Sunday 13 February 2022

Cara periksa/uji optocoupler

Hari ini saya kongsikan sebiji komponen yang banyak digunakan pada papan litar iaitu optocoupler dan cara-cara memeriksa serta mengujinya.

PC718

Terdapat banyak jenis optocoupler telah direka dengan nombor rujukan masing-masing dan optocoupler paling popular ialah PC817 berjenama SHARP. Selain 4 terminal seperti boleh dilihat pada gambar di atas, terdapat juga optocoupler yang mempunyai 6 terminal serta 8 terminal.

Optocoupler diagram

Secara amnya, optocoupler dengan 4 terminal adalah seperti telah saya labelkan pada gambar di atas. Bahagian anode (A) & cathode (K) pada sebelah yang bertanda manakala terminal yang bertentangan pula ialah collector (C) & Emitter (E) seperti pada transistor.

Cara memeriksa serta menguji optocoupler boleh ditonton pada klip video di atas iaitu:-

1. Periksa anode & cathode 

Cara memeriksa adalah seperti memeriksa diod/LED iaitu arus hanya mengalir sehala sahaja.

Jika anda menggunakan multimeter analog, laraskan multimeter ke bahagian ohm (X1).

Jika anda menggunakan multimeter digital, laraskan multimeter ke bahagian diod. Bacaan sehala ialah kira-kira 1v.

2. Periksa collector & emitter 

Tiada sebarang bacaan pada kedua-dua terminal dengan menggunakan multimeter analog atau digital. Jika ada sebarang bacaan, optocoupler rosak.

3. Uji optocoupler

Saya biasanya menggunakan 2 buah multimeter. Multimeter analog disambung ke terminal collector & emitter. Laraskan multimeter ke bahagian ohm (x10kΩ).

Multimeter digital pula disambung kepada terminal anode & cathode. Laraskan multimeter ke bahagian diode.

Multimeter analog hanya akan ada bacaan keterusan jika terminal anode & cathode disambung betul dan tiada keterusan jika terbalik.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.