Thursday 15 November 2018

FSP Power Supply Repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki 'switching mode power supply' keluaran FSP GROUP INC.,  model: FSP250-50GUB untuk kegunaan DVR.
Pandangan luaran 'power supply'
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah DVR tersebut boleh dihidupkan tetapi tidak dapat berfungsi.
Pandangan dalam 'power supply'
Masalah sedemikian biasaya ialah pada bahagian 'power supply' di mana bekalan elektrik tidak mencukupi untuk kegunaan DVR.
Kapasitor 1000uF, 16V perlu di ganti
Setelah dibuka 'power supply' tersebut dan diperiksa secara menyeluruh, hanya sebiji kapasitor 1000uF, 16V didapati rosak dan perlu di ganti seperti yang ditandakan pada gambar di atas.
1000uF 16V
Harga sebiji kapasitor tersebut hanya dalam RM5.00 sahaja dan setelah diganti dan diuji, masalah terdahulu telah diatasi dan DVR tersebut boleh digunakan semula.
Kapasitor baru

Setelah diganti kapasitor 1000uF, 16V

sambungkan wayar hijau dengan hitam (switch on)
Jika anda ingin memeriksa output 'power supply' tersebut dengan multimeter, apa yang harus anda lakukan ialah sambungkan wayar hijau dengan wayar hitam dan seterusnya bekalkan bekalan arus elektrik kepada 'power supply' tersebut.
power supply ini membekalkan 5V, 3.3V & 12V

wayar hitam + wayar merah = 5V
wayar hitam + wayar oren = 3.3V
wayar hitam + wayar kuning = 12V


 Selamat mencuba...

2 comments:

  1. hai bro, boleh bg no whatsapp? saya nak hantar power supply utk tuan repair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi 'contact form' di bahagian kanan, atas bro. Nanti saya bagi dlm e-mail. Kalau saya bagi nombor sini, nanti banyak scammer kacau. Terima kasih.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.