Tuesday, 15 October 2019

Philips HP8103 Salon Dry Compact hair dryer repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki alat pengering rambut berjenama Philips, Model: HP8103 dengan masalah tidak berfungsi langsung apabila dibekalkan arus elektrik.
Tiada 'continuity'
Seperti biasa, bila diukur pada terminal L (live) dan N (neutral), tiada 'continuity'. Seterusnya buka plug 3-pin serta periksa fius di dalamnya dan masih elok.
Fius - ok
Setelah alat pengering rambut tersebut dibuka dan diperiksa, elemen pemanas (filamen)  didapati putus dan boleh dilihat pada gambar di bawah.
filamen putus...
Selain daripada filamen yang putus, kelihatan terdapat rambut yang tersangkut pada bahagian kipas alat pengering rambut tersebut.
rambut sangkut pada kipas...
Sebelum menyambung bahagian filamen yang putus, buang filamen yang putus dan tidak berguna lagi seperti pada gambar di bawah.
Keluarkan filamen yang putus...
Pintalkan sahaja dua bahagian filamen yang putus seperti boleh dilihat pada gambar di bawah untuk menyambung kembali dan susun elok filamen tersebut.
sambungkan filamen yang putus...
Setelah siap menyambung filamen yang putus, pastikan anda uji rintangan alat pengering rambut tersebut dan anda seharusnya mendapatkan bacaan yang berbeza ketika kelajuannya di laras.
rintangan pada kelajuan tinggi sama dengan kelajuan perlahan...
Agak malang kali ini sebab apabila kelajuannya dilaras, tiada perubahan bacaan pada multimeter dan ini disebabkan terdapat bahagian filamen yang lain putus.
filamen putus...
Di pendekkan cerita, saya buka dan periksa semula filamennya dan didapati bahawa filamen bersebelahannya juga putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
sambungkan kembali filamen putus tersebut...
Saya sambungkan kembali filamen kedua yang putus dan periksa semula rintangannya untuk kepastian supaya tiada lagi bahagian lain yang putus.
Rintangan pada kelajuan perlahan...
Kita harus mendapat bacaan yang berbeza ketika kelajuan dilaras seperti pada gambar di atas dan di bawah.
Rintangan pada kelajuan tinggi...
Setelah berpuas hati, barulah saya bekalkan arus elektrik dan cuba alat pengering rambut tersebut. Ianya masih boleh digunakan semula.
Rambut yang tersangkut pada pada kipas...
Kesimpulan untuk kerosakan alat pengering rambut kali ini ialah, filamennya putus disebabkan terlampau panas akibat pengaliran angin yang perlahan. Salah satu penyebab utama ialah rambut yang tersangkut pada kipas alat pengering tersebut.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.