Showing posts with label Aircon. Show all posts
Showing posts with label Aircon. Show all posts

Monday, 14 July 2025

Kompressor aircond kereta on/off berulang-ulang

Masalah kompressor kadang-kadang on/off berterusan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah telah saya perasan sejak ianya diganti sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Ianya hanya berlaku jika saya meningkatkan kelajuan kipas ke maksima (kelajuan 3) sahaja. Memandangkan kelajuan 3 jarang digunakan, saya abaikan sahaja selama ini dengan kekal menggunakan kelajuan 1 & 2 sahaja.

Cuaca baru-baru ini sangat panas dan perlu menggunakan kelajuan 3 terutamanya sewaktu baru masuk kereta setelah dijemur di bawah panas terik namun ianya kekal bermasalah dan jika terus digunakan mungkin boleh menyebabkan kerosakkan lain.

Ada yang pernah melaluinya dan memberitahu saya masalahnya disebabkan 'grounding' dan mencadangkan dengan membuat sambungan pintas ke 'ground' wayar berwarna hitam/puith pada suis kipas.

Saya pernah terfikir untuk mencuba namun hasrat tersebut tidak kesampaian sebab ianya dikira membuat ubahsuai dan merbahaya pada hemat saya.

Dipendekkan cerita saya periksa 'grounding' menggunakan multimeter dan tidak menemui sebarang petunjuk namun berakhir dengan penemuan sambungan pada terminal negatif (-ve) bateri longgar.

Untuk pengetahuan semua, masalah selesai setelah saya ketatkan sambungan terminal bateri sahaja seperti ditunjukkan pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

Saturday, 26 October 2024

Baiki kipas aircon (blower) Perodua Kelisa

Baru-baru ini, kipas penghawa dingin (aircon) kereta perodua kelisa saya telah gagal berfungsi.

Buka 3 biji skru untuk keluarkan kipas penghawa dingin

Masalah awalnya ialah, kadang-kadang tidak berfungsi dan apa yang saya lakukan ialah ketuk bahagian belakang kipas dengan kaki sahaja dan kembali berfungsi semula.

DENSO - Made in Japan

Masalah sedemikian ialah disebabkan 'carbon brush' di dalam motor telah habis/haus.

Motor kipas - 12V

Blower kipas ini mudah dibuka dan hanya perlu membuka 3 biji skru sahaja seperti telah saya tandakan pada gambar pertama di atas.

Buka bahagian belakang motor kipas

Setelah kipas dikeluarkan, buka bahagian belakang motor dengan mengumpil 4 penahannya menggunakan 'test pen' seperti telah saya tunjukkan pada gambar di atas.

Carbon brush habis...

Gambar di atas menunjukkan bahagian belakang motor kipas telah dibuka dan jelas kelihatan 'carbon brush' telah jauh pendek setelah 18 tahun berkhidmat. Untuk makluman, kereta saya dibeli pada tahun 2006.

Keluarkan carbon brush...

Gambar di bawah menunjukkan 'carbon brush' telah saya gantikan dengan yang baru.

Gantikan carbon brush baru...

Masalah kipas penghawa dingin gagal berfungsi selesai setelah dengan  hanya menggantikan 'carbon brush' sahaja.

Selamat berDIY... 

Walaupun blower yang dibaiki boleh berfungsi namun kipas berputar agak perlahan dari normal. Saya telah gantikan blower yang baru pada 23/11/2024 berikutan angin yang dijana tidak cukup kuat untuk menyejukkan ruangan dalam kereta terutamanya ketika cuaca panas. 

Saturday, 11 November 2023

Panasonic aircond motherboard repair

Papan litar (PCB) ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini.

Panasonic aircon PCB

Masalah kali ini ialah 'indoor unit' boleh berfungsi namun 'outdoor unit' gagal berfungsi atau compressor gagal dihidupkan.

Semua elok pada pandangan mata kasar...

