Sebelum ini saya pernah dirujuk dan membaiki mesin merebus telur separa/separuh masak seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.
Bahagian bawah mesin... |
Saya dapati mesin ini jarang rosak dan jika tidak berfungsi adalah disebabkan masalah keterusan iaitu wayar tanggal atau suis rosak.
Setelah bahagian bawah dibuka... |
Setelah dibuka dan diperiksa, kali ini wayar fius yang tanggal dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
Keluarkan bahagian fius... |
Pada masa yang sama saya dapati wayar pada bahagian tepi fius banyak sambungan dan telah saya potong serta pateri semula seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Pateri satu sambungan... |
Gambar di bawah pula menunjukkan semua sambungan pada fius telah saya betulkan dan dibalut dengan pembalut wayar untuk mengelakkan kebocoran elektrik yang boleh membahayakan pengguna.
Siap... |
Masalah selesai setelah dengan membaiki sambungan pada fius sahaja kali ini.
Selamat berDIY...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.