Wednesday, 16 May 2018

SINGER TLD421H(Z) LCD TV repair

Ini merupakan kali pertama saya membaiki TV LCD berjenama SINGER. Masalah TV LCD ini ketika dirujuk kepada saya ialah, ianya boleh dihidupkan tetapi akan padam setelah beberapa saat dihidupkan. Ketika TV LCD ini padam dengan sendirinya, ianya bukan kembali ke keadaan 'stand-by' tetapi padam terus sehingga lampu 'standby' juga padam.
SINGER TLD421H(Z)
Setelah dibuka, keadaan bahagian dalam adalah seperti pada gambar di bawah.
Bahagian dalam TV LCD
Bahagian yang bertanda pada gambar di atas ialah papan litar 'power supply' dan tidak membekalkan arus eletrik yang diperlukan untuk kegunaan TV tersebut.
Dua biji kapasitor 1000uF, 35V kembung dan harus diganti..
Setelah diperiksa menyeluruh, hanya dua biji kapasitor mengalami kerosakan dan perlu diganti seperti pada gambar di bawah.
Kapasitor yang rosak telah dikeluarkan dari papan litar..

Kapasitor telah diganti..

Tested - ok

Setelah sejam dihidupkan, TV LCD tak padam sendiri lagi..

Dulu SINGER guna produk SHARP tapi kini LG..

Selamat mencuba...

6 comments:

  1. Hi..nak tanya..kalau saya on tv tpi lampau tak tukar ke warna hijau...dn tak on tv nya macm mna ya..tv sya tv singer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 2 kemungkinan sahaja:-
      1. Masalah PSU seperti di atas.
      2. Jika PSU elok, mainboard rosak.

      Delete
  2. Tv saya ada problem flickering screen.. lcd tv..macam mana nak repair yer.. saya nak repair sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buka & periksa, biasa masalah backlight, masalah backlight inverter atau masalah pada PSU (power board).

      Delete
  3. Aslm tuan. nk tnya,lcd tv singer,gambar kuning².. ap masalahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya belum pernah dirujuk masalah TV sedemikian. Mungkin masalah tetapan (setting) pada warna.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.