Pemeriksaan menggunakan multimeter menemui sebiji geganti (relay) rosak dengan rating 20A, 250v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Geganti 20A rosak

PCB ini berjaya diselamatkan buat kali ke-2 dengan menggantikan geganti sahaja.

Gantikan geganti yang baharu...

Selamat berDIY...

Sunday, 26 March 2023

CE-KFR70G air conditioner PCB repair

Sebelum ini saya pernah baiki papan litar penyaman udara seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

CE-KFR70G

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi papan litar yang serupa dan menurut pemilik, ianya gagal berfungsi setelah kedengaran bunyi meletup sewaktu menghidupkan penyaman udara.

fius 5A putus...

Pemeriksaan pada papan litar mendapati fius utama dengan nilai 5A putus dan satu litar pada bahagian bawah papan litar juga putus seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Sambung litar yang putus...

Papan litar ini berjaya diselamatkan dengan hanya menukarkan fius yang putus serta menyambung kembali litar yang putus sahaja.

Selamat mencuba...

Saturday, 12 November 2022

MCC-861-03 repair (Carrier aircon)

Pagi ini saya telah dirujuk sebuah papan litar untuk kegunaan penghawa dingin berjenama CARRIER dengan masalah gagal dihidupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh.

PCB untuk penghawa dingin CARRIER...

Pada mulanya pemilik hanya menghantar papan litar dengan nombor rujukan MCC-861-03 sahaja dan meminta untuk dibaiki.

MCC-861-03

Papan litar MCC-861-03 sangat mudah diperiksa namun saya gagal menemui sebarang komponen yang rosak.

Setelah penutup dibuka...

Seterusnya saya meminta papan litar yang disambung kepadanya iaitu MCC-920-04 untuk membuat pemeriksaan. Saya juga tidak menemui sebarang kerosakkan pada papan litar tersebut.

Bypass switch...

Saya cuba tukar satu per satu komponen yang ada pada papan litar MCC-861-03 dan akhirnya kembali berfungsi setelah saya 'bypass' suis yang dilabel  SW102 seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Siap...

Suis tersebut elok jika diperiksa menggunakan multimeter namun gagal berfungsi setelah dipasang kembali ke papan litar.

Selamat berDIY...

Monday, 17 October 2022

CE-KFR26G/Y-AF aircond PCB repair

Baru-baru ini saya telah dirujuk sebuah papan litar penghawa dingin berjenama Carrier dengan masalah boleh dihidupkan namun compressor gagal berfungsi serta tidak sejuk.

CE-KFR26G/Y-AF

Pemeriksaan dengan mata kasar mendapati cabel yang disambung ke geganti (relay) telah lebur seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

CE-KFR26G/Y-AF

Rating geganti tersebut ialah 30A/250v dengan voltan gegelung 12v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Geganti rosak...

Sebelum ini saya juga pernah dirujuk PCB penyaman udara dengan masalah sedemikian dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Gantikan geganti baharu

Masalah yang saya hadapi kali ini ialah untuk mendapatkan geganti yang serupa sebab bentuk serta saiznya berbeza dengan yang pernah saya baiki sebelum ini.

Siap...

Saya telah gantikan dengan menggunakan geganti yang digunakan pada 'water heater' dan pernah saya kongsikan sebelum ini di sini. Bentuknya sedikit berbeza namun kedudukan pin adalah sama dan ratingnya juga sama iaitu 30A/250V seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

30A/250V - 12v

Masalah selesai setelah geganti di atas telah saya gantikan serta diuji tanpa masalah.

Selamat mencuba...

Thursday, 29 September 2022

Tukar kompressor kereta Kelisa

Kereta Perodua Kelisa saya dibeli pada tahun 2006 dan sehingga kini, ini merupakan kali ke-2 saya baiki bahagian yang melibatkan penghawa dingin selain penyelengaraan berkala membersihkan 'cooling coil' di bahagian dalam kereta.

Bahagian yang dibaiki kali pertama ialah kebocoran 'cooling coil' pada 24/3/2017 dengan kos RM400.00.

