialah kerana telah bocor dan cecair yang mengalir keluar menyebabkannya berkarat.

Satu lagi kemungkinan ialah disebabkan telefon seperti ini biasanya disimpan di dalam bilik mandi dan wap air pada bilik mandi menyebabkan bahagian komponen yang diperbuat daripada besi berkarat dan akhirnya rosak.

Buktinya boleh dilihat pada gambar di atas, terminal diod di sebelah kanan kapasitor yang rosak telah teroksida (berwarna hijau/putih) dan hanya menunggu masa untuk putus/rosak.
Siap...
Setelah kapasitor yang rosak di atas ditukar dan diuji, kini telefon tersebut masih boleh digunakan semula dan berdering apabila menerima panggilan telefon.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.