Hari ini saya kongsikan pula sebuah papan tanda keluar berjenama KHiND model KS3001 dengan masalah lampu kecemasan tidak menyala apabila bekalan elektrik terputus.
| Papan tanda keluar (keluar sign) | 
Ada beberapa punca kenapa lampu kecemasan tidak menyala apabila bekalan elektrik terputus iaitu:-
- 'rechargeable battery' rosak
- fius putus
- lampu kecemasan (fluorescent) rosak
- komponen pada papan litar ada yang rosak
| KHiND KS3001 | 
Pemeriksaan awal hanya menemui 'rechargeable battery' rosak dan tidak menyimpan cas untuk kegunaan kecemasan. 
| Gantikan 'rechargeable battery' | 
Papan tanda keluar ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula setelah 'rechargeable battery' telah saya gantikan.
| Mentol menyala (ada bekalan elektrik) | 
Papan tanda model lama ini sangat senang diselengara dan kerosakkan biasa ialah mentol hangus atau fluorescent hangus serta perlu diganti dari masa ke semasa. Bateri biasanya boleh bertahan sehingga 5 tahun atau lebih.
| fluorescent menyala (bekalan elektrik terputus) | 
Selamat mencuba...
 
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.