Monday 28 February 2022

MCC-1402-07S (CR-SRP50A-2) PSU repair

Sebelum ini saya pernah baiki PSU seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

MCC-1402-07S (CR-SRP50A-2)

Hari ini saya dirujuk sekeping lagi PSU yang serupa dengan masalah gagal berfungsi dan kesemua komponen pada bahagian atas kelihatan elok seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

kesan letupan...

Ketiga-tiga biji fius yang ada pada papan litar juga elok namun ada dua kesan letupan pada bahagian bawah papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Litar putus...

Salah satu kesan letupan adalah disebabkan litar telah putus seperti telah saya tandakan pada gambar di atas. Gambar di bawah pula menunjukkan litar yang putus telah saya sambung kembali.

Litar putus telah disambung...

Satu lagi kesan letupan adalah disebabkan sebiji perintang yang dilabel R308 pada papan litar telah hangus. Perintang tersebut dilabel 681 atau 680Ω.

Perintang R308 telah ditukar (681 = 680Ω)

Satu lagi litar juga putus pada bahagian atas papan litar ditemui seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Litar putus...

Untuk pengetahun semua, kedua-dua litar yang putus di atas adalah pada bahagian 'supply' iaitu di mana bekalan arus 240v dibekalkan ke PSU.

Litar putus telah disambung...

Pemeriksaan seterusnya pada papan litar menemui 3 lagi komponen yang turut rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah iaitu:-

  1. Sebiji 'bridge rectifier - SD3SBA60 (3A, 600v)
  2. Sebiji perintang 0.91Ω
  3. Sebiji power ic - STRL472
    STRL472

    Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
    STRL472

    Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Komponen yang rosak...

PSU ini berjaya diselamatkan setelah kesemua kerosakkan di atas telah saya tukar serta baiki dan masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Kesimpulan kerosakkan PSU kali ini ialah berpunca dari litar pintas pada 'bridge rectifier'.

Selamat mencuba...

Sunday 27 February 2022

How to test TL431/KIA431

Baru-baru ini saya telah berjaya membaiki sebuah mesin fax dengan masalah gagal dihidupkan disebabkan kerosakkan sebiji komponen iaitu TL431A dan anda boleh rujuk di sini.

TL431A

Gambar di atas dan di bawah adalah 'pinout' untuk TL431A, TL431AC atau KIA431 dan banyak digunakan pada PSU (power supply unit).

TL431 pinout

Perincian serta cara menguji TL/431/KIA431 boleh ditonton pada klip video di bawah.


 Selamat mencuba...

Skematic

Saturday 26 February 2022

Mengenalpasti terminal Start, Run dan Common pada compressor

Hari ini saya kongsikan cara-cara bagaimana untuk mengetahui 3 terminal pada compressor peti sejuk atau penghawa dingin.

Label pada compressor

Cara yang paling mudah ialah melihat pada labelnya seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan kedudukan sebenarnya pada compressor adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Lokasi terminal Start, Motor & Common pada compressor

Jika compressor tiada label, kita boleh menentukannya dengan mengukur rintangan pada ketiga-tiga terminalnya. Bacaan yang saya dapat pada kompressor di atas ialah:-

  1. rintangan terminal S & R/M = 41.3Ω
  2. rintangan terminal C & S = 10.7Ω
  3. rintangan terminal C & R/M = 30.8Ω

Bacaan tertinggi pada dua terminal memberitahu kita ianya adalah terminal S & R/M dan terminal satu lagi ialah terminal C.

Setelah terminal C dikenaplasti, ukur rintangan di antara C dengan S & R/M. Bacaan yang lebih tinggi itu ialah terminal R/M dan bacaan yang lebih rendah ialah terminal S.

Label pada terminal penyambung compressor

Selamat berDIY...

Friday 25 February 2022

VORTICE ECODRY IPX4 automatic hand dryer repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki alat pengering tangan seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.


Hari ini saya dirujuk lagi sebuah alat pengering tangan yang serupa dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di atas iaitu kipas boleh berpusing namun tersekat-sekat dan elemen pemanas merah menyala.

sekeping PCB sahaja...

Dari pengalaman lepas, masalah sedemikian adalah berpunca dari papan litar yang gagal membekalkan arus elektrik yang mencukupi untuk kegunaan kipas dan komponen yang perlu diganti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Bacaan kapasitor 0.15uF

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan nilai kapasitan pada kapasitor yang bermasalah dan telah tersasar jauh dari asal iaitu 150nF (0.15uF) & 330nF (0.33uF).

