Sunday, 8 September 2019

TOPPER 103 vacuum cleaner repair

Hari ini saya dirujuk sebuah penyedut hampagas berjenama TOPPER, Model: 103 dengan masalah tidak dapat dihidupkan walaupun telah dibekalkan arus elektrik. 
Fius 13A putus (Wayar juga salah sambung)
Seperti biasa benda pertama yang saya periksa ialah plug 3-pin dan apabila dibuka dan diperiksa, fiusnya putus dan terdapat kesan letupan yang berwarna hitam padanya.

Selain daripada fius yang putus, sambungan wayar hidup (L) dan wayar neutral (N) juga terbalik. Petua untuk sambungan wayar yang betul ialah, fius mesti disambung kepada wayar hidup.
Buka keempat-empat skru...
Jika fius putus, kita kena cari puncanya dan setelah dibuka penyedut hampagas tersebut dan diperiksa, saya dapati sebiji kapasitor 0.22uF pernah ditukar dan disambung seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah.
Kapasitor 0.22uF pernah ditukar...
Setelah kapasitor tersebut saya periksa, nilai nya cuma 0.077uF sahaja. Tiada litar pintas ditemui ketika pemeriksaan menyeluruh dibuat dan semua sambungan wayar berkeadaan baik.
Nilai bacaan cuma 0.077uF sahaja (Sepatutnya 0.22uF)
Jadi saya cuma menukar fius 13A dan sebiji 0.22uF kapasitor sahaja serta betulkan sambungan kedua-dua wayar pada plug 3-pin. Setelah selesai menukar dan diuji dengan membekalkan arus elektrik, penyedut hampagas tersebut kembali beroperasi seperti biasa.
Gantikan kapasitor yang baru...
Jika anda tanya saya apakah punca fius tersebut putus? Adakah ianya disebabkan oleh nilai kapasitor tersebut yang telah berkurangan?

Jawapan saya ialah, saya juga tidak pasti apakah punca fius tersebut putus sebab kapasitor yang ditukar itu tiada litar pintas ketika diperiksa dengan multimeter. Jika ada litar pintas pada kapasitor tersebut, kita tidak akan mendapat sebarang nilai bacaan.
Siap...
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.