Adapter ini adalah buatan China dan menghasilkan output 18vdc untuk kegunaan spliter berjenama IKUSI MT-0512.
 |
Jenama: KHXLED |
Ketika dirujuk kepada saya, lampu indikator berwarna merah tidak menyala dan memberitahu kita bahawa tiada output.
 |
Model: LY-AD1801500AW |
Setelah penutupnya saya buka dan apa yang kelihatan adalah seperti pada gambar di bawah. Adapter seperti ini amat mudah dan senang dibaiki.
 |
Setelah penutup dibuka... |
Pemeriksaan awal mendapati 2 biji diod dengan nombor rujukan 1N4007 serta sebiji fius 2A putus dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
 |
Keluarkan diod yang rosak... |
Jadi saya tukarkan komponen yang rosak seperti yang telah saya nyatakan di atas dengan komponen yang sama tanpa sebarang pengubahsuaian.
 |
Keluarkan fius 2A yang putus... |
Jika dilihat pada gambar di bawah, fius 2A yang baru berlainan rupa serta bentuknya daripada yang asal namun nilainya tetap sama iaitu 2A.
 |
Siap... |
Setelah berpuas hati dan diuji adapter tersebut, kini lampu indikator berwarna merah kembali menyala.
 |
Testing... |
Voltan output 18v yang dihasilkan juga stabil dan ianya masih boleh digunkan.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.