Kapasitor 0.33uF

Alat pengering tangan ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah kedua-dua kapasitor di atas telah saya gantikan dengan yang baharu.

Siap...

Selamat mencuba...

Thursday 24 February 2022

Plastic Welding

Hari ini saya kongsikan pengalaman baharu melakukan 'plastic welding' pada bahagian plastik yang telah pecah.

Seterika PHILIPS sole plate tanggal...

Saya dirujuk sebuah seterika dengan masalah bahagian hadapan 'sole plate' telah tanggal seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Pecah...

Setelah dibuka dan diperiksa, bahagian pemegang yang dikunci pada bahagian hadapan 'sole plate' telah pecah.

Gam kembali apa yang tertinggal...

Biasanya saya akan gamkan kembali bahagian yang telah pecah dengan menggunakan super glue namun sebahagiannya telah hilang dan ianya tidak cukup kuat untuk dikunci semula ke 'sole plate' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Saya telah cuba melakukan 'plastic welding' untuk menutup lubangnya supaya kuat serta tahan dan cara-caranya boleh ditonton pada klip video di atas.

Setelah 'plastic welding'...

Untuk melakukan 'plastic welding' kita perlukan bahan penderma (donor) yang serupa dengan asal supaya boleh melekat bersama apabila dipanaskan. Saya ambil 'donor' dari bekas plastik LED driver dan gambar di atas diambil setelah siap proses 'plastic welding' saya lakukan.

Pasang kembali...

Setelah dipasang kembali serta diuji, seterika ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Testing...

Untuk makluman semua, asap dari plastik yang telah dilebur sangat beracun dan pastikan anda menggunakan pelitup muka serta melakukan 'plastic welding' di tempat terbuka.

Siap...

Selamat mencuba...

Wednesday 23 February 2022

Mengenalpasti HV transformer yang rosak

Sejak saya mula membaiki microwave sehingga hari ini, saya cuma menemui 2 buah microwave dengan masalah kerosakkan HV transformer.

HV transformer

Kerosakkan HV transformer pertama dirujuk kepada saya telah saya kongsikan di sini dan hanya ditemui apabila mengeluarkan asap putih ketika diuji kira-kira beberapa saat sahaja.

Gantikan fius 10A yang putus

Hari ini saya kongsikan pengalaman ke-2 kerosakkan yang juga melibatkan kerosakkan HV transformer serta beberapa komponen lain iaitu:-

  1. Fius 10A putus
  2. HV fuse putus
  3. Litar pintas pada HV capacitor
  4. HV transformer rosak
Semua komponen yang rosak

Saya diberitahu oleh pemilik, masalahnya ialah microwave langsung gagal berfungsi setelah ada letupan kedengaran dari dalamnya.

Primary coil

Untuk pengetahuan semua, boleh dikatakan kesemua kerosakkan transformer adalah pada gegelung primer (primary coil). Cara-cara memeriksa HV transformer pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Rosak - warna kabur

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan perbezaan gegelung primer yang rosak berbanding dengan gegelung yang elok. Warna pada gegelung rosak kabur serta lebih gelap berbanding gegelung elok.

Elok - warna berkilat

Selain daripada menggunakan pandangan kasar seperti perbandingan di atas, kita juga boleh menggunakan deria bau untuk mengetahui kerosakkan transformer. Transformer yang rosak biasanya akan panas melampau bila dibekalkan arus elektrik dan mengeluarkan asap putih. Bau asap tersebut ialah seperti bau kertas terbakar.

Gegelung primer yang rosak akan menyebabkan voltan menurun dengan banyak apabila dibekalkan arus elektrik sebab gegelungnya telah mengalami litar pintas dan telah saya tunjukkan pada klip video di atas.

Peringatan: Jangan gunakan bekalan elektrik 240vac untuk menguji HV transformer. Guna 'step down' transformer dan jangan uji terlalu lama pada transformer bermasalah. Jangan guna bekalan elektrik DC (arus terus) untuk menguji HV transformer.

Selamat mencuba...

Tuesday 22 February 2022

LED driver

Lampu LED kini amat popular dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Setiap lampu LED akan disambung kepada sebiji LED driver dan fungsinya ialah untuk membekalkan arus elektrik yang bersesuaian kepada setiap lampu LED.

LED driver - (8 - 12w)













 
Kerosakkan pada salah satu iaitu lampu LED atau LED driver akan menyebabkan lampu gagal menyala. Anda boleh memilih untuk menukar keseluruhan lampu atau menukar bahagian yang rosak sahaja.

