Thursday 25 April 2019

Menukar Minyak Gearbox Perodua Kelisa/Kenari

Hari ini saya kongsikan mengenai minyak gear (gearbox) untuk kenderaan transmisi manual kereta Perodua Kelisa/Kenari.
Ikut buku panduan kereta anda...
Jika anda bercadang untuk menukar sendiri minyak gearbox, pastikan anda tahu bila dan apakah jenis minyak yang sesuai untuk kereta anda. Cara terbaik ialah baca buku panduan (jika ada) kereta anda.

Gambar di atas menunjukkan jenis minyak gearbox untuk kereta kelisa transmisi manual iaitu API GL3 atau GL4 dengan kelikatan SAE 70W - 90. Isipadu minyak gearbox yang diperlukan ialah 2.25 liter.
Transmisi manual - tukar minyak gearbox setiap 40,000km
Untuk pengetahuan semua kereta transimisi manual kereta kelisa perlu menukar minyak gearbox setiap 40,000km dan jika transimisi automatik pula, tukar setiap 80,000km.
Skru yang harus dibuka untuk membuang/mengisi minyak gearbox
Untuk menukar minyak gearbox anda boleh buat sendiri atau hantar ke bangkel dengan upah dalam lingkungan RM15.00 ke RM20.00 untuk menukar minyak gearbox sahaja.

Hanya dua biji skru sahaja yang perlu dibuka seperti ditandakan pada gambar di atas.

Saiz skru A = spanar nombor 17 & saiz skru B = spanar no. 24. Digalakkan supaya menggunakan spanar cincin untuk mengelak skru daripada rosak.
Pernah lihat minyak gearbox berwarna putih/jernih
Mula-mula buka skru di bawah dulu untuk membuang minyak lama, lepas itu buka juga skru di atas. Sebelum mengisi minyak gearbox yang baru, kuncikan skru di bawah dahulu dan isikan minyak dari lubang skru di atas sehingga penuh dan seterusnya kunci balik skru di atas. Itu sahaja...
Grade GL4 dan kelikatan 90
Kalau nak tahu gred minyak, baca label pada botol minyak gearbox. Minyak yang saya guna berjenama PENNZOIL, grade API GL-4 dengan kelikatan 90.
Minyak baru berwarna kuning...
Kini terdapat minyak gearbox grade API GL5 & GL6 di pasaran, Jangan mencubanya jika buku panduan anda hanya menyarankan pengunaan GL3 & GL4 sahaja. Ini disebabkan pemilihan minyak gearbox yang salah boleh memendekkan jangka hayat gearbox anda. Anda boleh merujuk artikel ini untuk pengetahuan lanjut.

Selamat mencuba...

2 comments:

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.