Kebelakangan ini saya telah perasan ada bunyi yang tidak menyenangkan kedengaran dari dalam kereta sewaktu penghawa dingin dihidupkan dan ianya terhasil pada bahagian kompressor seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Kompressor asal...

Saya tahu masalahnya adalah kerosakkan bearing pada bahagian 'pulley' sebab pergerakkannya sedikit bergoyang namun tidak jelas kelihatan pada klip video di atas. Ianya boleh dibaiki hanya dengan menukarkan bearing sahaja namun pihak bangkel ada memberitahu kemungkinan compressor turut rosak sebab telah 15 tahun digunakan.

Saya juga ada membuat sedikit kajian melalui atas talian dan boleh dirujuk di sini. Menurut artikel tersebut, jangka hayat compressor ialah kira-kira 12 hingga 15 tahun dan kereta saya telah berusia 16 tahun. Pada mulanya saya nak gantikan bearing pada pully sahaja namun semua bangkel mengesorkan agar gantikan compressor baharu.

Kebocoran pada bahagian 'condenser'...

Saya telah melawati beberapa bangkel untuk mendapatkan sebut harga dan julatnya ialah di antara RM860.00 sehingga RM1,200.00. Jadi, saya pilih bangkel dengan sebut harga terendah iaitu RM860.00.

Gantikan seal pada bahagian bocor...

Setelah dibuka, ada satu lagi bahagian yang mengalami kebocoran seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan nasib agak baik sebab kebocorannya hanya disebabkan kerosakkan 'o-ring' sahaja. Dalam masa yang sama pihak bangkel juga suruh tukar penapis untuk keselamatan dengan kos tambahan RM90.00.

Siap...

Kerja menukar compressor mengambil masa kira-kira 2 jam dan klip video di bawah saya rakam setelah ianya telah siap dibaiki.

Dari pemerhatian saya jika semua alat ganti ada pada kedai tersebut, ianya boleh disiapkan dalam masa sejam namun banyak masa dibuang menunggu untuk mendapatkan kompressor baharu.

Untuk pengetahuan semua, kompressor pertama patah salah satu kakinya ketika dipasang dan terpaksa tunggu semula untuk mendapatkan kompressor pengganti. 

Saya tidak pasti apa yang mereka akan buat kepada kompressor yang patah satu kakinya namum yang pasti nasib baik saya ada menunggu di situ memerhatikan keseluruhan proses menukar kompressor.

Setelah membayar kos keseluruhan iaitu RM950.00 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, saya berpendapat kos menukar compressor serta penapis kali ini adalah terlalu mahal namun apa boleh buat, kita sendiri tiada peralatan serta kemahiran untuk DIY.

Logik saya mengatakan ianya sangat mahal ialah, harga sebuah penghawa dingin di rumah jenis 'split unit' ialah kira-kira RM800.00 sahaja siap dengan pasangan. Ini cuma gantikan compressor sahaja namun lebih mahal dari membeli sebuah 'split unit' satu kuasa kuda.

3 month warranty only (wef 28/09/2022)

Saya  juga ada mencari harga compressor yang sama di shopee/lazada. Harganya kira-kira RM350.00 termasuk kos penghantaran. Jadi 'labour cost' saya di atas mencecah RM500.00. Kos untuk gaji lebih mahal dari alat ganti dan jika benar memang tidak masuk akal.

Jika betul kiraan saya di atas, dalam 2 jam boleh dapat RM500. Jika beroperasi 8 jam sehari boleh dapat RM2k sehari. Sebulan jika beroperasi 26 hari boleh jana 52k. Setahun boleh dapat lebih setengah juta...

kos tukar 'colling coil' pada 24/3/2017 (warranty 1 year)...

Lepas ini saya juga perlu naikkan 'checking fee' membaiki peralatan elektronik. Kalau tak dinaik dari mana saya nak dapatkan wang untuk baiki kerosakkan mahal di atas?