Lampu LED...
Jika lampu LED rosak & LED driver masih elok, anda boleh tukarkan lampu LED sahaja. Sebaliknya jika lampu LED masih elok dan LED driver rosak, anda boleh tukar LED driver sahaja.

Lampu LED 12w
Pastikan anda memilih lampu LED serta LED driver yang bersesuaian ketika membeli alat ganti yang baharu.

Led driver - (4 - 7w)

Cara memilih LED driver yang bersesuaian dengan lampu LED ialah dengan merujuk kepada kuasa (power) dalam unit watt (W) dan ianya boleh dilihat pada labelnya.

Testing...

Anda boleh rujuk kepada klip video di bawah untuk keterangan lanjut cara-cara memilih LED driver yang bersesuaian dengan lampu LED.

LED driver yang rosak juga mudah dibaiki dan telah banyak saya kongsikan di sini.

Selamat berDIY...

Monday 21 February 2022

Philips HP8103 Salon Dry Compact hair dryer repair

Banyak alat pengering rambut seperti ini pernah dan telah saya baiki sebelum ini dengan pelbagai masalah tersendiri..

Wayar disambung begini tidak kemas...

Alat pengering rambut ini telah dan pernah dibuka serta dibaiki oleh seseorang sebelum ini dan buktinya ialah pendawaiaan yang tidak kemas dan boleh dilihat pada gambar di atas.

ini bukan kerja pakar...

Gambar di atas pula menunjukkan pengantung alat pengering rambut tersebut telah dibelah sebab wayar yang disambung terlalu besar setelah dibalut dengan pita wayar dan tidak dapat dimasukkan ke dalamnya. Anda boleh membaca cara membaiki wayar alat pengering rambut yang putus di sini.

Bau rambut yang hangus...

Hari ini saya dirujuk lagi sebuah alat pengering rambut yang sama dengan masalah mengeluarkan bau hangus dan filamen pemanas berwarna merah menyala ketika digunakan.

Setelah kipas dibuka, ada lagi rambut...

Menurut pengalaman saya yang lepas, masalah sebegini adalah disebabkan motor kipasnya telah dibelit serta dipenuhi dengan rambut pengguna. Begitulah keadaannya dengan alat pengering rambut ini seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Banyaknya rambut...

Ini merupakan masalah biasa pada alat pengering rambut dan anda cuma perlu buka kipasnya dan bersihkan serta buang segala bendasing yang disedut masuk selama ianya digunakan.

Siap...

Klip video di bawah diambil selepas siap dibaiki dan diuji. Gambar di atas pula menunjukkan bahagian pengantungnya yang dibelah sebelumnya telah saya gam kembali menggunakan 'super glue'.

Selamat mencuba...

Sunday 20 February 2022

TALIKHIDMAT - part 2

Awal bulan ini saya telah kongsikan pengalaman sendiri membuat aduan melalui TALIKHIDMAT dan anda boleh rujuk di sini.

15/02/2022

Setelah hampir 3 minggu berlalu, saya telah menerima sms pada 15/02/2022 memberitahu aduan saya telah diselesaikan seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Solved...

Pada masa yang sama saya juga ada menerima e-mail seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

rekod pada TALIKHIDMAT

Semakan pada laman TALIKHIDMAT pula memberitahu saya notis peringatan telah dikeluarkan oleh MCC (Miri City Council) dan sampah masih berada disitu seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

18/02/2022 - pagi

Pada pagi 18/02/2022, saya ada menerima panggilan dari majlis bandaraya Miri (MBM/MCC) melalui talian 085-451013 pada pukul 11:09 memaklumkan kepada saya pihaknya telah mengeluarkan notis dan menutup kes aduan saya.

18/02/2022 - Petang

Sesuatu yang mengembirakan ialah pada sebelah petang ketika pulang kerja, saya dapati sampah telah tiada lagi dan saya tidak tahu siapa yang melakukannya sebab tiada di rumah.

Lepas bina dinding, tutup dengan kanvas lagi...

Gambar di atas ialah dinding/pagar yang telah dibina dan kini ditutup pula dengan kanvas lagi pada bahagian atasnya. Kalau hujan, air akan mengalir masuk ke kawasan jiran sebelah melalui kanvas tersebut.

Closed

Bayangkan jika anda adalah jiran disebelahnya, apa perasaan anda? Apa tindakan seterusnya atau dibiarkan sahaja?

Renung-renungkan...