Pagi ini saya dirujuk sebuah cerek berjenama PHILIPS, Model: HD4680 dan cerek sebegini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di
sini.
 |
Jenama: PHILIPS |
Masalah cerek kali ini ialah langsung tidak berfungsi walaupun arus elektrik telah dibekalkan.
 |
Model: HD4680 |
Seperti biasa saya akan periksa fius pada plug 3-pin dan masih elok.
 |
rintangan elemen pemanas: 25.4Ω |
Seterusnya saya buka bahagian bawah cerek dan periksa elemen pemanasnya dan mendapat bacaan 25.4
Ω seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Cara untuk menentukan rintangan elemen pemanas ialah seperti berikut.
- Kuasa (Power) seterika tersebut ialah 2000w - 2400w
- Arus elektrik yang digunakan ialah 240v
(A) Guna formula P = IV untuk mencari nilai I (ampere)
2400 = I(240)
I = 2400/240 = 10A
(B) Guna formula V = IR untuk mendapatkan R (Rintangan)
240 = 10(R)
R = 240/10 = 24
Ω
Cara untuk menentukan rintangan elemen pemanas ialah seperti berikut.
Kuasa (Power) seterika tersebut ialah 950w - 1100w
Arus eletrik yang digunakan ialah 240v
(A) Guna formula P = IV untuk mencari nilai I (ampere)
1100 = I(240)
I = 1100/240 = 4.58A
(B) Guna formula V = IR untuk mendapatkan R (Rintangan)
240 = 4.58(R)
R = 240/4.58 = 52.4Ω
Mine coins - make money:
http://bit.ly/money_crypto
Cara untuk menentukan rintangan elemen pemanas ialah seperti berikut.
Kuasa (Power) seterika tersebut ialah 950w - 1100w
Arus eletrik yang digunakan ialah 240v
(A) Guna formula P = IV untuk mencari nilai I (ampere)
1100 = I(240)
I = 1100/240 = 4.58A
(B) Guna formula V = IR untuk mendapatkan R (Rintangan)
240 = 4.58(R)
R = 240/4.58 = 52.4Ω
Mine coins - make money:
http://bit.ly/money_crypto
 |
Suis... |
Seterusnya saya periksa suis utama pada cerek tersebut dan juga masih elok. Jika dilihat pada gambar di atas, suis tersebut dilabel dengan "O" dan "I"
 |
Suis masih elok... |
Kini cuma tinggal bahagian yang membekalkan arus elektrik (gambar di bawah) kepada cerek tersebut yang belum diperiksa
 |
Bahagian pembekal elektrik kepada cerek... |
Setelah diperiksa, wayar neutral (N) yang berwarna biru didapati putus.
 |
Wayar neutral (N) putus... |
Memandangkan tiada bahagian wayar putus yang boleh dilihat dengan mata kasar, saya tukar keseluruhan wayar tersebut dengan yang baru.
 |
Buka penyambung klip.. |
Bukakan klip penyambung untuk digunakan semula dan sambungkannya kembali pada wayar yang baru seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
 |
Sambungkan klip pada wayar baru... |
Setelah wayar telah ditukar dengan yang baru, ianya harus diperiksa terlebih dahulu iaitu dengan mengukur rintangan pada terminal live (L) dan neutral (N) pada plug 3-pin. Pastikan bacaannya sama dengan bacaan rintangan ketika anda mengukurnya pada elemen pemanas seperti di atas (gambar ke-3)
 |
Test - bacaan rintangan elemen pemanas: 26Ω |
Akhir sekali bekalkan arus elektrik dan uji kettle tersebut. Pastikan apabila air mendidih, suisnya akan padam sendiri.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.