Jika anda memiliki kenderaan, syarat utama untuk memperbaharui cukai jalan ialah harus ada perlindungan insuran. Terdapat bermacam-macam produk perlindungan insuran di pasaran negara kita. Secara amnya, ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu perlindungan menyeluruh (comprehensive aka first party insurance) dan perlindungan pihak ke-3 (Third party insurance).
Jika kenderaan anda masih dicagarkan di bank untuk membuat pinjaman, pihak bank akan mensyaratkan anda supaya mesti memiliki perlindungan menyeluruh. Oleh itu anda harus membeli insuran perlindungan menyeluruh atau juga dikenali sebagai 'first party insurance'.
Jika kenderaan anda tidak mempunyai sebarang pinjaman, anda berhak untuk memilih perlindungan insuran kenderaan anda samada perlindungan menyeluruh atau perlindungan pihak ke-3.
Hari ini saya cuma ceritakan perlindungan insuran pihak ke-3 sahaja. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya amat tidak berpuas hati dengan pihak insuran kerana tidak mahu menjual insuran perlindungan pihak ke-3 sahaja kepada kita. Jika anda nak juga beli insuran pihak ke-3, kena beli perlindungan tambahan iaitu 'fire & theft' dan anda harus membayar premium yang mahal. Dengan erti kata lain kita dipaksa membeli perlindungan tambahan yang menjurus kepada kenaikan premium insuran.
Salah sebuah syarikat insuran pernah memberitahu saya bahawa mereka tidak menjual insuran pihak ke-3 sahaja dan sebagai alternatif, mereka mengesorkan kepada saya produk baru iaitu perlindungan pihak ke-2 iaitu gabungan perlindungan pihak ke-3 + fire (kebakaran) & theft (kecurian). Sejak bila produk insuran perlindungan pihak ke-2 ini wujud?
Liberalisasi tarif motor di zaman kleptokrasi |
Ini jawapan dari Insuran Takaful M'sia... |
Namun beberapa minggu yang lalu saya mengulangi aduan ke BNM tentang perkara yang sama dan kali ini mereka mengesorkan kepada saya bahawa jika ingin membeli insuran pihak ke-3 sahaja, anda boleh mendapatkannya di syarikat insuran berikut:-
- Multipurpose Insurance
- Liberty Insurance
Insuran untuk motorsikal (multipurpose insuran) |
Maka dengan perasaan tidak puas hati saya mengadu semula kepada BNM dan mereka memberitahu saya bahawa pihak BNM akan menyuruh syarikat insuran mengembalikan (refund) premium perlindungan tambahan tersebut. Sehingga blog ini ditulis, belum ada 'refund' yang saya terima.
Malaysia Motor Insurance Pool |
Dengan yang demikian saya pun merujuk kepada Liberty Insuran dan bila saya tanya tentang insuran pihak ke-3, mereka terus menjawab "kami juga tidak ada menjual insuran pihak ke-3 sahaja". Nampak sangat pihak insuran sememangnya tidak berminat dengan insuran pihak ke-3 sahaja.
Setelah saya memberitahu mereka bahawa BNM telah menyuruh saya mendapatkan insuran pihak ke-3 sahaja di syarikatnya, barulah mereka mengeluarkan beberapa keping borang untuk diisi. Mereka kata lagi, 'isi borang ini dan sertakan salinan kad pendaftaran kenderaan dan kad pengenalan'.
Tuan-tuan & puan-puan, sekarang zaman IT, adakah anda perlu mengisi borang ketika membeli insuran untuk memperbaharui cukai jalan? Saya telah membeli insuran kenderaan lebih dari 20 tahun dan kali ini dipaksa membawa salinan kad pendaftaran kenderaan dan kad pengenalan sendiri untuk membeli insuran kenderaan.
Insuran untuk kereta |
Akhirnya saya berjaya membeli insuran pihak ke-3 sahaja dan percaya atau tidak premiumnya cuma RM90.50 sahaja berbanding dengan premium insuran dahulu dengan perlindungan tambahan (fire & theft) yang mencecah sehingga RM180.00.
Premium insuran meningkat setiap tahun... |
Premium insuran meningkat setiap tahun... |
Lepas itu tukar syarat tanpa pengetahuan kita... |
Insuran pihak ke-3 Takaful M'sia paling mahal. |
Jika boleh, tolong sebarkan sehingga ke pengetahuan kementerian yang bertanggungjawab agar tindakan sewajarnya di ambil dan semua syarikat insuran tidak menindas rakyat sesuka hati.
Sekian...
Baru baca. So 3rd party insuran still wujud la.
ReplyDeleteYa, tetapi bukan milik pihak insuran dan hanya dapat membelinya di agen insuran yang berdaftar dengan 'malaysian motor insurance pool' (MMIP) sahaja.
DeleteWalaupun mereka berdaftar dengan MMIP tetapi mereka akan mencari jalan supaya memaksa pelanggan membeli perlindungan tambahan selain insuran pihak ke-3.
Contoh yang mereka buat ialah isi borang serta menyuruh pelanggan sendiri membawa salinan kad pendaftaran & kad pengenalan.
Ramai rasa ianya menyusahkan dan berakhir dengan membeli 3rd party + fire & theft. Ini satu diskriminasi!
BOS, akhir sekali bos dapat refund tak insurance PA tu?
ReplyDeleteTak ada, saya rasa mereka pun tidak berminat dengan aduan kita. Cuma cakap untuk melegakan hati kita saja.
DeleteMalas saya nak bertekak dengan mereka lagi.
Lepas ini kita kena bijak ketika membeli perlindungan insuran yang kita mahu dan bukan dipaksa membeli perlindungan tambahan yang kita tidak perlukan.