Setahun telah berlalu dan tiba masanya saya memperbaharui insuran serta cukai jalan kereta untuk tahun ini.
Tahun-tahun lepas saya telah kongsikan pengalaman serta cabaran ketika memperbaharui insuran untuk kereta saya dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini dan sini.
Seperti telah saya janjikan tahun lepas di sini, tahun ini saya bertekad membeli perlindungan insuran kenderaan bermotor pihak ke-3 semula.
Semuanya berjalan lancar dan premium yang perlu di bayar cuma RM80.85 sahaja. Saya tidak diberi resit serta polisi insuran berikutan masalah sistem dan tidak dapat mencetak ketika itu. Sehingga blog ini ditulis, saya belum kembali ke agen insuran untuk mendapatkan salinan resit serta polisi insuran.
Untuk pengetahuan semua, apa yang saya lakukan tahun ini sebelum ke pejabat insuran ialah saya cetak serta isi borang pembaharuan insuran MMIP.
Sebelum ini RM2.00 sahaja... |
Setelah selesai memperbaharui insuran, saya ke pejabat pos dan tahun ini fi/komisen untuk memperbaharui cukai jalan pula naik 50 sen seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.
Walaupun 50 sen sahaja kenaikkan namun jika dikira peratusan kenaikkan tersebut ialah sebanyak 25%. (0.5/2.0x100 = 25%)
Apa pun, pejabat JPJ jauh dari bandar dan rasanya jika memandu kereta juga memerlukan RM2.50 minyak kereta untuk pergi dan balik berbanding beberapa minit sahaja berjalan kaki untuk ke pejabat pos dari pejabat saya.
Ini lah cara saya berjimat untuk menempuhi hari-hari mendatang yang bakal semakin mencabar.
Gambar di atas saya jumpa di media sosial, sama-sama kita renungkan...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.