Wednesday 21 November 2018

Baiki kipas angin

Boleh dikatakan kita semua pasti mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kipas angin di rumah. Namun jika kipas angin anda gagal berfungsi atau rosak, apa yang anda akan lakukan?
Thermal fius putus (145C)
Tidak ramai yang tahu bahawa kipas angin boleh dibaiki dengan kos yang amat murah. Jika kipas angin anda langsung tidak berpusing periksa fius yang ada pada kipas.

Kipas mempunyai dua biji fius, sebiji fius pada plug 3-pin dan sebiji lagi ialah thermal fius. Kipas angin yang saya cuba baiki telah putus thermal fiusnya seperti pada gambar di atas.

Untuk makluman semua, thermal fius terletak pada motor kipas dan akan putus jika melebihi suhu yang tertera pada thermal fius. Thermal fius pada kipas tersebut ialah 145C.
Kapasitor rosak
Jika kipas angin anda berpusing dengan perlahan, kapasitor pula perlu diganti seperti pada gambar di atas.

Kapasitor pada kipas adalah komponen 'wear & tear' dan harus diganti bila kemampuannya telah merosot dan anda akan mengetahuinya jika kipas anda mulai berputar dengan perlahan dari biasa.
Kapasitor baru (1uF)
Jika anda menukar kapasitor, pastikan nilai kapasitor baru adalah yang sama dengan yang lama. Kapasitor yang saya perlukan untuk kipas tersebut ialah 1uF,
Ganti dengan kapasitor baru
Setelah kedua-dua (thermal fius & kapasitor) ditukar, kipas angin tersebut kini kembali berfungsi.
Tested - ok
Kesimpulan permasalahan kipas di atas ialah, ianya bermula dengan kerosakan pada kapasitor yang menyebabkan kipas berputar dengan perlahan dan seterusnya mengakibatkan motor kipas menjadi panas dan akhirnya thermal fius putus.

Oleh itu, sebagai peringatan, pemilik harus menukar kapasitor kipas jika ianya mulai berputar dengan perlahan dari biasa. Jangan tunggu sehingga kipas berhenti berpusing baru nak baiki.

Begitu juga dengan kipas siling jika bermasalah, anda boleh membaca cara-cara membaikinya di sini dan sini.

Saya juga pernah membaiki kipas dinding dan anda juga boleh membacanya di sini.

Kipas pengudaraan (exhaust fan) yang disambar petir juga pernah saya baiki dan anda boleh membacanya di sini.

Selamat mencuba.

10 comments:

  1. nak tye..harge kapasitor tuh brpe bruhh..😅

    ReplyDelete
  2. nak tanya notor kipas boleh tahan brapa lama sehari. maksud saya klau on berjam2 dalam sehari limit brapa jam. sbb dulu pernah kipas motor dia hangit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kipas yang elok serta bersih boleh digunakan 24 jam sehari tanpa masalah. Kipas yang baik dilengkapi dengan 'thermal fuse' dan akan putus jika panas melampau serta tiada peluang mengakibatkan motor hangit. Padamkan kipas jika tidak digunakan/diperlukan.

      Delete
    2. baik terima kasih atas info

      Delete
  3. terninal fius ad jual dkt hardware ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya takda dijual di kedai hardware. Kedai elektronik saja ada. Boleh cari di shopee/lazada/aliexpress/taobao.

      Delete
  4. Nak tanya, saya sudah tukar kapasitor kipas lebih kurang 3 kali tahun ini. Pakai kapasitor baru hanya bertahan lebih kurang 1 le 1 1/2 bulan saja sebelum kipas kembali perlahan.. Apa punca dia ya dan apa solusi. Asal pakai 1.8uf tapi sekarang pakai 2.0uf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dua kemungkinan:-
      1. Mungkin kapasitor tidak berkualiti
      2. Mungkin pergerakan kipas perlahan/berat sebab pemegang rotor atau bush kotor. (Rujuk kepada pautan di bawah untuk cara penyelesaian)

      Tidak digalakkan menggunakan kapasitor yang lebih tinggi nilainya dari asal.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2021/09/national-f-mn403-fan-repair.html

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2021/08/khind-16-stand-fan-with-remote-control.html

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.