Saturday 24 September 2022

Zip HydroTap G4 B160 - Hot tank under filled

Saya telah banyak kali dipanggil untuk membaiki 'boiler' ini dan kebelakangan ini masalah sama telah berulang iaitu dengan mesej 'Hot tank under filled' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Hot tank under filled

Masalah sedemikian telah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini. Cara menyelesaikan masalah sedemikian ialah isi tangki air dan buat 'cabliration'.

Suhu tak naik...

Masalah seterusnya ialah suhu tak naik ketika melakukan 'calibration' dan masalah sedemikian juga telah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Cara untuk 'reset thermal switch' sangat mudah seperti boleh ditonton pada klip video di atas. Masalah selesai dan proses 'calibration' berjalan dengan lancar seperti biasa.

Calibration - done

Persoalan sekarang ialah kenapa masalah sama berulang dan hanya berfungsi kira-kira seminggu sahaja setelah dibetulkan?

Spesifikasi model B160

Pencarian saya di atas talian menemui spesifikasi 'boiler' ini seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Jika sejam memasak 160 cawan air panas, seminit cuma mampu memasak 2.6 cawan sahaja (160/60=2.67).

Pemilik telah bertanya kepada saya berapa liter air panas boleh diambil setiap kali secara berterusan dan secara tidak langsung telah memberitahu saya ianya banyak digunakan serta bukan secawan atau beberapa cawan sahaja dalam satu-satu masa.

Kesimpulannya ialah, mesin ini direka untuk membancuh minuman dalam kiraan cawan dan bukannya untuk membekalkan air panas dalam isipadu yang besar/banyak.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.