Thursday 29 September 2022

Tukar kompressor kereta Kelisa

Kereta Perodua Kelisa saya dibeli pada tahun 2006 dan sehingga kini, ini merupakan kali ke-2 saya baiki bahagian yang melibatkan penghawa dingin selain penyelengaraan berkala membersihkan 'cooling coil' di bahagian dalam kereta.

Bahagian yang dibaiki kali pertama ialah kebocoran 'cooling coil' pada 24/3/2017 dengan kos RM400.00.

Kebelakangan ini saya telah perasan ada bunyi yang tidak menyenangkan kedengaran dari dalam kereta sewaktu penghawa dingin dihidupkan dan ianya terhasil pada bahagian kompressor seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Kompressor asal...

Saya tahu masalahnya adalah kerosakkan bearing pada bahagian 'pulley' sebab pergerakkannya sedikit bergoyang namun tidak jelas kelihatan pada klip video di atas. Ianya boleh dibaiki hanya dengan menukarkan bearing sahaja namun pihak bangkel ada memberitahu kemungkinan compressor turut rosak sebab telah 15 tahun digunakan.

Saya juga ada membuat sedikit kajian melalui atas talian dan boleh dirujuk di sini. Menurut artikel tersebut, jangka hayat compressor ialah kira-kira 12 hingga 15 tahun dan kereta saya telah berusia 16 tahun. Pada mulanya saya nak gantikan bearing pada pully sahaja namun semua bangkel mengesorkan agar gantikan compressor baharu.

Kebocoran pada bahagian 'condenser'...

Saya telah melawati beberapa bangkel untuk mendapatkan sebut harga dan julatnya ialah di antara RM860.00 sehingga RM1,200.00. Jadi, saya pilih bangkel dengan sebut harga terendah iaitu RM860.00.

Gantikan seal pada bahagian bocor...

Setelah dibuka, ada satu lagi bahagian yang mengalami kebocoran seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan nasib agak baik sebab kebocorannya hanya disebabkan kerosakkan 'o-ring' sahaja. Dalam masa yang sama pihak bangkel juga suruh tukar penapis untuk keselamatan dengan kos tambahan RM90.00.

Siap...

Kerja menukar compressor mengambil masa kira-kira 2 jam dan klip video di bawah saya rakam setelah ianya telah siap dibaiki.

Dari pemerhatian saya jika semua alat ganti ada pada kedai tersebut, ianya boleh disiapkan dalam masa sejam namun banyak masa dibuang menunggu untuk mendapatkan kompressor baharu.

Untuk pengetahuan semua, kompressor pertama patah salah satu kakinya ketika dipasang dan terpaksa tunggu semula untuk mendapatkan kompressor pengganti. 

Saya tidak pasti apa yang mereka akan buat kepada kompressor yang patah satu kakinya namum yang pasti nasib baik saya ada menunggu di situ memerhatikan keseluruhan proses menukar kompressor.

Setelah membayar kos keseluruhan iaitu RM950.00 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, saya berpendapat kos menukar compressor serta penapis kali ini adalah terlalu mahal namun apa boleh buat, kita sendiri tiada peralatan serta kemahiran untuk DIY.

Logik saya mengatakan ianya sangat mahal ialah, harga sebuah penghawa dingin di rumah jenis 'split unit' ialah kira-kira RM800.00 sahaja siap dengan pasangan. Ini cuma gantikan compressor sahaja namun lebih mahal dari membeli sebuah 'split unit' satu kuasa kuda.

3 month warranty only (wef 28/09/2022)

Saya  juga ada mencari harga compressor yang sama di shopee/lazada. Harganya kira-kira RM350.00 termasuk kos penghantaran. Jadi 'labour cost' saya di atas mencecah RM500.00. Kos untuk gaji lebih mahal dari alat ganti dan jika benar memang tidak masuk akal.

Jika betul kiraan saya di atas, dalam 2 jam boleh dapat RM500. Jika beroperasi 8 jam sehari boleh dapat RM2k sehari. Sebulan jika beroperasi 26 hari boleh jana 52k. Setahun boleh dapat lebih setengah juta...

kos tukar 'colling coil' pada 24/3/2017 (warranty 1 year)...

Lepas ini saya juga perlu naikkan 'checking fee' membaiki peralatan elektronik. Kalau tak dinaik dari mana saya nak dapatkan wang untuk baiki kerosakkan mahal di atas?

Jika semua berbuat demikian, bersedialah orang ramai dengan kenaikkan kos sara hidup selepas ini serta memburukkan lagi ekonomi negara semasa sekarang.

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.