Hari ini saya dirujuk sebiji LED driver dengan masalah tiada output langsung untuk menyalakan lampu LED.
|  | 
| Model: XS0407-7W | 
Gambar di bawah menunjukkan papan litar ringkas yang ada pada LED driver tersebut.
|  | 
| Output capacitor - 22uF, 50V | 
Setelah diperiksa menyeluruh, hanya sebiji kapasitor output dengan nilai
 22uF, 50v di dapati rosak dan anda boleh melihat kedudukannya pada 
papan litar seperti pada gambar di atas.
|  | 
| 22uF, 50V | 
Ketika diukur, nilai kapasitor tersebut cuma 13uF sahaja dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
|  | 
| 13uF sahaja... | 
Setelah diganti kapasitor tersebut dan diuji, kini LED driver tersebut menghasilkan output 26V dan ianya masih boleh digunakan lagi.
|  | 
| Tested - ok (Output 26v) | 
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.