Thursday, 17 February 2022

Renew RHB debit card

Hujung tahun lepas, satu-satunya kad debit yang saya miliki untuk kegunaan pembayaran secara atas talian telah tamat tempoh dan menerima pesanan ringkas (SMS) pada 01/12/2021.

RHB debit card

Kad debit tersebut telah tamat tempoh pada bulan november 2021 (11/21) seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Saya guna kad debit RHB sebab ianya percuma dan tidak dikenakan caj tahunan.

Terima SMS pada 01/12/2021


Cara-cara untuk memperbaharui kad debit boleh dilakukan secara atas talian dan anda boleh rujuk di sini.

Klik 'apply' & pilih debit card renewal...

Permohonan telah saya buat pada 01/12/2021 dan percaya atau tidak, sehingga bulan ini (feburari 2022) saya masih belum menerima kad yang baharu.

Isi borang & hantar...

Saya dapati sistem di hujung jari yang mereka ada itu boleh dikatakan sangat baik sebab memudahkan pelanggan namun tiada tindakan susulan seperti:-

  1. Notifikasi kad yang telah tamat tempoh lambat dihantar kepada pelanggan. Saya cuma menerima notifikasi setelah kad telah tamat tempoh
  2. Tiada notifikasi kepada pelanggan setelah permohonan kita telah dihantar
  3. E-mail yang kita hantar lambat diambil tindakan
  4. Tiada tindakan susulan langsung

Setelah saya menghantar e-mail untuk menyemak kedudukan permohonan kad saya, mereka memberitahu saya kad baharu telah mereka hantar namun tidak sampai kepada saya dan dikembalikan semula kepada mereka.

Dipendekkan cerita beberapa hari lepas saya pergi kepada cawangan mereka yang berdekatan untuk memohon menukar kad yang baharu.

Berbaris di luar Public Bank...

Sejak PKP sehingga hari ini, proses untuk bertemu dengan pegawai serta 'teller' hampir sama pada semua bank iaitu anda harus berbaris serta berpanas atau berhujan di luar bank dengan penjarakan sosial sebelum boleh masuk untuk mengambil nombor giliran

Setelah mendapat nombor giliran, saya disuruh untuk mengisi borang dan tunggu sehingga nombor giliran dipanggil.

Berbaris di luar RHB...

Percaya atau tidak, keseluruhan proses memperbaharui kad debit memakan masa kira-kira sejam untuk disempurnakan. Masa yang paling banyak terbuang ialah berbaris serta berpanas atau berhujan di luar bank iaitu kira-kira 45 minit (3/4 masa keseluruhan).

Setelah hampir 3 bulan baru saya dapat kad debit yang baharu, itu pun permohonan secara atas talian saya klasifikasikan sebagai gagal atau tidak cekap langsung.

social distancing (penjarakan sosial)

Gambar tangkap layar di bawah adalah masa keseluruhan yang saya habiskan untuk mendapatkan khidmat di 3 buah bank. Secara purata, saya perlukan masa kira-kira sejam untuk menunggu sehingga tranksaksi mudah selesai. Masa yang tercatat pada mysejahtera ialah ketika saya dibenarkan masuk untuk mendapatkan nombor giliran.

  1. PBB - mengambil wang (withdrawal)
  2. CIMB - mengambil wang (withdrawal)
  3. RHB - memperbaharui kad debit

Rekod masa diperlukan...

Jadi, jika anda perlu memperbaharui kad debit, lupakan permohonan melalui atas talian yang tidak cekap dan hanya indah khabar dari teknologi moden sahaja.

Cuba bayangkan bagaimana saya mengeluarkan wang serta membeli di atas talian tanpa kad debit selama 3 bulan lepas?

Kad baharu - 08/26

Kalau disuruh beri 'rating' atas khidmat yang mereka berikan berkaitan dengan proses memperbaharui kad debit melalui atas talian, satu bintang pun mereka tidak layak sebab kad tak muncul tiba setelah hampir 3 bulan memohon.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.