Monday 2 September 2019

PHILIPS HD4638 compact kettle repair

Beberapa hari yang lepas saya telah dirujuk sebuah cerek elektrik berjenama PHILIPS, Model: HD4638 dengan masalah tidak boleh digunakan iaitu tidak memasak walaupun bekalan elektrik telah dibekalkan.
PHILIPS HD4638
Tiada kerosakan pada komponen serta pendawaiannya ditemui ketika pemeriksaan awal pada cerek tersebut.
Model: HD4638
Setelah diperiksa bahagian yang membekalkan arus elektrik kepada cerek tersebut didapati bahawa sambungannya kepada cerek tidak elok dan tidak mengalirkan arus elektrik kepada cerek tersebut.
Sambungan kotor dan tidak mengalirkan elektrik
Cara untuk mengatasi masalah sedemikian ialah dengan membersihkan terminal yang diperbuat daripada tembaga seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas. Anda boleh menggunakan 'contact cleaner' atau gosok dengan kertas pasir sehingga bersih.
Siap...
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.