Sunday 20 October 2019

Ujian Darah (Blood Test)

Berapa kerap anda perlu melakukan ujian darah? Persoalan ini hanya boleh di jawab oleh doktor dan mengikut tahap kesihatan individu.

Secara amnya, jika laporan ujian darah kita elok dan tiada yang menunjukkan angka-angka yang lebih atau kurang daripada julat yang ditetapkan, kita boleh ulangi ujian darah setiap lima tahun untuk rujukan peribadi.

Kali terakhir saya menjalani ujian darah ialah pada tahun 2014 dan kesemua angka-angka berada di dalam lingkungan julat yang telah ditetapkan namun tahap LDL cholesterol saya tidak pernah lulus dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas iaitu 2.69mmol/L dan julat yang ditentukan harus kurang daripada 2.58mmol/L.

Walau bagaimanapun jumlah kolesterol (total cholesterol) saya masih lagi berada di dalam julat yang ditentukan iaitu di bawah 5.2mmol/L dan laporan saya menunjukkan 4.7mmol/L.

Sebenarnya beberapa bulan yang lalu saya dapati bahawa degupan jantung saya kadang-kadang terlalu laju dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Jadi sebelum menjalani ujian darah, saya telah mula bersenam iaitu mulai bulan ogos 2019. Setelah lebih 2 bulan bersenam baru lah saya membuat ujian darah kerana takut laporan ujian darah tidak elok.

Jadi jika anda tanya saya bagaimana untuk mendapatkan laporan ujian darah yang elok seperti saya di atas, jawapan saya ialah jalani kehidupan yang sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu dan setiap sesi selama sejam.

Kata orang mencegah adalah lebih baik daripada merawat (prevention is better than cure), jadi ujian darah boleh dijadikan panduan untuk mengetahui masalah kesihatan individu dan merawat di peringkat awal jika perlu.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.