Friday 13 September 2019

SAMSUNG WA12V5 washing machine filling and draining at the same time

Semalam saya dipanggil untuk memeriksa sebuah mesin basuh berjenama SAMSUNG, Model: WA12V5 dengan masalah air masuk dan keluar serentak.
Jenama: SAMSUNG
Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan injap (valve) bahagian membuang air tidak berfungsi dengan sempurna.
Model: WA12V5
Mari kita baringkan mesin basuh tersebut dan buka bahagian bawahnya untuk memeriksa injap yang mengawal proses membuang air.
Baringkan mesin basuh dan buka penutup bawahnya...
Setelah hos bahagian injap tersebut dibuka, apa yang kelihatan adalah seperti pada gambar di bawah. Kelihatan bahagian injap yang telah saya tandakan pada gambar di bawah tidak tertutup dengan rapat.
injap (valve) tidak tutup rapat
Masalah telah diketahui dan mari kita buka injap tersebut dan lihat apa punca ianya tidak ditutup dengan rapat.
Buka injap tersebut...
Setelah penutup injap tersebut dibuka, apa yang kelihatan ialah spring di dalamnya terputus bukan satu atau dua sahaja...
Spring di dalamnya patah...
Gambar di bawah menunjukkan rupa spring yang putus telah saya keluarkan. Jika anda tanya saya kenapa spring tersebut putus, jawapan saya ialah "saya tidak tahu" dan ini merupakan kali pertama saya melihat spring yang terputus sebegitu banyak.
Spring yang patah...
Di pendekkan cerita, saya cari spring yang serupa dan gantikannya dan gambar berikut merupakan cara-cara memasang kembali spring tersebut kepada injapnya.
Spring baru...

Pasang kembali apa yang telah dibuka..

Spring baru telah siap dipasang...

Masuk kembali kepada injap (valve)...
Setelah siap dipasang dan diuji, kini mesin basuh tersebut boleh membasuh dan sesuatu yang memeranjatkan saya ialah ketika mesin basuh tersebut membuang air melalui injap tersebut lantai banjir disebabkan hos yang menyambungkannya telah tertanggal disebabkan saya terlupa memasang kembali klipnya.
Siap
Gambar di atas menunjukkan klip yang berwarna putih itu lupa saya pasang kembali dan mengakibatkan banjir.
Testing
Jadi terpaksa saya buka kembali bahagian bawah mesin basuh tersebut dan memasang kembali hos yang tertanggal. Setelah siap dipasang semula hos tersebut dan diuji untuk kali kedua, kini tiada lagi kebocoran untuk keseluruhan proses membasuh.
Tiada kebocoran lagi...
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.