Jika semua berbuat demikian, bersedialah orang ramai dengan kenaikkan kos sara hidup selepas ini serta memburukkan lagi ekonomi negara semasa sekarang.

Fikir-fikirkan...

Thursday, 12 May 2022

TOTALINE digital room thermostat repair

Banyak thermostat penghawa dingin seperti ini telah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Jenama: TOTALINE

Masalah thermostat ini ialah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Setelah penutup dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya hanya menemui sebiji kapasitor dengan nilai 470uf, 25v rosak dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Kapasitor 470uf, 25v rosak...

Walaupun kapasitor tersebut kelihatan elok namun nilai kapasitannya cuma 307nf sahaja apabila diukur dengan multimeter.

307nf sahaja (rosak)

Kapasitor merupakan komponen 'wear & tear' dan harus diganti bila tiba waktunya seperti bateri yang boleh dicas semula (rechargeable battery).

Siap...

Thermostat ini berjaya diselamatkan setelah dengan hanya menggantikan sebiji kapasitor dan masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Monday, 28 February 2022

MCC-1402-07S (CR-SRP50A-2) PSU repair

Sebelum ini saya pernah baiki PSU seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

MCC-1402-07S (CR-SRP50A-2)

Hari ini saya dirujuk sekeping lagi PSU yang serupa dengan masalah gagal berfungsi dan kesemua komponen pada bahagian atas kelihatan elok seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

kesan letupan...

Ketiga-tiga biji fius yang ada pada papan litar juga elok namun ada dua kesan letupan pada bahagian bawah papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Litar putus...

Salah satu kesan letupan adalah disebabkan litar telah putus seperti telah saya tandakan pada gambar di atas. Gambar di bawah pula menunjukkan litar yang putus telah saya sambung kembali.

Litar putus telah disambung...

Satu lagi kesan letupan adalah disebabkan sebiji perintang yang dilabel R308 pada papan litar telah hangus. Perintang tersebut dilabel 681 atau 680Ω.

Perintang R308 telah ditukar (681 = 680Ω)

Satu lagi litar juga putus pada bahagian atas papan litar ditemui seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar putus...

Untuk pengetahun semua, kedua-dua litar yang putus di atas adalah pada bahagian 'supply' iaitu di mana bekalan arus 240v dibekalkan ke PSU.

Litar putus telah disambung...

Pemeriksaan seterusnya pada papan litar menemui 3 lagi komponen yang turut rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah iaitu:-

  1. Sebiji 'bridge rectifier - SD3SBA60 (3A, 600v)
  2. Sebiji perintang 0.91Ω
  3. Sebiji power ic - STRL472
    STRL472

    Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
    STRL472

    Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Komponen yang rosak...

PSU ini berjaya diselamatkan setelah kesemua kerosakkan di atas telah saya tukar serta baiki dan masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Kesimpulan kerosakkan PSU kali ini ialah berpunca dari litar pintas pada 'bridge rectifier'.

Selamat mencuba...

Monday, 14 February 2022

Carrier air conditioner remote control repair

Hari ini saya dirujuk sebuah alat kawalan jauh berjenama Carrier dengan masalah skrin langsung tidak menyala walaupun bateri telah diganti dengan yang baharu.

Carrier remote control

Dari pengalaman lepas, majoriti kerosakkan alat kawalan jauh adalah disebabkan kebocoran cecair bateri yang telah meresap ke bahagian papan litar.

Type: RG67N/BGEF

Jadi, keluarkan bateri dari alat kawalan jauh jika lama ditinggalkan serta tidak digunakan seperti dinasihatkan oleh pengeluar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, kelihatan satu litar telah terhakis seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Litar putus...

Pemeriksaan keterusan menggunakan multimeter juga mendapati ada litar yang terputus di situ. Setelah litar yang telah terhakis saya bersihkan, jelas kelihatan litar terputus dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Sambung & pateri...

Alat kawalan jauh ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah litar yang putus telah saya sambung kembali.

Tested - ok

Selamat mencuba...