Saturday 19 February 2022

Astro adapter repair (HKA02412020-4v)

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman membaiki adapter astro dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

P/N: 37195070 (12v, 2A)

Dekoder astro model DS830NA menggunakan adapter dengan 'rating' 12v, 2.5A tetapi dekoder baharu sekarang cuma menggunakan adapter dengan 'rating' 12, 2A sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Model: HKA02412020-4V

Masalah asal ketika dirujuk kepada saya ialah pada dekoder iaitu siaran tiba-tiba hilang dengan mesej (SCNA) walaupun cuaca elok dan telah saya baiki.

Komponen rosak...

Seminggu selepas dekoder dibaiki, masalah siaran tiba-tiba hilang berulang lagi dan kali ini saya cuba periksa adapter pula. Komponen yang ditemui meragukan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Ada kebocoran - 1000uF, 16v

Kapasitor 1000uF, 16v saya tukarkan sebab ketika saya membukanya untuk membuat pemeriksaan, kelihatan ada kebocoran melekat pada papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Nilai kurang 10% dari asal...

Sehingga blog ini ditulis, adapter serta dekoder astro telah sebulan dipulangkan kepada pemilik dan tiada lagi masalah siaran tiba-tiba hilang lagi setakat ini.

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.